Saturday, December 22, 2012

THE DIARY OF ME N BELOVED SISTER..

Alhamdulillah hari ni masih bernyawa. Bersyukur selagi masih diberi nikmat iman dan hidup, kerana itulah tanda betapa Allah menyayangi kita. 
Malam ni aku tak tahu kenapa, terasa sedih dan sayu sangat. Bersembang dengan Kakak tercinta sangat menyeronokkan. Ya! menyeronokkan kerana zaman kecil2 dulu tak dapat nak rasa berbual seronok dengan kakak bila kakak masuk asrama, dan aku sibuk dengan aktiviti koko, dan bila kakak masuk universiti, aku dihantar bersekolah jauh ke kajang dari temerloh, dan bila kakak dah dewasa, mendirikan rumah tangga, aku menjengah alam universiti. betapa sedikit ruang untuk kami meluangkan masa bersama.
Hari ni, aku dapat berbual mesra dengan kakak, tapi esok lusa, mungkin kah masih berkesempatan untuk mengecap nikmat yang rasa pada ketika ini? 
Sebenarnya, hari ni cuma berbicara pasal mimpi, tapi sayang mimpi yang menyakitkan definisinya. yang membuatkan aku terasa senak di dada sehingga saat ini, dan terasa takut untuk memejam mata. Ingin sekali berdamping selalu dengan kakak. Biasanya, kakak bermimpi pasti bawa petanda. dan aku takut akan ertinya. Dan bila kakak bermimpi, dalam waktu yang aku melakukan sesuatu perubahan atau perbuatan yang berlainan, gerak hatiku jarang bersimpang dengan kebenaran yang bakal berlaku. teringat suatu ketika bila kakak bermimpi sesuatu, dan gerak hatiku ketika melalui satu kawasan yang didiami saudaraku, gerak hati ingin menziarahi saudara tersebut, namun tidak kesampaian. rupa-rupanya, diwaktu aku melalui kawasan tersebut, saudaraku kembali ke rahmatullah.
Kali ni, entah apa mimpi kakak. Dan jantung aku berdegup kencang. Otakku teringat kenangan dengan kakak. Teringat sewaktu kecil , betapa aku hebat dirotan ayah kerana jatuh dalam paya untuk mengambil botol air kakak. dan sejak itu, aku selalu rasa marah dengan kakak, kerana kakak tidak dirotan, tetapi aku yang jatuh paya, terkapai sendirian cuba menyelamatkan diri, walaupun aku tahu kakak sebenarnya pergi memanggil ayah. betapa aku takut bermain dalam air, takut akan lemas. Kakak juga lah yang selalu membawa aku ke kedai runcit yang jaraknya 500meter dari rumah, untuk membeli mainan anak patung kertas (yang boleh bertukar2 baju), buku warna, dan betapa gembiranya aku di saat tu. Betapa kakak bercerita mengenai cinta pertama dia pada aku, macam2 sebenarnya kenangan dengan kakak, cuma jarang berlaku. 

Aku harap, kakak dan rumah tangga kakak baik2 selalu. dan aku takut kehilangan kakak. kalau kakak yang ingin diapa-apakan, gantikan aku di tempat kakak, kerana kakak lebih diperlukan, dan aku terlalu menyayangi kakak. 

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan