Sunday, October 14, 2012

shahdu malam membuat aku terkenang kisah-kisah lalu, terasa amat merindui masa-masa itu, dan begitu aku berasa ingin sekali kembali ke waktu dahulu, melangkah mengikut jejak-jejak yang berbekas di pesisir pantai, sambil mendengar alunan ombak, ditiup sepoi angin bayu. kenangan lalu begitu indah, seindah lukisan alam.
Dan tiba-tiba, pabila teringat di suatu episod kisah hidupku, setiap detik di malam ini kurasa penuh debaran. umpama di tengah-tengah lautan sewaktu angin ribut kencang, dan guruh berdentum berperang, senak dan sempit ruang pernafasan ini kurasa. akal ku senak, hati tu meruntun-runtun bertanyakan soalan yang sama bertubi-tubi. SIAPA DIA? SIAPA DIA  yang aku selalu rindu kan itu? Siapa Dia yang selalu aku dambakan kasih dan sayangnya? perhatian darinya? kata-kata indah yang membuat aku terjaga dalam lena.
Siapa Dia yang seriang membuat aku merintih, esak tangis, kerinduan tanpa jemu, yang terkadang aku rasakan terlebih sudah perbuatan ku itu. hanya untuk aku ketahui SIAPA DIA?
Dan keningku berkerut cuba mengingati detik-detik indah bersama. namun hanya seketika kenangan itu muncul di benak fikiran ku, dan kembali kabur seiring detik berlalu.
Siapa Dia yang membuat aku tidak mampu untuk lena seperti waktu-waktu dahulu.
soalan yang harus ku cari jawapan nya. kerana semakin aku tertanya-tanya, semakin aku merindui, semakin aku berasa resah dan gelisah, dan semakin aku merasa hilang arah. 

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan