Tika malam,
aku sendirian,
menatap paparan kilauan di hadapan mata
termenung
memikirkan pengisian untuk ku nukil
mungkin nukilan ini sedikit, kurang isinya
namun bagiku, itulah yang diucapkan hati
bersendiri di sini
merenung akan nasib di masa hadapan
apa mungkin ada sinar baru
apa mungkin ada sebuah pengharapan
untuk maju melangkah bersaing dengan gergasi globalisasi
cuba mencungkil kekuatan yang ada menjadi sekuat permata
cuba mengukir laluan selurus garisan penghujung laut
cuba memahat keimanan untuk kekal di jiwa
mendirikan tiang-tiang kebenaran menjadi teguh
seteguh tembok zulkarnain
dalam arus permodenan yang hakikinya ditelan zaman
malam,
andai kau mendengar rintihan hati ini
apa mugnkin kau bisa mendendangkan syair bagi mengubat duka
apa mungkin kau membentang solusi bagi menghilangkan derita
apa mungkin kau menjadi penawar bagi jiwa yang remuk
sehingga kau menjadi pujaan pujangga
sehingga kau menjadi saksi bermadunya kasih dan cinta
hati,
andai kau berduka lara
ubatilah dengan air mata
limpahkan sejuta rasa pada yang Esa
kerana dia yang lebih mengetahui apa yang menimpa

No comments:
Post a Comment