Tuesday, December 25, 2012

CORAT-CORET PLKN

Malam ni susah betul rasa nk pejamkan mata ni... so alang-alang aku takleh nak tido, aku pun apa lagi, tulis blog jela.. huhu... tengah-tengah malam ni, teringat kawan-kawan sekumpulan time PLKN dlu. banyak kenangan bersama diorang, alhamdulillah masih lagi berhubung dengan kawan-kawan PLKN dan update dengan diorang. Ada yang dah selamat mendirikan rumah tangga, ada yang dah selamat berkerjaya, dan ada yang masih lagi menuntut di menara gading. 
Sebelum ada nya kewujudan FB ni, terasa sukar betul untuk berhubung dengan kawa-kawan, bukan apa, waktu tu, aku masih lagi tiada kemudahan internet di rumah, dan hanya buku-buku biodata yang diisi oleh kawan-kawan je menjadi kenangan, serta beberapa warkah dari sahabat2. Terasa keindahan di zaman tu. 
Aku menyertai PLKN di Benum Hill Resort, Ulu Gali, Raub, Pahang. Kedudukan kem tersebut yang jauh di atas bukit, memang membuatkan kami terputus hubungan dengan orang luar, hanya ada public fon untuk berhubung dengan kaum keluarga. Even Handphone pun kena serahkan kepada pihak pentadbiran kem, dan hanya akan dipulangkan seminggu sekali (kalau tak silap). Agak ketat juga peraturan di situ, tapi bila di"compare"kan dengan kawan-kawan yang menyertai PLKN di kem lain, Kem aku dimasukkan ni sgt la longgar. Spot Chek pun xde la sekerap di Kem-kem lain, makanan lgai la.. ramai kawan2 yang bertambah berat badan, sebab makananya sedap dan makcik kantin tu pun tak kedekut. ngeee...... kalau time melawat, ada keluarga yang sampai siap bawa periuk berisi makanan, mmg sgt heaven la, sebab ada yg anak tokey kedai nasi kandar, ada ank tokei kedai makan berlauk, dan aku pun parent aku pun pernah bawa murtabak yang banyak untuk diagihkan kepada kawan2... Time PLKN, Waktu plg seronok adalah hari melawat la.. sebab time company-company yang bertugas ni SYOK dapat guna walkie-talkie.. hoho... dan bz ala2 security guard... plg syok kalau kna jaga kat kantin.. sebab smbil bertugas, diorg boleh membedal food kat kantin smbil bersembang dengan jurulatih2. Dan time kitorang ni, TTS (tempur tanpa senjata) telah bertukar menjadi (tidur tanpa sedar) sebab seingat aku hanya beberapa kali aje TTS ni dlaksanakan... waktu riadhah juga sgt rilex.. 
antara pengalaman yang tak dapat aku lupakan, ialah baca ikrar di perhimpunan pagi. Ntah kenapa, sepatutnya hari tu dah ada yang baca ikrar, tiba2 xde sapa nk keluar dari company Bravo, so, aku pun keluar je la. Baca depan semua pelatih plak tu, betul2 mengadap Kem Komanden yang mukanya garang, mau x nerbes aku. Baca dengan penuh confident, sampai rukun negara keempat dan kelima kubaca terbalik. dengan muka selamba aku hbiskan je rukun negara tu, dan cepat2 masuk barisan. Lagi 1 Pengalaman yang aku tak dapat lupakan time di PLKN ialah Flying Fox.. mmg history betul dlm hidup aku... dengan merentas tali sejauh 200meter, yang dibawahnya ada tasik buatan.. memag layan... for the first salam hidup aku, aku buat bnda macam tu, dan keadaan fizikalku langsung tidak menghalang... cuma.. hanya aku sorang je yang merasa pengalaman "water ski". Tak dapat aku lupakan keseronokan waktu tu. Habis lenjun pakaian aku, nasib baik boot aku diikat kemas, kalau x mau tertanggal dalam tasik... :) cuma, aku tak sempat sesi abseiling sebab time diorg buat bnda tu, aku dah last day.. mak aku insist suh balik awal.... nasib baik dapat juga sijil PLKN. 


after few years, kalau x silap aku, dalam tahun 2009, baru la aku dapat join kawan2 ni reunion. tu pun, dah reunion kali ke-2 atau ke-3. ketinggalan zaman betul aku. Lagi memudahkan aku untuk berjumpa dengan diorg sebab aku dah study kt UIA gombak, access pun mudah. time tu la baru nk kenal2 balik kawan2 yang dulunya hampir botak, bila dah tumbuh rambut, lain sungguh rupanya, dan kawan2 perempuan yang dulunya kulit hangus2, masing2 dah cerah macam makan collagen kau, yang kurus pun da gemuk, yg gemuk pun ada yg kurus, mmg susah betul nk cam. mula2 reunion, aku memang malu2 juga la... sebab ramai juga yang aku tak knal, nak2 aku ni tidak seaktif mereka di kem. firts Reunion yang aku pergi adalah di Midvalley kalau x silap aku,, Di burger king. Ramai juga kawan2 yang datang. 

For the second Reunion yang aku join pun di Midvalley.. lepak kat Kenny Rogers. Rezeki ada orang belanja. (^_^)

ada member dtg dr jhr lg.

member yang sentiasa menggamatkan suasana
then aku pun buka group di fb untuk ex pelatih plkn bhr 2006 ni... alhamdulillah.. ramai yang berhubung dari situ. Status kawan2 pun bnyk yg diupdatekan dari situ. then reunion kat KLCC pulak. time nikitorg sempat g jumpa kawan yang sedang bertugas sebagai polis pelancong, sebab nk lepas rindu punya hal... :) thanks to Shah sebab slalu make things happen... just xde gambar nk post kt gara2 xsempat save kt FB dan laptop bertukar tgn. Sebab layan reunion, kitorg yang duduk dekat2 area wangsa maju, keramat ni pun buat la reunion kat wangsa maju. banyk betul reunion, tapi time reunion ni la kami melepaskan stress2 kami, sambil bertanyakan khabar kawan2 lain. ada juga kami berbincang untuk bercuti bersama2, tapi hajat belum tercapai lagi. 

ni gambar2 kt NZ Curry House... Wangsa Maju

Oleh kerana asyik makan je setiap kali perjumpaan, kitorg pun buat la ala2 picnic gitteww... lokasi di PD.. tapi hanya 8 orang je yang pergi. walaupun hanya 8 org je, still enjoy. main banan bot, kayak, mandi laut.. bila la leh picnic lagi...then kitorang g kenduri kawen kawan2, majlis berbuka puasa bersama, dan melawat ayah salah seorang sahabat yang dimasukkan ke wad di HKL.
wedding Noa

Di HKL

Wedding Shah *my twin
wedding Fariza

Ifthar


masing2 kenyang pas berbuka..
picnic di PD

Ni lah kenangan2 aku dengan kawan2 PLKN. Ada yang dah lama giler xjumpa. Lpas habis kem, langsung xjumpa2 dah, n ada yang langsung lost contact. Hope one day dapat berjumpa balik dgn kawan2 PLKN semua, INSYAALLAH. Walaupun setakat ni kebanyakannya muka yang sama je, tapi bukan bererti yang lain xnk join, cuma ada komitmen lain. Yang paling cool bila bab reunion adalah Shah, dia mmg excited, and cool, sampai sanggup p jhr ambil kawan untuk dtg reunion. now dia dah kawen, so pndai2 la. Thanks to Daniel a.k.a ucu, and nisah a.k. misya,  sebab slalu support transport tuk aku. Al-maklum xde lesen memandu lagi. :)
K la, mau tido sudah.. dah awal pagi dah ni.. 


3 comments:

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan