Sunday, November 1, 2015

The Big Nanny

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah hari ni ada juga kesempatan aku untuk update blog ni. baru perasan last update time bulan puasa hari tu. mungkin sedikit kesibukan mencari arah tuju untuk aku titi membuatkan aku lupa seketika akan blog aku ni. 

Arah tuju yang aku sendiri tak pasti. tapi yang aku pasti, masih berusaha untuk mendahulukan apa yang perlu. apa2 pun, buat masa ni, alhamdulillah aku gembira dapat membantu insan2 yang aku cintai dalam hidup aku. Siapa insan yang aku cintai tu??? siapa lagi kalau bukan ahli keluarga aku. 

Tolong kakak aku jaga puteri2nya yang sangat aktif, lasak dan comel... sangat keletah... ada masa masa diorang jadi ultraman, aku jadi monster. hahaha... mana tidaknya, masing2 pertahankan permainan mereka yang bersepah diseluruh rumah, maka jadilah aku raksasa yang mengemaskan mainan2 mereka. bila semua tak mengikut arahan... mainan kena sita.. kihkihkihkih.... garang betul aku rupanya. 

Bukan senang tau nak jaga budak2 ni... kena penuh dengan kesabaran dan kasih sayang. Walaupun mereka bukan anak aku, tapi aku sayang dah macam anak aku. macam mana la aku nanti bila mereka dah balik ke PD. Sunyilah aku. xde teman yang suka berlakon.


Inilah budak dua orang yang pandai berlakon bila nak sesuatu. hari2 nak dengar lagu Coco Wawa.. 
si adik, my junior.. MakDe Junior. Bulat. kuat makan. keletah dan pandai. xsampai 2tahun lagi umur. tapi dah macam tiga tahun.

since aku dah xtau nak coret apa lagi.. sampai sini dulu ok. Now nak sambung jadi Big Nanny. Yang Garang, yang ajar berlakon dan melawa, yang ajar ngaji dan macam2 lagi. 

insyaallah akan diupdate lagi nanti. tapi kisah lain pula...

Friday, July 3, 2015

SALAM RAMADHAN MUBARAK

assalamualaikum.. 
lamanya x update blog. dah bersawang-sawang. 
sedar tak sedar, dah masuk bulan ramadhan. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramdhan. kekasih setahun sekali. 
bulan untuk kita sama-sama perbaiki kelemahan diri mendidik hati menjadi insan yang bertaqwa. macam mana dengan puasa korang tahun ni? harap-harap semuanya baik dan dipermudahkan segala urusan para pembaca sekalian. 
puasa tahun ni sebenarnya puasa paling rilek sekali dalam hidup aku. hahah... sebab aku hanya berpuasa di kampung bersama mak abah aku. ok lah, daripada diorang berpuasa berdua je, baik aku temankan sekali. dapat gak hilangkan sunyi diorang tu kan. sekurang-kurangnya diorang ada anak yang degil macam aku ni untuk dileteri. 

So, aku rasa bulan puasa ni bulan yang paling murah rezeki buat semua umat Islam. walaupun keadaan rakyat malaysia agak tertekan dengan bebanan ekonomi, taapi aku yakin rakyat Malaysia masih lagi dapat beribadah puasa dengan selesa. dapat bersahur, dapat berbuka puasa, dapat makan dan minum. Dan aku yakin, masih ada lagi rakyat Malaysia yang terpinggir dari keselesaan ini. Aku doakan semoga Allah sama-sama melapangkan pintu rezekiNya buat kita, dan memberi kekuatan untuk kita dalam menghadapi ujianNya. Dalam masa yang sama aku juga turut bersimpati terhadap rakyat Sabah yang diuji dengan Gegaran gunung Kinabalu. Semoga semua akan cepat pulih dan lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. 

Walaubagaimanapun, janganlah kita lupa akan kesusahan dan kesengsaraan saudara seagama kita di tempat lain yang kini berpuasa dalam keadaan serba ketakutan, daif, teraniaya, dan pelbagai lagi ujian yang aku rasa lebih hebat daripada yang ditimpa rakyat Malaysia. Seperti di palestin, Yaman, Syiria, yang berpuasa dalam keadaan perang, manakala warga Roingya pula berpuasa dalam keadaan serba sehelai sepinggang, dibuang, ditindas. Bukankah itu apa yang rakyat Malaysia tidak hadapi. 
sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya itu didengari Allah. 

sebelum aku close entry kali ini. sebagai renungan kita bersama:

Allah menciptakan setiap kejadian di dunia ini berpasangan. 
lelaki dan wanita
siang dan malam
gelap dan terang
tetapi janganlah dengan mudah kita kata susah dan senang itu sebagai miskin dan kaya, kerana rezeki yang Allah beri kepada kita semuanya sama adil. Allah memberikan kekayaan kepada hambanya, dan Allah tidak menimpakan kemiskinan, sebaliknya ia adalah istilah bagi orang yang tamak hatinya, kerana Allah memberikan semuanya cukup untuk kita, bergantung kepada kita bagaimana kita menerima dan menghargai nikmat pemberian Allah. jika tamak di hati, pasti terasa miskin. 

wassalam.

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan