Wednesday, December 5, 2012

MENCARI KEKUATAN

Alhamdulillah, aku hampir menuju ke penamat untuk chapter 1. Ternyata makin banyak ujian untuk aku tempuhi. kerana 1 pilihan yang salah, aku mungkin tersangkut, tergendala seketika di perhentian ini. Dan aku terasa lemah bila menerima perkhabaran itu. semakin lemah bila aku tidak tahu apa yang harus aku pilih. TERGANTUNG!!!! 
Saat2 kebuntuan begini, memang aku lebih suka menyeka airmata, bertanya pada diri sendiri, kenapa jadi begini? apa yang perlu aku lakukan? sampai bila aku mampu bertahan? memang sukar untuk meneruskan perjalana yang dimulakan dengan sebuah paksaan. tapi perjalanan harus diteruskan jika tidak mahu ketinggalan di belakang (walaupun hakikatnya aku agak ketinggalan kini).

betapa aku berasa cemburu melihat kawan2 ada yang hampir menamatkan pengajian masternya, dan bertambah kecewa apabila ada ahli keluarga yang mempertikaikan tindakan aku memilih pengajian yang berbeza dahulu. di saat aku memerlukan sokongan moral yang tinggi, aku diberi soalan yang tidak mampu aku ubah hakikatnya. 
Di saat begini aku masih memaksa diriku melihat ke cermin dan senyum sendirian, mencari sedikit kekuatan supaya hati terasa sedikit ketenangan, walau hanya DIA yang tahu galau di hati ni. Hanya ibu bapa menjadi peneman untuk aku berpaut ketika ini. 
Alhamdulillah, aku juga diberi teman yang sudi berkongsi rasa hati, walaupun aku terasa sangat membebankan dia, tapi aku tidak mampu untuk meluahkan rasa hati dgn ibu bapa sendiri. Masalah mereka lebih banyak untuk dipikul. Cuma pesanan buat diri ni, bangkit lah, jangan mudah mengalah.
buat teman yang aku sangat kagumi, dia idola aku. kadang2 dia sumber inspirasi aku di saat aku betul2 hampir give up. Aku bersyukur sebab Allah jadikan dia sahabat aku. 
Yang penting sekarang, aku kena cari balik tujuan aku untuk belajar, bersabar dan bertahan untuk hadapi semua ni. Allah dah beri aku yang terbaik, cuma tinggal untuk aku putuskan apa yang harus aku lakukan. Kekuatan utama adalah diri aku sendiri, keluarga, guru2, sahabat, dan paling utama, DIA. 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan