Friday, August 31, 2012

MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

Alhamdulillah.. masih berkesempatan untuk menulis serba sedikit dlm blog ni...
Entri kali ni cuma untuk berkongsi secubit rasa rindu yang bakal dirasai, memandangkan lagi seminggu akan masuk semester baru. Kerinduan terhadap ibu bapa, keluarga dan sanak saudara yang bakal ditanggung setelah masuk semester nanti.

Masih teringat sewaktu mula-mula mendaftarkan diri di asrama SMAPK, aku sedikit pun tidak menangis . padahal itu lah pertama kali aku berpisah jauh dengan ibu bapaku untuk tempoh waktu yang lama. 12 tahun berkepit dengan mereka, membuatkan aku ingin rasa sedikit berjauhan dengan mereka.
Namun sekarang, semakin aku dewasa semakin aku cepat merindui mereka. kalau di asrama, hampir setiap hari aku akan menghubungi mereka. sekurang-kurangnya menghantar pesanan ringkas bertanyakan khabar mereka.

Sedang aku menghitung hari menanti jumaat akan datang, aku menghitung kerisauan meninggalkan ibu bapaku berdua di rumah. Dua-dua tak berapa sihat. rasa takut nak tinggalkan mereka berdua je di rumah. Dengan keadaan ibuku yang masih dalam tempoh fisio selepas pembedahan tapak kakinya, dan ayah ku fisio untuk keting nya. Rungsing memikirkan kalau apa-apa berlaku, apa mungkin anak-anak mereka ini dapat menghadirkan diri seperti mana mereka selalu menghadirkan diri mereka sewaktu kami kesusahan???.

Jadi, di kala kejauhan, aku cuma mampu melepaskan kerinduan kepada mereka dengan menghubungi mereka, dan mendoakan yang terbaik untuk mereka, supaya diberi kesihatan yang baik, ketenteraman hati, dan membahagiakan mereka dari jauh.

macam mana nak membahagiakan mereka dari jauh????

1- hubungi mereka dengan berbicarakan berita gembira
2- bertanyakan khabar mereka dengan keikhlasan hati.
3- meluangkan masa untuk mendengar masalah yang dihadapi ibu bapa / memberi perhatian (berkaitan keluarga) supaya mereka tahu bahawa mereka bersendirian
4- kepada yang dah bekerja, boleh la mengirimkan at least 1/10 dripada pendapatan kepada ibu bapa sebagai tanda kita prihatin (mgkn mereka akanmemerlukan duit itu nnti)
5- mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang masa mereka di hati kita
6- menasihati dan membimbing adik-adik supaya tidak mengingkari ibu bapa (tanggungjawab sebagai kakak/abg perlu dilaksanakan walaupun berjauhan)
7- menziarahai adik beradik/ keluarga ibu bapa yang terdekat sebagai tanda menghormati mereka

setakat ni, tu jela beberapa perkara yang dapat aku lakukan... tpi diri ini sendiri masih dalam membentuk sahsiah yang lebih baik...

dan sesungguh syurga seorang ank itu terletak di telapak kaki ibu, menggembirakan hati kedua ibu bapa besar pahalanya.. insyaallah.

Saturday, August 25, 2012

masa untuk ANAK - EMAK

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah dapat juga meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ni. Beraya dalam keadaan yan aman dan selesa. Bukan semu umat islam dapat merasai nikmat yang kita rasai ini. dalam kedamaian di Malaysia ni, aku sempat duduk bersembang dengan mak. Sembang-sembang kosong kata orang tua. tp sebenarnya punya isi yang tersirat. 

Sedang aku bersembang dengan mak lepas balik dari kenduri kahwin 2 pupu aku tadi, sengaja aku buka cerita untuk besarkan rumah. Aku cadangkan mak besarkan rumah ni untuk jadi dua tingkat.. selesa sikit nnti kalau anak menantu balik.. masing-masing boleh ada bilik sendiri untuk setiap keluarga. Buat rumah kotak je design aku.. senang kalau buat rumah bumbung rata.. atas bumbung boleh letak pokok2 bunga dan tempat berehat... tapi dibangkang emak. memikirkan mak abah yang semakin tua, anak-anak masing-masing dah semakin dewasa.. dah nk kerja dan dah nak berkeluarga..bukan tinggal dengan emak.. siapa nk kemas rumah tanya mak.. hurmm.. 

so, untuk mengelakkan mak lebih bersikap serius.. aku pun bergurau untuk mencari lelaki kaya sahaja lah.. lagi lah aku dileteri.. huh... so at least aku tau mak xperlukan bakal menantu yang kaya atau yg berharta sangat.. cukup sekadar mampu untuk menanggung keluarganya... sekali sekala sembang mcm ni.. setahun sekali belum tentu dapat.. 

Tapi aku kesian juga tengok mak, walau pun ni rumah kampung.. tapi dapurnya di bawah.. ruang tamunya di bahagian atas.. sama je. 

teringat kembali sewaktu aku tingkatan 2 dulu.. bila tgk rumah besar-besar.. aku mesti kata " nanti angah akan binakan mak sebuah rumah besar mcm ni. sorang 1 bilik.. maka abah boleh dating kat balkoni." so.. misi aku sekarang cepat habiskan belajar.. cari kerja.. kumpul duit dan binakan mak rumah yang besar tu.. dan tinggal dengan mak abah.. so aku boleh jaga mereka.. walaupun aku tidak lah terlalu rajin atau pandai bab2 rumah ni.. tapi sekurang-kurangnya.. anak ank untuk menemani mereka.. 

amin...

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan