Sunday, December 9, 2012

The Happy Moment

Alhamdulillah, hari ni dapat juga aku update blog ni. Rindu U blog..

Sebenarnya aku baru balik dari kenduri kawan PLKN aku, a.k.a. "kembar" tak seiras aku. minggu ni merupakan minggu yang kelam kabut n enjoy, mcm mana tu??? enjoy sebab kawan aku bernikah, dan minggu yang sama juga adik aku selamat mendirikan rumah tangga. Kawan aku yang tiba2 hubungi aku menyatakan akan melangsungkan pernikahan dalam tempoh tak sampai sebulan, memang mengejutkan aku, tapi aku happy sangat mendengar berita tersebut. 

Dalam aku nak enjoy wedding days di Kl dan Kuantan, aku terpaksa la mengorbankan hari2 rilex aku untuk menyiapkan assignment A.S.A.P. dan akhirnya 90% drpd assignment aku dah siap, dan aku berulang alik KL-Kuantan-KL dari hari jumaat hingga ahad. Tak Kisah la, yang pengting aku happy, kawan2 aku happy, dan family aku happy. 

Hari jumaat, aku dan kawan kem aku, bersama2 meredah bandar cheras mencari masjid al-mukhlisin untuk majlis akad nikah kawan kami, shah. Tapi sedikit terlewat, kerana kami sampai ketika mereka da selesai majlis akad pun, dan semuanya gara2 aku ralit menyiapkan assignment aku di pagi hari. Nasib kami baik kerana mereka masih ada di perkarangan masjid, jadi kami gerak ke rumah pengantin bersama2. Dalam tengahari, sebelum zohor, aku pun minta dihantar ke stesen public transport yang terdekat untuk pulang ke kuantan pula. 

Hari sabtu, majlis pernikahan adik aku. Majlis nya kecil-kecilan aje, tapi alhamdulillah hampir 400 tetamu datang, yang rata-ratanya saudara mara. sempat la mengeratkan silaturrahim sesama saudara, bukan apa, bila saudara ramai sangat, sampai ada yang tak kenal langsung pun. majlis selesai dalam pukul 3ptg, dan bersambung di waktu malam untuk acara membuka hadiah dan penyampaian amanat dari keluarga dan kaum kerabat yang terdekat. 



kejutan di pagi hari pada hari ahad, apabila bangun subuh, aku dimaklumkan mak bahawa ada kejadian jenayah berlaku di depan rumah. kereta warna biru yang bumber pelakangnya pecah, dan pedang samurai n parang di kawasan taman permainan di taman perumahan yang betul2 setentang dengan rumah kami. yang pasti, mengikut kata abg aku, dari pengalaman nya dalam bhgn trafik dan forensik, itu adalah kes pergaduhan gangster. dan disahkan oleh polis, bahawa pada mlm sebelum tu memang ada berlaku rompakan di 7eleven yang terdekat, dan pemilik kenderaan biru tersebut adalah kepala kes rompakan, telah berlaku perbalahan antara ahli2 kumpulan tersebut. dimaklumkan bahawa 3 orang telah cedera parah dan dihantar ke hospital kuantan, dan pemilik kereta biru tersebut sedang diburu. Alhamdulillah, mereka tak ganggu kami dan penduduk di kawasan tersebut. Cuma, sepertinya memang telah dirancang untuk menyelamatkan diri di kawasan tersebut, mungkin, kerana kawasan rumah aku berhampiran bekas lombong, dan agak jauh dan agak terpencil. harap2 lepas ni akan ada lebih kawalan ketat atau pun rondaan di kawasan sekitar, kerana ni bukan kes pertama berlaku di kawasan berhampiran rumah aku tu. dah sebelum ni aku berjaya mengkantoikan orag nk buat projek depan tangga blok rumah aku, menyempat aje....

so hari ni aku rush blik kl untuk pergi ke majlis kenduri kahwin shah, dan jumpa kawan2 yang lain. rindu kat kawan2 kem aku. dalam banyak2 kawan2 yang aku ada, kawan2 kem aku yang paling aku sayang dan selesa. :) kerana banyak kenangan yang tercipta bersama. 


so, ni je dlu aku nk tulis tuk entri kali ni ye. dear blog, see u for next entry. 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan