Saturday, June 15, 2013

KURSUS PENINGKATAN TAHAP PROFESSIONALISMA KEPADA OKU PENGLIHATAN

Program terbaru yang aku join bersama PERTIS ialah KURSUS PROFESSIONALISMA CACAT PENGLIHATAN (Something sound like that) yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur, Besut, pada 7-11 Jun 2013. Program yang dianjurkan bersama JAKIM ini pastilah pengisiannya kearah pembentukan professional/ individu yang bekerja selari dengan aturan dan syariat Islam. Program ini hanya berlangsung pada siang hari, dan di malam hari diadakan sedikit ceramah. Tak lupa juga, dalam sibuk mendidik diri menjadi pekerja yang mentaati perintah Allah, kami juga digalakkan untuk melakukan QIAM. Maka aku selaku PEMBANTU program (Sukarelawan) ditugaskan untuk membantu peserta yang nk bangun QIAM untuk ke surau. Oleh kerana aku tidur lewat, bangun awal, makan lepas subuh pun mula mencari tilam yang empuk, makanya, terlajaklah aku waktu sarapan. Aku dapat partner dengan Kak Shima, yang merupakan OKU penglihatan, dia mmg tak Nampak langsung, jadi aku rasaa serba salah sangat sebab aku terlewat dan tak pimpin dia untuk ke dewan. Rupa-rupanya kak shima pun tak kejutkan aku, yela, mungkin dia tak tau aku ada di bilik tu. Maka, terlepaslah aku menu nasi dagang yang sedap pada hari itu. Kihkihkih…. Sampai di dewan, penceramah sedang bersemangat menyampaikan dan berkongsi ilmu kepada peserta. Terasa sedikit serba salah di hati. Cuma untuk program kali ni, kami semua terasa sedikit kelakar, sebab kedua-dua hari yang penuh ceramah tu, para penceramah menggunakan cerita, lawak dan idea yang sama.. sehinggakan lagu Hindustan yang mereka nyanyikan pun lagu yang sama, rangkap yang sama.
Kebanyakan pengisian dari penceramah adalah berkaitan bulan rejab, Syaaban dan Ramadhan, dan juga beberapa pengisian untuk perbaiki diri dan beberapa amalan sunat yang sering dipandang remeh oleh kita. Antara amalan yang paling ditekankan dan dipandang remeh oleh kita ialah amalan memulan sesuatu dengan Bismillah. Secara jujurnya, aku sendiri pun seringkali terlupa memulakan sesuatu perkara dengan ayat suci ini. Insyaallah moga akan menjadi amalan selalu dalam melakukan apa2 sahaja, dan semoga amalan bacaan bismillah di permulaan setiap pekerjaan dapat menghindar kita dari melakukan perkara2 yang tidak elok dan dapat menghindar kita dari sebarang fitnah. Selain itu, selaku seorang muslim yang serba kekurangan, janganlah kedekut untuk berzikir dan meminta Ampun dari Allah bila2 masa je. Zikir bukan hanya pada mulut, tapi yang penting zikir di hati itu sendiri. Hati kita ni senang sangat nak dijangkiti penyakit yang bermacam2, jadi penawarnya adalah zikrullah dan istighfar. Insyaallah, kalau hati kita bersih, kita buat kerja apa pun akan lakukan dengan ikhlas dan kerana Allah. Ikhlas itu umpama semut hitam diatas di malam gelap gelita, tidak terlihat dengan mata kasar dan tanpa sinar. Dan memang sukar untuk ikhlas, aku akui, kerana bagaimana nk lindung tangan kiri dari melihat perbuatan tangan kanan yang menghulurkan sesuatu untuk kebaikan sedangkan keuda-dua tangan adalah pada satu badan.

Sebelum sesi ceramah dan taklimat berakhir, kami berpeluang untuk bermain TELEFON BURUK. Mcm mana ya agaknya orang buta bermain telefon buruk?? Sama je mcm orang yang celik, mereka Cuma tak Nampak, tapi masih boleh berkata dan mendengar dengan normal. Jadi pada aku, mereka adalah normal. Cuma penglihatan aje yang terbatas. Pelbagai cara mereka membisikkan amanat yang harus disampaikan, tapi kami sampaikan secara berkumpulan la.. bukannya sorang2.. orang di meja depan membisikkan ke meja belakang bagi satu meja tu dengar. So, dah x jadi bisik. Dan ayat akhirnya adalah agak berbeza dari yang asl. Tapi game ni seronok… nampak kesungguh setiap peserta untuk menyampaikan amanat supaya tak sesat jalan.hihihihi.








Walaupun tarikh program adalah 4hari, tapi 2 hari adalah dikira untuk tempoh perjalan, dan 2 hari adalah program. Jadi program habis pada 9jun tengahari, makanya, petang itu kami sebuah bas pergi ke Kota Bharu. Hajat di hati tak nak Shopping, tapi bila dah ramai2, xdenya tak shopping langsung,.. petang tu kami pergi ke pasar Siti Khadijah, tapi dah lewat, so banyak kedai da tutup, dan aku disempatan tu dapat lah berjumpa dengan abg aku yang baru handle kes pencuri di kedai emas di awal harinya. Dapat jumpa Sweetheart Hannan dan Danish.. Ya Allah keletah sangat.. sampai aku kena dukung kedua2 skali.. berattttt… tapi aku suka. Back to the track, kami shopping2 di pasar khadijah, then malamnya kami ke wakaf che yeh. Wahhh.. heaven betul.. ni kalau bagi seriban pun aku habis agaknya.. so aku just tolong pimpin beberapa kawan je untuk bershopping, n aku Cuma shopping food..makanan Kelantan memang fevered aku. Nak2 dodol.. aku apa lagi.. beli dodol 2-3 jenis, beli kerepek, dan hanya makanan sahaja dan x lupa buah-buahan.. hahahaha…. Perut pun kenyang dengan makanan Kelantan, sampai di besut, makanan di penginapan yang disediakan dah tak laku sebab masing2 memborong macam2 dan termasuklah makanan.
Sepanjang program ni, aku jadi pembantu tetap untuk Pak Munir dan Kak Syimah. Aku suka berbual dengan Pak Munir.. sangat baik dan peramah orangnya. Menasihati aku dan bersembang dengan aku seperti anaknya sendiri. Dalam program ni, di mana ada Pak Munir, di situ ada Pak Cik Aziz. Sepanjang aku membantu mereka, aku terasa betapa sukarnya untuk mereka bergerak, kerana di sana terlalu banyak longkang, sehingga ada ahli yang tejatuh dan bengkak kakinya. Longkang sangat bahaya buat mereka walaupun longkang kecik. Dan di situ juga terlalunya banya divider yang agak tinggi, jadi ia ibarat gunung sbb tinggi. Nk bawa diorg ikut atas jalan tar aje, mmg jauh yan amat kena pusing. Macam buat tawaf, xsampai hati, dah la hari di sana terik, takkan lah nk jalan jauh. Kalau kita yang kyang celik boleh berlari, tapi diorang mcm mana nk berlalu. Jadi, pada aku design di bangunan ni tak mesra pengguna untuk orang kurang upaya. Esok paginya kami bertolak dari besut dalm pkul 10pagi ke kg. seberang takir pantai untuk ziarah ahli2 PERTIS cawangan Terengganu. .. 







Suka-sukarela di mesyuarat agung PERTIS

ASSALAMUALAIKUM, ALHAMDULILLAH masih dapat update blog ni. blog yg umpama diari.

Akhir2 ni aku sibuk sikit.. bukan sibuk apa.. sibuk mencari pengalaman yang tak mungkin aku dapat di UIA. Yela, bercampur bersama orang berbeza keupayaan dengan kita merupakan satu rahmat buat aku, bukan je dapat lebih pengalaman, tapi dapat belajar untuk berfikir seperti mereka. Ya mereka sama je macam kita.. Cuma yang bezanya, hati mereka jauh lebih bersih dari kita kerana Allah tarik nikmat pernglihatan dan secara logiknya mereka terhindar dari dosa2 yang berpunca dari penglihatan. Yelah, mata kan merupakan punca dosa paling utama, bak kata pepatah, dari mata jatuh ke hati. Jadi, mata boleh jadi punca dosa paling utama.

Di penghujung bulan mei yang lepas, aku telah terlibat sebagai sukarelawan untuk Mesyuarat Agung Persatuan orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang berlangsung pada 24-26 Mei di City Villa Hotel, Chow Kit. Penglibatan sebagai salah seorang daripada 20 orang sukarelawan sangat menyeronokkan, dan antara oengalaman paling berharga aku. Belajar untuk bersabar, kerana kami 20 orang perlu membantu para peserta lebih kurang 100 orang dan hampir kesemuanya mempunyai masalah penglihatan. Tugas kami tak berat pun, Cuma banyak kena gerak terutama sewaktu masa makan, yela kena la bantu mana yang patut. Dan dapat membantu mereka sangat menyenangkan hati aku, terutama bila dapat melihat mereka senyum dan gembira. Time tu terasa macam waiter pun ada, tolong serve makanan untuk mereka, dan pastikan mereka puas hati dengan hidangan dan kenyang walaupun kerja aku tolong hidangkan makanan untuk mereka je. Selain tu, tolong mereka untuk balik ke bilik mereka, yang memang memerlukan bantuan orang yang mampu melihat. Bukan kerana apa, hotel tersebut bukanlah “free barrier” hotel yang sesuai untuk orang buta. Tapi layanan dari pihak hotel, OK lah.

Antara kawan2 sukarelawan aku ni, ada juga sorang ni rupanya sedara aku sendiri, tapi aku tak kenal sebab aku ni jarang jumpa sedara mara yang jauh2 sikit, alas an aku sebab duduk asrama, n ke mana mak ayah aku, ke situ je la aku ikut. So bila kenal sedara ni kat situ, happy sikit, sekurang2nya dapat mendekatkan mana yang jauh. Kebanyakan sukarelawan ni adalah lelaki, dan mereka adalah adik2 lepasan SPM. Yang perempuan semuanya yang lebih tua dari aku, kecuali sorang, yang masih dalam praktikum di ERL. Dan we all semuanya single. Hahahaha…

Insyaallah kalau ada rezeki, next time nk jadi sukarelawan lagi, peserta2 program ni semua ramah2.. dan diorg punya sudut yang berbeza dalam menilai sesuatu. Menilai dari hati… yang sukar untuk dilakukan oleh orang celik.





Saturday, June 1, 2013

ragam musim exam...

assalamualaikum,...  musim2 final exam di UIA... library pun makin penuh.. mmg begitulah trend di musim peperiksaan final...  pergi library study dengan kawan2.. x pun study sorg2, cakap sorang2 dan ingat balik nota tu sorang2.. tu la yang dilakuka bila pg library sorg2.. dan aku kalau pergi library pun mmg pergi sorg2.. bukan apa, kalau pergi ramai2 aku tau, pasti aku takkan study, hanya bersembang je.. gosip itu dan ini, mulutku memang riuh bila dengan kawan yang mengenali...

Insyaallah td merupakan paper last aku di UIA.. INSYAALLAH.. harap2 pass la smua.. di akhir2 semester ni, bila dah terlalu lama di UIA, dah tak mengharap dapat A, cukup la lulus dan dpt grad. tu je.. sedih je rasa.. but thats the.. too tired to be in UIA for 5 years. asyik duk pikir nak cari kerja dan pendapatan sendiri je sekarang, tapi walaupun ada pendapatan sendiri (walaupun sikit) tak pernah cukup.. mesti akan minta kat ,.. kesian mak.. sebab tanggung anaknya yang sorang ni.. Moga2 mak n abah sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.. (sayang mak abah.. muah.. muah,,.muah...)

BTW... beberapa hari lepas teringin nak main boling.. kebetulan ada lah sorg kawan ajak teman dia sementara dia nk berbuka puasa... dan aku pun... OK...sebelum tu aku beli voucher boling untuk 4 game.. kemaruk kot nak main boling.. yela dulu x reti.. sekarang dah makin pandai sikit2.. boleh la... huhuhu... after berbuka puasa.. kami tgk movie di .. Fast and Furious 6.. mmg kaku aku tgk... sbb best sgt citer tu... feveret btul bila citer racing2 ni... lepas hbis wayang.. babak drama yang paling tak untuk hari tu.. mana taknya.. alarm key kereta kawanku hilang.. dan secara terang-terangan aku dipersalahkan.. sedangkan kunci pun aku tak pegang time tu.. sob..sob... dan drama berterusan dengan aku menyelongkar sampah2 dalam wayang untuk mencari alarm key.. dan akhirnya mmg tak jumpa. solution yang ada.. stay somewhere and wait till dawn to take cab... blik umah dia.. aku tak kisah pun buat smua tu.. just that yang aku sedih.. bila aku dipersalahkan bukan atas kesalahan aku dan bila alarm key tu dijumpai semula esoknya.. the friend just anggap mcm xde apa berlaku, dengan ayat2 dia yang seperti memperlekeh orang.. ia sangat2 menyakitkan hati. sometimes smart people dont think when they speak, they smart but not smart enough to admit that they are smart... in the end aku demam n selsema plus sakit dada kaw2 sbb the whole day x tdo.. tp dia lagi kesian sbb dua hari direct x tdo... terasa bersalah juga... sbb aku yg mula2 ajak dia tgk wayang.. exam hari rabu petang.. aku hanya start study rabu pagi.. fuhhhh... tapi x pela.. aku dah pun habis exam petang td.. Alhamdulillah.. treid my best.. even soalan tu terasa agak susah kerana nerves tetap melanda.. dan ilmu yang dibaca pun ingat2 lupa..

nasib baik la kt UIA ni aku ada family PANTUN... yang mana selalu buat aku tergelak dan ceria.. family yang sangat happy go lucky.. dan diorg sangat perform... pandai dan rajin study.. but me.... bluekkkk... study sehari sebelum exam.. habit yang susah ditinggalkan.. dan aku tetap tido dgn lena sebelum exam.. kalau x aku akan nerves yang membuatkan aku lupa smua yang aku dah blaja... so better aku tdo.. dan smbung study pagi esoknya... harap2nya semua paper aku lepas... dan tinggallah project paper yang ntah bila nk siap... oh my... tu je tinggal buat masa ni

now aku masih ada 1 more voucher bowling for 8 games untuk di redeem... perhaps dapat main ngan family pantun... sbb they all sgt supportive..  next activity kursus di terengganu... slama 5 hri... then continue dengan project paper n prog di uia.. smpai grad... 

next plan... hopefully apa yg telah dirancangkan akan berjalan dengan lancar.... teringin nk ke sana...

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan