Thursday, November 29, 2012

PERSIAPAN UNTUK PENGANTIN BARU

ALHAMDULILLAH,..

Hari ni aku berkesempatan juga untuk meluangkan masa untuk menemani bonda dan dinda tercinta membeli-belah untuk persiapan perkahwinan, walaupun tak banyak yang dibeli, tapi yang diambil untuk membeli memang lama...

Kali ni kami cuma mencari bunga untuk gubahan dulang hantaran sahaja. tema yang dipilih warna pale rose dan merah darah, jadi bunga yang kami pilih pink+krim+purple. menlayan citarasa bakal pengantin katakan. Mencari bunga yang sesuai adalah perkara yang paling leceh pada aku, sebab walau dah buat pilihan nk bunga yang macam mana, apabila sampai di kedai, pasti rambang mata..semua bunga2 di kedai tu cantik2, dan gubahan2 yang mereka buat pun memang super,tp sayang xboleh ambil gambar.

Aku cuma nk suggest je la. untuk bakal2 pengantin di area kuantan, gubahan hantaran di SMALL Garden ni memang cantik, dan aku rasa harganya berbaloi dengan hasilnya, boleh pilih dari pelbagai jenis gubahan bunga, hantaran dan hiasan untuk ruang berkonsepkan taman. buat masa ni ada promosi gubahan bunga yang besar untuk bilik pengantin dan meja makan pengantin. Kalau nk usha2 di situ pun ok je.

Dalam pada aku memerhatikan gubahan untuk dulang hantaran tu, sempat aku bertanya untuk warna kesukaan aku. nampaknya tak de lagi yang hantar ke situ untuk warna pilihanku nanti. **berangan seketika**

insyaallah nnti bila dah siap dulang hantaran, aku akan uploadkan. warna bunga memang cantik, dan gubahan pun sendiri2 je...

Monday, November 26, 2012

Difikiranku


bila terasa lemah, aku mengadu pada DIA,
Dia hantar seorang sahabat untuk memperingatkan aku,
bahawa tanggungjawab yang aku sandang sekarang,
bukan lah tanggungjawab yang harus diabaikan
atau dipikul dengan sesuka hati aku,
tetapi ianya tanggungjawab yang aku harus pikul,
dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan
supaya bila ujian yang lebih hebat menimpa, aku tidak mudah tersungkur di masa hadapan,

bila aku terasa aku tidak sehebat kawan-kawan yang lain
DIA hantarkan ujian untuk aku hadapai,
yang membuatkan aku tersedar bahawa aku tidaklah selemah yang aku sangka
dan aku mampu untuk terus maju bersaing

Bila aku ketinggalan dari teman-teman yang lain,
Allah bukan saja2 nak bagi aku pause seketika di perhentian itu,
tetapi DIA nk aku belajar sesuatu dari perhentian itu
mungkin ianya tidak terlihat dengan mata kasar
tetapi ianya terasa dari kehidupan seharian kita

Bila aku meminta untuk mendekati sesuatu,
Namun Allah jauhkan dia dari aku
kemudian aku sedar, jika dekat dengannya sekarang
aku mungkin berjauh dengannya kemudian nanti
jadi aku terima dijauhkan darinya
supaya aku belajar erti kesabaran
dan belajar untuk menilai erti kehidupan
dari pelbagai sudut pengalaman yang telah aku tempuhi

hidup ni cuma ada 1 arah tujuan
iaitu untuk menjadi hambaNya yang sentiasa mentaati perintahNYA
walau apa impian dan cita-cita yang aku cuba gapai dan tanam
namun ianya sia-sia jika aku hanya memikirkan keduniaan sahaja
sebab keduniaan tidak pernah akan terasa kepuasannya
sehingga kita terleka ditelan masa dan usia
dan akhirnya lupus begitu saha dengan sia-sia

Sunday, November 25, 2012

rewang di johor

Alhamdulillah, baru-baru ni aku diberi kesempatan untuk join persiapan kawen kawan aku di pontian, johor. Rewang di kawasan perkampungan orang jawa, memang takkan dapat aku lupakan seumur hidupku insyaallah.

perjalanan aku ke sana bermula dari hari khamis petang, dan smpai di rumah kawan aku dalam pukul 8 malam. sesampainya di sana, aku cuma sempat meletakkan beg aku je, then terus join buat goodies bag. walaupun penat masih belum hilang, tapi terasa excitednya. bukan apa, da lama betul aku join rewang. last yang aku betul2 dapat join rewang dalam family aku dalam lebih 10 tahun yang lepas. satu tempoh masa yang cukup lama pada aku.
di rumah kawanku, aku mula menyesuaikan diri dengan keluarga dia, dan tidak lokek untuk meringankan tulang temulangku. buat apa pegi rumah bakal pengantin awal2 tapi xnk tolong buat kerja rumah (kalau xde alasan seperti sakit), lebih baik datang pada hari kenduri je. lagi senang. aku rasa, kerja2 yang aku lakukan di rumah dia, ada juga yang aku jarang sangat lakukan di rumah sendiri. bukan apa, terasa segan bila sorg2 je berehat, sedangkan yang lain sedang sibuk menyiapkan bahan2 untuk majlis kenduri. hari yang sama, aku tak lupa untuk join pengantin berinai. yang seronoknya, kami menumbuk inai selewat jam 1.10 pg. sedang semua nyenyak tdo, aku dan kawanku, ditemani ibu saudara n neneknya berinai bersama-sama sambil melayan 'girl's talk'. sangat seronok. dah lama aku tak rasa seronok sebegitu.

hari kedua aku banyak melakukan kerja2 di dapur sahaja, dan kerja yang paling aku suka ada memecahkan kelapa. bukan siskit-sikit punya, adalah hampir dua guni juga aku pecahkan untuk malam kedua tu sahaja. yang seronoknya, aku tak perlu berebut kerja tu dengan sapa2. dan kerja kedua yang paling aku suka lakukan sewaktu kerja-kerja di dapur adalah mayang (hiris) bawang, dan basuh pinggan mangkuk. walaupun kerjanya nampak ringan, namun dalam majlis2 yang boleh tahan besar juga rewangnya, mmg pinggan mangkuk tak henti keluar masuk singki. paling seronok bila tgk singki da clear. tp yg pasti, x smpai 5 minit, singki akan dipenuhi dengan gelas2 yang telah digunakan semula.

alang-alang, aku di johor, takkan aku nk lepaskan peluang untuk menikmati tempe goreng yang memang menjadi menu wajib di johor. dalam melayan kepenatan bekerja kawen ni, aku tak pernah rasa terpinggir atau keseorangan melainkan bila aku tiada kerja untuk dilakukan. jadi, bila buat kerja, smua berkomunikasi dan semua bekerjasama. tak de yang ketinggalan atau yang hanya memberi arahan sahaja, yang penting semua orang bekerja dengan begitu bersemangat.

sedang seronok bergotong-royong untuk kenduri, ntah macam mana, aku pulak demam. mungkin sebab cuaca yang hujan lebat di petang hari membuatkan aku demam, sbb aku tak tahn dengan hujan. tapi, dalam demam2 tu, semangat untuk berewang tu membuatkan aku go on untuk buat kerja... cuma bila tak larat, aku rehat la.. nnti karang tkut diorg risau pulak. hari majlis persandingan, memang sangat meriah. terasa sangat suasana kampung yang dah terlalu lama aku tak rasa. tetamu hadir tak putus2, mak2 saudara dan ayah2 saudara sibuk melayan tamu sambil menghiburkan mereka, ada yang berkaraoke. memang sudah menjadi trend skrg kalau kenduri ada karaoke. tp lagu2 yang dimainkan adalah lagu2 klasik, 70an, 80an. menggamit nostalgia betul.
memandangkan tiket bas ke kl yang dibeli pukul 4.30 ptg, jadi, aku dalam keadaan berbaju untuk kenduri, pulang ke KL dengan berpakaian kenduri. berat sungguh rasa hati untuk meninggalkan keluarga tersebut, sebab aku terasa seperti keluarga sendiri dah pun. insyaallah kalau ada rezeki, aku akan lawat mereka lagi lain kali. mungkin juga lpas ni masa untuk aku berewang di keluarga sendiri.

Family Day Mualliman

Alhamdulillah, Masih dikurniakan nikmat yang tak terhingga, sehingga kadang2 terlupa nikmat didepan mata, masih nak minta lebih2.

Setelah hampir 25 tahun aku dilahirkan di dunia ni, inilah kali pertama, merupakan hari yang bersejarah dalam family aku, titik permulaan untuk mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga ni. walaupun keluarga aku tidak sebesar mana, tetapi, kebanyakan ahli keluarganya besar2,.. hehehe...

Pada 23 November baru2 ni, keluargaku, (keluarga Syed Ab, Rahman Al-Yahya a.k.a. Mualliman) telah pun mengadakan Family Day, yang mana hampir kesemua ahli keluarga kami berkumpul ,kecuali beberapa orang  abang dan kakak yang tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja dan  jarak yang jauh.

Bermula dengan buah fikiran Ayah saudaraku yang sulung, Abah Husin, beliau merancang semua aktiviti ni dari bulan september, dan mendapatkan persetujuan semua adik2 nya pada bulan oktober. walaupun terdapat beberapa kekangan yang timbul semasa persetujuan, namun semua dapat diatasi. ternyata keikhlasan Abah Husin dalam mengeratkan lagi silaturrahim keluarga ni dipermudahkan.

family ni berlangsung pada 23-24 november di Chempaka Beach Lodge, di Pantai Sepat, Kuantan. tempat tu sgt cantik dan menarik untuk aktiviti kekeluargaan dan juga aktiviti motivasi dengan suasana yang damai dan permai, membuatkan hati terasa gembira dan seronok untuk melakukan pelbagai aktiviti. pada petang hari kami bersantai di kolam mandi yang disediakan. aku berhadapan dengan ketakutan aku terhadap air, yang 2kali hampir lemas lebih 10 thun yang lalu, dan pakcik aku yang buta turut dipaksa untuk masuk ke dalam kolam, walaupun dia takut, namun sokongan ahli keluarga memberi semangat dan keyakinan yang lebih tinggi untuk dia turun ke dalam kolam. Kekurangan fizikal tidak menghalang dia untuk melakukan aktiviti bersama kami. dan ketakuan aku terhadap air menjadi satu keseronokan walaupun banyak air yang tertelan kerana beberapa kali tenggelam.Aktiviti bermula pada malam hari dengan acara tiup belon dan soal jawab teka-teki. dan keluarga aku memang sangat suka bermain teka-teki, dari yang kecil, hingga yang dewasa. Pada malalm itu juga kami meraikan ulang tahun kelahiran Abah husin.




Pada 24 november, kami mengadakan beberapa aktiviti sukaneka. Namun, pagi2 lagi aku, mak dan abah pergi minum di warung terdekat, bukan apa, alang2 di kawasan pantai dan banyak nelayan, kami mengambil kesempatan untuk menyaksikan para nelayan turun ke laut, dan melihat suasana kehidupan mereka di pagi hari. jam 8.00 kami bersarapan pagi, dan memulakan acara sukaneka. antara acara sukaneka yang berlangsung adalah membina menara, belon kasih sayang, terompah gergasi, dan acara kemuncak, tarik tali. namun sayang, acara tarik tali, kumpulanku, telah kalah. walaupun kumpulan kami semuanya gagah perkasa, namun kecederaan ahli kumpulan melemahkan tarikan. kemudian, ayahku turut menawarkan rm20 seorang bagi sesiapa yang dapat menyepak bola sehingga kena tiang gol, dan pada hari itu, pakcik ku yang buta turut bermain tarik tali, dan sepak bola. seronok sangat. dan hanya 4 org yang berjaya menyepak bola untuk kena tiang gol.. harap2 tahun depan akan ada lagi aktiviti2 sebegini, dengan penambahan ahli keluarga baru, insyaallah. mana tahu, ada bertambah 2 keluarga lgi ke.... dan penambahan aktiviti serta hadiah yang lebih menarik... 

 



Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan