Tuesday, September 30, 2014

ALTEL SIMKAD 4G LTE


Altel Communications
Pengenalan

Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) mula beroperasi pada Julai 2012 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary.

Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih. Kami ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju, selaras dengan nilai-nilai dan visi syarikat.




Cara Semak baki Altel
- *124#

Cara Semak Maklumat Akaun Altel
- *102#

Cara Top up altel Tambah Nilai Altel 
- *122*(16digit)#


ALTEL merupakan syarikat telekomunikasi milik Tan Sri Mokhtar Albukhary. Beliau memenangi bidaan spektrum 4G terbesar dan altel memegang lesen MNO mempunyai pencawang sendiri sebaris dgn CELCOM, MAXIS, DAN DIGI.

KENAPA PERLU BERTUKAR KEPADA TALIAN ALTEL??

1) kadar panggilan Sama rata 16sen/minit, sms 5 sen , 25 sen MMS dan 5sen/MB internet data panggilan per use

2) pelanggan menikmati bonus activation 10% jika top up RM30 dalam masa 5 hari iaitu sebanyak rm3 bonus

3) bonus harijadi 20%

4) tapak validity rendah rm28 untuk 365 hari termurah antara telco di Malaysia

5) FRIEND N FAMILY ..panggilan 8sen, sms 2sen,ke semua altel ke altel, celcom, xox, tunetalk,redtone

6) Data internet /Broadband (PROMOSI SEHINGGA 31/12/14)
RM15 seminggu 500MB,  (kini 30 hari)
RM28 sebulan 1GB (kini 90 hari)
RM48 sebulan 2GB (kini 90 hari)

7) tempoh sah nilai tambah topup ....
RM5 untuk 5 hari
RM10 untuk 20 hari
RM30 untuk 2 bulan
RM50 untuk 3 bulan

tempoh sah nilai kredit akan automatik mengikut tempoh sah kegunaan internet apabila melanggan pakej internet. 

8) kredit tersedia sebanyak RM5

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WHATSAPP/ NAD SMS 011-18646641

BASIC FAQ


  1. Apakah Altel 4G LTE?
    Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution) atau LTE adalah teknologi tanpa wayar yang membolehkan pengguna menikmati data jalur lebar berkelajuan tinggi. 4G adalah komunikasi berpiawai dalam Teknologi Rangkaian Mudah Alih dan merupakan “Generasi keempat” – yang terbaru selepas 2G dan 3G. Dengan kelajuan 4G LTE, pengguna dapat merasai perbezaan yang ketara semasa memuat turun fail, membuat panggilan video, bermain permainan secara berkumpulan atau semasa menonton video HD dalam talian.
  2. Apakah perbezaan diantara GPRS, EDGE, 3G dan 4G?
    • GPRS: Merujuk kepada perkhidmatan rangkaian 2G yang menyediakan data asas sehingga 56 kbps (menyamai kelajuan “dial-up”)
    • EDGE: Merupakan teknologi 2.5G, suatu penambahbaikan daripada teknologi 2G serta menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi berbanding GPRS. Kelajuan EDGE boleh mencapai sehingga 144 Kbps.
    • 3G: Teknologi 3G menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi dan lebih laju berbanding rangkaian 2G (EDGE & GPRS). Teknologi ini secara teorinya mampu mencapai kelajuan sehingga 10 Mbps.
    • 4G: Teknologi ini berpandukan pada platform LTE dan merupakan teknologi terbaru dalam dunia pemindahan data mudah alih. 4G merupakan generasi seterusnya dalam komunikasi mudah alih dan merupakan teknologi paling maju pada masa kini. Secara teorinya, kelajuan pautan muat turun data melalui 4G adalah antara 10 sehingga 50 Mbps.
  3. Apakah kelajuan biasa LTE?
    Secara teorinya, kelajuan 4G LTE adalah 10 kali lebih pantas daripada 3G. Muat turun data dalam persekitaran biasa boleh mencapai antara 10 Mbps sehingga 20 Mbps dan boleh mencapai 5 Mbps sehingga 10 Mbps untuk memuat naik data. Tahap kelajuan data mungkin berbeza-beza mengikut pengguna serta bergantung kepada peranti yang digunakan, batasan perkakasan dan perisian, lokasi, trafik, sumber laman web atau kandungan-kandungan lain.
  4. Dimanakah saya boleh menikmati perkhidmatan Altel 4G LTE?
    Perkhidmatan Altel 4G LTE kini boleh dinikmati di semua kawasan utama di seluruh negara. Segala maklumat lanjut berkaitan dengan Altel 4G LTE boleh didapati di laman web Altel.
  5. Bagaimanakah untuk saya melanggani Altel 4G LTE dan apa yang diperlukan untuk menikmati perkhidmatan LTE?
    Anda memerlukan peranti mudah alih yang menyokong perkhidmatan LTE dan kad USIM 64k.
    Kad USIM (Modul Pengenalan Pelanggan Universal)
     juga merupakan satu kad SIM yang digunakan untuk perkhidmatan 3G dan 4G. USIM menyediakan ciri-ciri yang telah dipertingkatkan berbanding SIM seperti ciri keselamatan yang lebih baik, penambahan memori dan sebagainya.
  6. Saya menggunakan kad SIM 32k. Adakah saya masih boleh menikmati perkhidmatan LTE?
    Anda perlu menukarkan kad SIM anda kepada kad USIM 64k terlebih dahulu untuk menikmati perkhidmatan LTE. Penukaran kad SIM ini adalah percuma.
  7. Bagaimanakah saya boleh mengetahui peranti saya telah disambungkan kepada perkhidmatan Altel 4G LTE?
    Anda akan mengetahuinya apabila isyarat 4G atau LTE terpapar pada skrin peranti anda.
  8. Bagaimana mana pula sekiranya saya tidak boleh menggunakan Altel 4G LTE dan tiada isyarat 4G dipaparkan?
    Pastikan anda menyemak perkara-perkara berikut terlebih dahulu:
    • Anda berada di kawasan liputan LTE Altel.
    • Anda menggunakan kad USIM Altel 64k yang berdaftar.
    • Anda telah melanggani pelan Jalur Lebar Mudah Alih Altel.
    • Telefon/peranti mudah alih anda menyokong perkhidmatan LTE.
  9. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya memasuki kawasan yang tidak mempunyai liputan 4G LTE?
    Sekiranya anda berada di mana-mana kawasan yang tidak mempunyai liputan Altel 4G LTE, anda akan disambungkan kepada perkhidmatan 3G secara automatik.
  10. Apakah pelan Jalur Lebar Mudah Alih atau kadar pelan yang tersedia bagi Altel 4G LTE?
    Buat masa ini, pelan yang tersedia adalah:
    • 1 GB pada RM28
    • 2 GB pada RM48
    • Pembayaran-Mengikut-Penggunaan pada 5sen/MB
  11. Secara umumnya, aplikasi apa yang boleh saya gunakan dengan data sebanyak 1GB apabila saya melanggani Altel 4G LTE ini?
    Secara umumnya, penggunaan data sebanyak 1GB adalah bersamaan dengan menerima 20,000 e-mel atau melayari 3,000 laman web atau memuat turun 500 lagu atau strim 100 video.
    Ini berdasarkan kepada andaian mengikut penggunaan purata industri seperti berikut:
    Satu e-mel pada 0.05MB
    Satu laman web pada 0.3MB
    Satu lagu pada 2MB
    Satu video pendek pada 10MB

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan