Monday, December 31, 2012

Syair Mengulik bahagian 1


Assalamualaikum, beberapa hari lepas, aku ada belek2 laman web perputakaan Negara dan Berjaya memuat turun syair2 lama, yang ditulis dalam jawi. Aku sangat suka bahasa2 melayu lama ni. Bukan sebab apa, sebab bahasa yang digunakan sangat indah. Antara syair yang aku suka baca ialah syair Siti Zubaidah. Penceritaan zaman perang yang boleh digambarkan dengan jelas suasana ketika peperangan tersebut.  Tapi aku x dapat baca smpai habis lagi, sebab buku tak boleh nk pinjam la.
 Selain syair, ada juga aku memuat turun beberapa kisah hikayat. Korang pernah baca kisah2 hikayat? Hikayat ni sebenarnya sebuah penceritaan tentang sesuatu zaman yang berkait dengan seseorang. Kalau korang nk tau banyak pasal hikayat, boleh la try tny kat MR.G. banyak boleh dapat contoh2 hikayat. Perpustakaan kt UIAM pun ada banyak buku2 hikayat dan syair2 ni.  Bahasa-bahasa lama ni betul2 menggambarkan kesenian melayu, dan antara cara terbaik dalam meluahkan emosi  (dalam bentuk kiasan). Kata2 yang lembut dan indah tetapi punya maksud yang tepat.
Hari ni aku cuba “translate” kan sebuah syair. Nama syair ni, Syair Mengulik. Harap korang sudi la hayati kisah yang disampaikan dalam syair ni.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillah hamba ni kata
Pujikan Allah Muhammad serta
Pujilah kita puji serta     
Selawatkan Nabi, Anbiya’ serta
Memujilah kita Tuhan yang Rahman
Kisah Cerita nabi akhir zaman
Dengan kurnia Tuhan firman 
Lalu disuruh meninggalkan zaman

صلاةالله على المختار                                   
                             حبيب الله سيدالبشر
الله الله الله القهار   
                        الله الله الله الجبار
Nabi Muhammad awal dan akhir     
Dijadikan Allah ialah Zahir
Diperanakkan ibu nabi yang Tohir   
Sempurnalah ibu sampai takdir

الله الله الله ربنا   
                                                         الله الله الله حسبنا
Ya Rabbi Ya Maulana                    
Dengan kurnia Ma’rifah sebenar
Dengan Kurnia Ma’rifah sebenar
Iman Islam ugama sebenar

Syukurlah kita kepadaNya Allah
Dapatlah Rahmat hari yang sudah
Dengan sedikit amal yang susah    
Mengucap tasbih keranaNya Allah
Sembahyang dan puasa jangan ditinggal
Kerana Fardhu Tuhan yang Tunggal
Mengambil fikir serta bertawakkal     
Di dalam akhirat tempat yang kekal

Nur Muhammad suatu dijadi      
Daripada Allah Ia Tajalli 
Nur Muhammad turun ke ‘Ibadillah
Perempuan yang banyak susah gelabah 
Cahaya berseri sangatlah Cerah   
Hendaklah sangat Fatimah bermegah

      هوالاول هوالاخر      
والباطن هوالظاهر
Nur Muhammad awal sesuatu
Ialah akhir bilangan tertentu
Pada tatkala dizahirkan dia   
Dengan Kudrat maha Mulia
Daripadanya Arab Bangsa Quraish  
Ialah bangsa sangat terpilih

Nabi Muhammad Allah Kekasih
Didalam Al-quran sudah ditawajjih
Keluarlah nabi akhiruzzaman
Maka Aminah sangatlah hairan
Sedikit tak rasa sakit di pinggang
nabinya Allah keluarlah pulang
Mata tercelik kening terandang  
Pusat dah potong kulup terkhatan

Syukurlah Aminah kepadaNya Allah
Hamparan dan kain tiadalah basah
Dengan kurnia Tuhan yang Murah
Dapatlah anak pertolongan Allah
Nabi Muhammad anak Abdullah
Bondanya Nabi Aminah Allah
Abdul Mutalib nenek Nabi Allah
Moyangnya Bani Hashim Billah

Nabi Muhammad Diperanak di Mekah
Cahayanya terang segenap diarah
Sekalian Malaikat nanti Menyambut
Jasad mulia warnanya lembut
صلاةالله وسلام 
على النبي وحبيبه    
Hari Isnin Nabi Allah keluar
Dua Belas Haribulan Rabi’ul Awal

الله الله الله ربي                                               
Dengan penolong manfaatkan kami
الله الله الله شهاداتي                 
Dengan kurnia taufiqkan kami
لله الله الله الملك   
Dengan kekasih diberikan kami
الله الله الله الجليل
Dengan kemuliaan sempurlah kami

Kisahlah hamba satu cerita
Nabi Muhammad pulanglah bonda
Nabi Muhammad Alim pendeta
Sangatlah rindu di dalam dada
Asyik Muhammad peninggalan bonda
Seorang tiada jin manusia

Takdirkan Allah Tuhan Yang Kaya
Mukjizat Nabi sudahnya ada
Asyik Muhammad Tuhan yang Jali
Belas dan rayu seorang diri
Sekalian Malaikat Tasbih Tahlili
Nurnya berseri berseri

Nabi Muhammad bangsa kemuliaan
Wajib beriman sekalian ikhwan
Wajib beriman saudara sekalian
Nabi Muhammad Akhiruzzaman
Nabi Muhammad Akhir Anbiya'
Takdirkan Allah dapat bahagia
Hendaklah bersyukur sekalian kita
Kepadanya Allah Tuhan Yang Kaya

Berjalanlah nenek orang yang tua
Mencari perempuan menggantikan bonda
Abdul Mutolib orang yang tua
Susahlah hati tiada terdaya
Nasib hamba untung takdir
Dapat cucu air mata mengalir

Abdul Mutolib hati terfikir
Entah kesiapa kasih dan berakhir
Abdul Mutolib keluar berjalan
Mencarikan siapa ada kasihan
Berjalanlah dia jakahnya jarang
Hatinya runsing serta membimbang
Tuhut Limbak kaki berjalan
Haraplah kami serta berserah

Ya Ilahi Tuhan Yang Mudah
Dimanalah dapat takdirkan Allah
Hendak menyusu cucuni hamba
Seorang diri tinggalkan dia
Menanyalah khabar sekalian berjumpa
Mana yang hendak menjawabkan kata
Sekalian mendengar talu bertalu
Belas dihati serta merayu
Asyikkan diri Muhammad itu
Seorang pun tiada serta di situ



INSYAALLAH NNTI AKAN SEGERA DI'UPDATE'KAN.. 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan