Tuesday, November 4, 2014

Ayam penyet d'qaramun

Hai.. lama x update.

Memandangkan sekarang aku officially unemployed, makannya x bnyk aktiviti harian aku. Walaupun x bnyk aktiviti, aku da jadi pengunjung tetap kuantan parade dan utc. Pasai pa? Hihi.. pasai utc ada pos laju, tiap2 minggu wajib pg untuk pos simkad altel yg aku jual skrg ni, kuantan parade tmpat aku melepak2 cari ilham. Hahahha
So, destinasi aku hari ni kuantan parade la. Smbil2 xde kje, cari keje n timba ilmu promoting kat kedai makcik aq, zai's collection n d'hajj... time tghri td lapar mak aih, poket pun nipis, so try2 la cri makanan yg save budget. Nk beli kat foodcourt,x mmpu, mahalll. Pusing punya pusing.. jumpa la satu kedai ni. Ada menu nasi ayam penyet, pecal lele, sup2, ada dessert spt puding n kek cheese.
Paling harga memang berbaloi. Hanya Rm5.50, dapat satu set nasi ayam penyet dan segelas air sirap/teh o.
Puding dia hanya rm2.50 shj. Gambar makanan dah hbis, yillek. Lapar sgt smpai x smpat nk ambil gmbr. Nama kedai tu kedai D'QARAMUN. berada di tingkat satu,  dekat dengan dengan pustaka saujana.

Tuesday, September 30, 2014

ALTEL SIMKAD 4G LTE


Altel Communications
Pengenalan

Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) mula beroperasi pada Julai 2012 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary.

Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih. Kami ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju, selaras dengan nilai-nilai dan visi syarikat.




Cara Semak baki Altel
- *124#

Cara Semak Maklumat Akaun Altel
- *102#

Cara Top up altel Tambah Nilai Altel 
- *122*(16digit)#


ALTEL merupakan syarikat telekomunikasi milik Tan Sri Mokhtar Albukhary. Beliau memenangi bidaan spektrum 4G terbesar dan altel memegang lesen MNO mempunyai pencawang sendiri sebaris dgn CELCOM, MAXIS, DAN DIGI.

KENAPA PERLU BERTUKAR KEPADA TALIAN ALTEL??

1) kadar panggilan Sama rata 16sen/minit, sms 5 sen , 25 sen MMS dan 5sen/MB internet data panggilan per use

2) pelanggan menikmati bonus activation 10% jika top up RM30 dalam masa 5 hari iaitu sebanyak rm3 bonus

3) bonus harijadi 20%

4) tapak validity rendah rm28 untuk 365 hari termurah antara telco di Malaysia

5) FRIEND N FAMILY ..panggilan 8sen, sms 2sen,ke semua altel ke altel, celcom, xox, tunetalk,redtone

6) Data internet /Broadband (PROMOSI SEHINGGA 31/12/14)
RM15 seminggu 500MB,  (kini 30 hari)
RM28 sebulan 1GB (kini 90 hari)
RM48 sebulan 2GB (kini 90 hari)

7) tempoh sah nilai tambah topup ....
RM5 untuk 5 hari
RM10 untuk 20 hari
RM30 untuk 2 bulan
RM50 untuk 3 bulan

tempoh sah nilai kredit akan automatik mengikut tempoh sah kegunaan internet apabila melanggan pakej internet. 

8) kredit tersedia sebanyak RM5

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WHATSAPP/ NAD SMS 011-18646641

BASIC FAQ


  1. Apakah Altel 4G LTE?
    Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution) atau LTE adalah teknologi tanpa wayar yang membolehkan pengguna menikmati data jalur lebar berkelajuan tinggi. 4G adalah komunikasi berpiawai dalam Teknologi Rangkaian Mudah Alih dan merupakan “Generasi keempat” – yang terbaru selepas 2G dan 3G. Dengan kelajuan 4G LTE, pengguna dapat merasai perbezaan yang ketara semasa memuat turun fail, membuat panggilan video, bermain permainan secara berkumpulan atau semasa menonton video HD dalam talian.
  2. Apakah perbezaan diantara GPRS, EDGE, 3G dan 4G?
    • GPRS: Merujuk kepada perkhidmatan rangkaian 2G yang menyediakan data asas sehingga 56 kbps (menyamai kelajuan “dial-up”)
    • EDGE: Merupakan teknologi 2.5G, suatu penambahbaikan daripada teknologi 2G serta menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi berbanding GPRS. Kelajuan EDGE boleh mencapai sehingga 144 Kbps.
    • 3G: Teknologi 3G menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi dan lebih laju berbanding rangkaian 2G (EDGE & GPRS). Teknologi ini secara teorinya mampu mencapai kelajuan sehingga 10 Mbps.
    • 4G: Teknologi ini berpandukan pada platform LTE dan merupakan teknologi terbaru dalam dunia pemindahan data mudah alih. 4G merupakan generasi seterusnya dalam komunikasi mudah alih dan merupakan teknologi paling maju pada masa kini. Secara teorinya, kelajuan pautan muat turun data melalui 4G adalah antara 10 sehingga 50 Mbps.
  3. Apakah kelajuan biasa LTE?
    Secara teorinya, kelajuan 4G LTE adalah 10 kali lebih pantas daripada 3G. Muat turun data dalam persekitaran biasa boleh mencapai antara 10 Mbps sehingga 20 Mbps dan boleh mencapai 5 Mbps sehingga 10 Mbps untuk memuat naik data. Tahap kelajuan data mungkin berbeza-beza mengikut pengguna serta bergantung kepada peranti yang digunakan, batasan perkakasan dan perisian, lokasi, trafik, sumber laman web atau kandungan-kandungan lain.
  4. Dimanakah saya boleh menikmati perkhidmatan Altel 4G LTE?
    Perkhidmatan Altel 4G LTE kini boleh dinikmati di semua kawasan utama di seluruh negara. Segala maklumat lanjut berkaitan dengan Altel 4G LTE boleh didapati di laman web Altel.
  5. Bagaimanakah untuk saya melanggani Altel 4G LTE dan apa yang diperlukan untuk menikmati perkhidmatan LTE?
    Anda memerlukan peranti mudah alih yang menyokong perkhidmatan LTE dan kad USIM 64k.
    Kad USIM (Modul Pengenalan Pelanggan Universal)
     juga merupakan satu kad SIM yang digunakan untuk perkhidmatan 3G dan 4G. USIM menyediakan ciri-ciri yang telah dipertingkatkan berbanding SIM seperti ciri keselamatan yang lebih baik, penambahan memori dan sebagainya.
  6. Saya menggunakan kad SIM 32k. Adakah saya masih boleh menikmati perkhidmatan LTE?
    Anda perlu menukarkan kad SIM anda kepada kad USIM 64k terlebih dahulu untuk menikmati perkhidmatan LTE. Penukaran kad SIM ini adalah percuma.
  7. Bagaimanakah saya boleh mengetahui peranti saya telah disambungkan kepada perkhidmatan Altel 4G LTE?
    Anda akan mengetahuinya apabila isyarat 4G atau LTE terpapar pada skrin peranti anda.
  8. Bagaimana mana pula sekiranya saya tidak boleh menggunakan Altel 4G LTE dan tiada isyarat 4G dipaparkan?
    Pastikan anda menyemak perkara-perkara berikut terlebih dahulu:
    • Anda berada di kawasan liputan LTE Altel.
    • Anda menggunakan kad USIM Altel 64k yang berdaftar.
    • Anda telah melanggani pelan Jalur Lebar Mudah Alih Altel.
    • Telefon/peranti mudah alih anda menyokong perkhidmatan LTE.
  9. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya memasuki kawasan yang tidak mempunyai liputan 4G LTE?
    Sekiranya anda berada di mana-mana kawasan yang tidak mempunyai liputan Altel 4G LTE, anda akan disambungkan kepada perkhidmatan 3G secara automatik.
  10. Apakah pelan Jalur Lebar Mudah Alih atau kadar pelan yang tersedia bagi Altel 4G LTE?
    Buat masa ini, pelan yang tersedia adalah:
    • 1 GB pada RM28
    • 2 GB pada RM48
    • Pembayaran-Mengikut-Penggunaan pada 5sen/MB
  11. Secara umumnya, aplikasi apa yang boleh saya gunakan dengan data sebanyak 1GB apabila saya melanggani Altel 4G LTE ini?
    Secara umumnya, penggunaan data sebanyak 1GB adalah bersamaan dengan menerima 20,000 e-mel atau melayari 3,000 laman web atau memuat turun 500 lagu atau strim 100 video.
    Ini berdasarkan kepada andaian mengikut penggunaan purata industri seperti berikut:
    Satu e-mel pada 0.05MB
    Satu laman web pada 0.3MB
    Satu lagu pada 2MB
    Satu video pendek pada 10MB

Tuesday, April 1, 2014

Rumah baru

Assalamualaikum... dah lama x update rasanya.

Alhamdulillah, sekarang dah selamat pun berpindah ke rumah baru. dulu lama jadi orang selangor sebab belajar di selangor dari sekolah menengah, sekarang merasa jadi orang nogori dah. hihi.. siapa sangka kan. tak pernah terfikir oleh aku yang aku akan tinggal di negeri sembilan.

Selesai study, harapan nk cri keje, tp sebab merasakan kakak aku lebih perlukan bantuan aku, so aku stay kat rumah kakak aku buat masa ni, tu yang blh smpai ke negeri sembilan.

Dalam pada nk cari rumah di seremban, kami akhirnya dapat rumah di Senawang. Walaupun agak jauh dengan tempat kerja kakak, alhamdulillah rumahnya selesa dan suasana perumahan yang baik. dekat dengan surau, taman permainan, dan juga CBD (centre for business district). Rumah x jauh pun dengan taipan. kurang 10 min drive.

lepas ni jadual aku 60% dah berubah. Kenapa??? sebab aku dah dpt baby yang berusia 3 bulan dan kid yang umurnya 3 tahun untuk dijaga.... Pada mulanya aku cuak juga, sebab baby aisyah ni xmau langsung isap susu menggunakan botol, puting kosong pun tak mau. Buatnya kakak aku masuk keje, aisyah mengerang nak susu, mati akal aku... Alhamdulillah semalam kami borong puting dan botol susu... ada juga yang brjaya menawan hati aisyah. smpai hari ni, xleh lekang dengan puting. good girl. si kakak pula, xsudah suakan botol susu n puting bergilir2 ke mulut aisyah.  nasib la kakak pandai, dah mcm umur 5 tahun. cepat paham apa yang diajarkn. cuma kena pandai pujuk dan upah yang menarik.

Insyaallah esok akan bermula hari pertama aku dalam menjaga ank2 buah aku yg pandai2  dan keletah ni. harapnya semua akan baik2 aja. Insyaallah abg ipar aku dan adik aku pun ada sama. jadi kalau apa2, xde lah aku kekok n gelabah sgt. sekurang2nya abg ipar aku masih ada untuk bantu aku. tp next week dia akan blik ganu dah. so cabaran sebenar akan bermula minggu hadapan.

#baru jaga sikit2 cm nipun dah semput2, blm jaga ank sendiri lgi. ntah macam mana la agaknya bila ada ank sendiri nanti. #love Aisyah n asma'. 

Saturday, February 8, 2014

SOMEONE LIKE YOU

as i receive an invitation today, it is not a big surprise, but something i do really hope it will happen A.S.A.P. i hope that the person will be happily live with the one  that i believed completing the owner.

someone like you -ADELE
I heard that you’re settled down.
That you found a girl and you’re married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn’t give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain’t like you to hold back, or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it.
I had hoped you’d see my face and that you’d be reminded
That for me, it isn’t over.

Nevermind, I’ll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don’t forget me, I beg, I'll remember you said:
“Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead”
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead. Yeah.

You know how the time flies.
Only yesterday was the time of our lives.
We were born and raised in a summer haze.
Bound by the surprise of our glory days.

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it.
I had hoped you’d see my face and that you’d be reminded
That for me, it isn’t over.

Nevermind, I’ll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don’t forget me, I beg, I'll remember you said:
“Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead”.

Nothing compares, no worries or cares.
Regrets and mistakes; they’re memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Nevermind, I’ll find someone like you.
I wish nothing but the best for you.
Don’t forget me, I beg, I'll remembered you said:
“Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead”

Nevermind, I’ll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don’t forget me, I beg, I'll remembered you said:
“Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead”
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead. Yeah.

Wednesday, January 29, 2014

Result FYP ...

Assalamualaikum. malam ni excited sbb nk check result FYP aku. Alhamdulillah. akhirnya tamat sudah pengajian di UIA dengan result terakhir aku untuk subjek Project Paper.
Aku sangat bersyukur sebab supervisor aku yang pada asalnya mempelawa aku untuk buat project paper dengan dia. dan dia sangat banyak membantu aku. even result FYP aku pun Alhamdulillah Bagus. Syukur sangat2. Sekarang ni misi mencari kerja. tapi mak kata biar dulu la. tolong jaga kakak dalam pantang.
itu kata emak. kata ibu saudara aku yang di KL pula, tak habis-habis suruh aku buat jahitan manik. Ibu, saya ni baru belajar, xberapa pandai lagi... masih dalam percubaan. sambil2 tu aku rindu nak taip braille arab. seronok pulak bila dah pandai guna tulisan braille arab ni. cuma aku xde la belajar coding2 untuk braille, cuma sekadar asas sahaja. tapi still seronok. So maybe aku boleh start translate doa2 yg dicetak dalam teks celik ke dalam teks braille lepas ni. sebab quran braille dah ada. aq pun hanya belajar asas untuk arab braille: quranic braille, doa2 ok la kot.

Walaupun aku lambat, alhamdulillah, pengakhirannya tidak la menyakitkan tapi menyeronokkan.
FYP aku cuma dapat A-, braille aku dapat lulus cemerlang.

alang2 aku menanam anggur di rumah.. the whole family and my close fren pushing me to lose lots of weight. hahaha... so thats it.  aku pun cuba la berkawal makan2 di rumah. kebetulan pulak tonksil selalu sakit, so mmg x leh nk makan sangat. ditambah pula anak buah aku yang sorang ni sangat keletah.. manja dan ceria. jadi aku suka nk melayan dia. lagi pun dia sorg2 je, xe kawan sebaya di rumah ni, mesti dia sunyi. kesian sweetheart. hope nnti sweetheart boleh la jalan2 dengan ami long n mak long ke zoo. esok makde akan gtau umi.
so malam ni nk mimpi indah2... hope 'uwaish @ Aishah n asma.. dapat tdo dengan nyenyak.. luv ya

Tuesday, January 14, 2014

IT'S NOT THE ENDING, BUT A KICKSTART

Assalamualaikum.. Alhamdulillah akhirnya siap juga dissertation aku,, a study on the quality of urban life in kg. baru. bersyukur sgt. dgn siapnya project paper aku ni, tamat la sudah pengajian aku kt uia ni. Begitu lama aku di UIA.. smpai kakak aku dah 4 kali convo, aku x konvo-konvo lagi. Tapi aku tetap cuba untuk habiskan pengajian walaupun aku memaksa diri menerima apa yang tidak disukai.

Aku akui, sukar sebenarnya untuk aku menerima sesuatu yg bukan dalam jangkaan dan senarai perancangan aku. tapi yelah, pada aku, once i started to do things, then i have to finish it la. no matter how hard. Several time almost give up with my study. but still there are few friends that close to me kept supporting me morally.  the hardest time is when mom kept asking me about my study... always asked the same question.. " bila awk nak habis study???" my answer is very simple.. " bila habis.. habis la.." hahaha
tapi aku tahu, mak risau. cuma aku tak nak mak risau sgt.

Tapi semua tu inspire aku untuk habiskan study ni. Alhamdulillah subjek yang sangkut akan diselesaikan esok.. tadi dah buat hard cover binding kat UPM... nego2 dapat harga murah sikit berbanding di gombak. siap dalam 4 jam je. lega bila nampak dissertation tu dah siap di bind. pagi2 esok kena jumpa prof.. for signature, and my second reader.. then submit.. after.. yeayyyy.. hoorayyy.. walaupun aku jauh ketinggalan berbanding kawan sama batch, but i tried my best.

hari ni buka fb nampak gmbr ank saudara. x sabarnya nk jumpa my sweetheart ni. n the best thing, kakak dah bersalin baby girl girl seberat 2.8kg. nama Nurain Aishah. muka sama macam kakaknya. tak sabar rasa nk jumpa. rindu sangat2 kat mak, abah, anak saudara dan keluarga. i wish boleh jumpa diorg x lama lagi. or maybe diorg je jumpa aku.

apa2 pun.. now aku kena kemaskan semua barang2 aku. sebab already exceed days stay kat asrama. esok submit project paper.. pay for room rental.. then chiow... time to look for new places and gain new experience. 

Friday, January 10, 2014

Baby yang dinanti-nanti

Alhamdulillah, kepenatan dan tak ckup tdo hari ni diubati dengan khabar gembira. Kakak dah pun selamat melahirkan baby girl seberat 2.8kg pd pkul 10 pg, 10 januari 2014.
Sepatutnya kakak due 4hb, tp lewat 6 hari. Sejak dr tarikh due hari2 aku kol mak sbb nak tau kakak dah bersalin ke blm. Sihat ke x. Excitednya...
Hari ni seronoknya tak terhingga. Moga kakak cpt smbuh  n baby cpt bsar. Asma dah dpt adik. So tak boleh la nk cpt tgn sgt. Love ank2 sedara aku ni.

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan