Thursday, January 3, 2013

aku, kau dan dia (istimewa buat kau dan dia)

aku, kau, dan dia
kita bersama melangkah di bumi yang nyata
bersama menapak cuba mencipta nama
bukan pada dunia
bukan kerana harta dan pangkat
nama untuk seseorang yang teristimewa
yang bila disebut mengundang rindu
bila diingat mengimbas kenangan indah
bila tiada amat terasa kehilangan
bila di depan mata, dihargai sepenuh jiwa

aku, kau, dan dia
kita bersama di saat berduka
bila airmata menjadi peneman malam gelita
kita bersama berkongsi cerita lara
merawat hati yang derita
walau aku, kau, dan dia
punya latar belakang yang berbeza

di pagi hari,
aku, kau dan dia terjaga dengan riak wajah yang ceria
cuba mencipta hari yang lebih bermakna buat kita
dengan gembiranya kita duduk bersama
mula membuka cerita
sambil menikmati kedondong masam
tanpa menghiraukan mata lain yang memandang
itulah dunia kita buat seketika

aku, kau, dan dia,
kini haluan kita berbeza
bertahun kita tidak bersua
tika sendirian teringat kenangan bersama
terasa bahagia sebuah persahabatan
walau aku, kau dan dia tidak sempurna
tapi persahabatan kita kerana DIA
kau bela aku, aku bela dia, dan dia bela kau
melengkapi sesama kita
itulah KITA

to my dearest sisters.. Along n Adeq

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan