Saturday, December 15, 2012

PENGALAMANKU MENJADI READER

Sepanjang beberapa minggu aku volunteer di PERTIS (persatuan orang-orang cacat penglihatan), macam2 yang aku belajar. belajar erti kesabaran dalam menyiapkan sesuatu dan mencapai sesuatu walaupun benda yang kecil, belajar menyelami perasaan insan lain yang berlaianan kemampuan fizikal dengan kita.Secara jujur, aku sangat selesa sepanjang berada bersama-sama dengan kawan2 yang cacat penglihatan ni. 

Teringat sewaktu aku mula2 menceburkan diri dalam bidang READER ni, aku malu2 dengan staff di situ, segan untuk bertanya, dan segan untuk berkata-kata. bukan apa, risau andai ada yang tersilap bicara, nanti ada yang terguris jiwa. bermula dri tahun 2010, aku mula menjadi reader. pengalaman pertama aku, memang sangat lurus. apabila pakcik aku berpesan untuk memastikan bahawa jilid-jilid buku yang diberi dapat dihabiskan dengan segera, dan mendapat partner yang sangat suka bersembang. Maka aku pun bersembang seketika, dan mematikan perbulan segera tugasan dapat diselesaikan. Takut kalau kuberitahu apa yang dipesan dan menegur, akan dikatakan tidak menghormati dia. Walaupun kedatanganku ke situ atas permintaan pak cikku yang kekurangan tenaga kerja, tapi akhirnya aku akan ke situ setiap tahun untuk translation buku teks Pendidikan islam, dari tulisan jawi kepada jawi braille. 




Tahun ni dah tahun ketiga aku berulang ke pejabat PERTIS, aku pun dah mengenali staf2, dan volunteer blind yang lain. skil reader aku pun dah makin maju, dan sekarang dah mula belajar menaip menggunakan tulisan braille. Untuk setiap titik yang aku tekan bagi membentu ayat, terasa kepayahannya sebagai seorang celik, namun bagi mereka yang buta, itulah medium penulisan mereka. Untuk makluman, bukan semua yang buta tu adalah betul-betul buta, tetapi ada juga yang dikategorikan sebagai rabun yang teruk sehingga menyukarkan penglihatan mereka. Mereka hanya dapat melihat tulisan yang betul2 berada di depan retina mereka, atau pun sekilas bentuk yang ada di depan mereka. 

cuba bayangkan jika kita berada di tempat mereka??? apa kita mampu untuk tersenyum seperti mereka?

insyaallah tahun depan aku akan berkhidmat lgi untuk buku teks yang seterusnya...

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan