Saturday, December 31, 2011

Meniti tahun yang mendatang pula..


Assalamualaikum....

Entry kali ni simple je... sebab saje2 nak hilangkan rasa bosan study.. alang-alang dah nak sampai ke penghujung 2011 ni, xsalah rasanya aku update kan blog aku kejap kan...
So... sebelum 2011 ni sampai ke penghujngnya, aku rasa yang terbaik untuk kita lakukan adalah muhasabah diri kita...dari pelbagai sudut..tak perlu la nk detail sgt..ambil yang simple2 je.. contohnya, adakah performance kita pada tahun 2011 ni lebih bagus daripada tahun 2010??? adakah amal kebajikan kita tahun ni lebih daripada tahun-tahun yang sudah??? pelajaran kita tahun ni lebih baguskah??? dan paling penting... adakah rasa sayang pada keluarga kita dan Maha Pencipta lebih lebih dalam pada tahun ni??? jadi..kita nilai-nilaikan sendiri apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ni.. 
Setiap insan tidak lari dari melakukan kesilapan, tapi jangan lupa, kita harus lah meminta maaf kepada orang yang kita lakukan kesalahan dan memaafkan kesalahan orang kepada kita, kerana aku yakin setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya... sucikan hati kita bak sesuci lebaran"Siti Nurhaliza"...tak susah pun kan.. yang penting IKHLAS tau!!! 
Aku harap tahun 2012 ni akan memberi ruang yang lebih untuk aku merebut segala peluang melakukan kebaikan dan perbaiki kelemahan diri aku..tak banyak, sikit pun tak apa, yang penting... USAHA.. kerana Allah tidak menilai hambaNya berdasarkan apa yang manusia nilaikan sahaja tau.. dan Allah lebih tahu apa usaha kita dan sejauh mana keikhlasan kita dalam berusaha... Insyaallah, apabila kita IKHLAS, Allah akan permudahkan bagi kita untuk menhadapi segala cabaran dan ujian...INNALLAHA MA'A NA..

Akhir kata... Salam Kejayaan buat semua para pembaca.. dan Selamat Maju Jaya dalam melangkah ke tahun baru... "Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya" - Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


http://dakwah.info/komik/tahun-baru/




Thursday, December 29, 2011

Tekanan menghadapi Peperiksaan


Seperti yang kita sedia maklum, setiap kali hendak menghadapi peperiksaan, pasti kita akan mengalami tekanan @ STRESS!!!!!.. Tekanan ada baik dan buruk nya..bergantung kepada bagaimana kita menghadapi tekanan tersebut... lain punca tekanan, lain lah pula cara menghadapi tekanan tu... antaranya, ada yang tertekan menghadapi peperiksaan (xdpt tumpu study/ xready nk exam/ etc).. slain dari itu, ada juga yang mengalamai tekanan kerana masalah cinta, keluarga, sahabat, dan lain2 lagi la... semuanya masalh nk dtg time tu juga la kan...sah2 la kena selesaikan A.S.A.P., kalau x.. bertambah2 lagi la masalah lain nnti...mmg stress, dan memang xblh nk tumpu study... so, ni ada beberapa tips untuk menghadapi tekanan di musim peperiksaan...

1- Set pemikiran kita untuk menerima setiap tekanan dan ujian dalam keadaan yang positif.. cara ni tak susah kalau kita nk.. hanya akan susah jika kita dah meletakkan halangan dalam minda kita bahawa "masalah tak boleh diterima untuk menjadi positif"..  saya tak kata xboleh nk fikir macam tu, tapi terpulang kepada diri kita untuk membuat pilihan.. menerima ujian dengan positif mebantu kita menghadapi ujian dengan lebih mudah berbanding bersikap dan berfikiran negatif.. " dan sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya melampaui kemampuan mereka". fikiran yang positif akan membuka lebih banyak ruang dan jalan untuk kita...



2-  Yakin dengan diri kita bahawa kita mampu untuk menghadapi tekanan dan ujian yang datang. So, please la... jgan lari dari masalah cuz it is totally useless... nothing will change by running away from problems... face it.. be a MAN yo!!!!



3- Jangan bersendirian sepanjang masa.. sebab bersendirian hanya akan membuatkan kita lebih banyak bermonolog dan menyalahkan diri sendiri. Berjumpa dengan kawan2 akan membuka mimda kita, dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan rasa tekanan...kadang-kadang apa bila kita mendengar masalah kawan, kita akan lebih banyak berfikir dan menilai diri kita sendiri (lebih ramai org yang manghadapi ujian dan tekanan yang lebih hebat dari kita)... bergelak dan berhibur dengan kawan2 sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit stress, get fresh.!!!



4- walau pun ni no.4.. tapi ni yang paling penting...  back to the beginning (serahkan diri kepada Maha Pencipta/ dekatkan diri kepada Tuhan).. Why??? Sebab Dia yang memberikan ujian kepada kita, jadi kepada Dia la kita perlu meminta pertolongan dan petunjuk...Dia (Allah/Tuhan) bukannya DHIA dalamcerita tentang DHIA tu k!!! Kita berusaha menghadapi ujian/tekanan keranaNya, berdoa kepada Dia, dan Bertawakkal.. tapi jgn la lepas selesai masalah/ujian/tekanan.. terus tinggalkan DIA.. istiqamah K!!!!

so...Basically, ni la yang aku buat... harap2 dapat membantu serba sedikit untuk korang menghadapi tekanan/ujian/masalah...
jgn lupa untuk menghargai diri sendiri, sekurang kurangnya dengan senyuman... senyum kepada diri sendiri memberi kan rasa bahagia di hati.. Senyuman tu antara penawar yang mujarab kepada hati yang duka.. 


Wednesday, December 28, 2011

jadual exam kali ni sgt pack...

starting ngan Project Impact Assessment, islamic human settlement, regional planning. public admin & finance, transportation planning, social n community planning, and english... fuh...nak study mana 1 dlu eh....

Thursday, December 15, 2011

Sunday, December 4, 2011

sayang kamu,...hanya kamu

alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana menjadi anak mak dan abah...walau pun aku seorang yang degil dan nakal, mak abah tetap sayang aku dan adik beradik-ku... aku rasa sangat terharu, walau pun mak cuma jawab kol aku dan mendengar masalah dan tangisan aku, itu pun dah sangat mlegakan aku dan menangkan aku, kerana aku tahu, takkan mungkin ada orang lain yang mampu untuk berbuat demikian di lewat malam... takkan mungkin aku berjaya sehingga masuk uni kalau bukan kerana galakan, sokongan, dan peringatan dari mak abh...takkan mungkin aku boleh melakukan sesuatu tanpa sokongan dan restu dari mak abah... walau aku merajukdengan mereka, mereka sentiasa sabar dan mendidik...walau aku selalu memberontak, mereka tak pernah putus asa dan tak pernah tinggal kan aku, walau aku diam membisu, mereka sentiasa memberi yang terbaik untuk aku. aku bangga dengan mak abah aku...dan takkan ada yang sama dengan mereka..hanya mereka satu-satunya dalam dunia ni pada aku yang paling hebat.... walaupun mereka bukanlah pemimpin negara, tetapi mereka tetap idola aku...terima kasih mak kerana menyayangi angah..terima kasih abah kerana merotan angah... aku sentiasa berharap n berdoa smoga hati aku akan sentiasa mendalami mak abah...dan memahami mereka, dan aku harap aku tak akan membuat mereka sedih dan terluka walau sedikit pun.. mereka la dunia aku...



there are times, where silence is far better than words, and words is far better than silence...
however, love is not just enough to be expressed by action, cuz sometime it need words to make the person realize how much that love means, and word of love without any action just like a painting of an empty sky, means nothing, cuz love is an expression of the word itself... 



Wednesday, November 23, 2011

Rahlah Mahabbah IIUM Persada

Alhamdulillah, berjaya juga aku mengharungi beberapa minggu yang sibuk dan mengupdate blog aku...sebenarnya mcm tak tau nk tulis apa sgt...tp baru-baru ni dengan izin Allah S.W.T aku telah pun berjaya melaksanakan program Rehlah di Templer Park Waterfall yang terletak di Rawang..so..ini entri aku kali ni adalah berkenaan rehlah yang telah aku jayakan. Walaupun program ni adalah program pertama yang aku kendalikan, alhamdulillah, dengan izin Allah, aku diberi rakan-rakan committee yang sangat memahami dan saling membantu, begitu juga dengan ahli-ahli persada yang sangat sporting dan cool...dan program aku berjalan dengan lancar..walaupun pada awl nya terdapat sedikit kesulitan, namun itu semua bukan lah halangan untuk aku meneruskan apa yang telah aku rancangkan...

Bermula jam 7.30 pagi, semua ahli Iium Persada telah pun berkumpul di tangga besar UIA untuk menunggu bas, namun oleh kerana berlaku kelewatan bas, maka kami pun depart dari UIA pada jam 8.15 pagi dan selamat sampai di Templer Park pada jam 8.40 pagi(lebih kurang). Sesampainya kami di sana, aku dapat melihat muka-muka excited para peserta untuk explore Templer Park..dan kami pun mendaki bukit sejauh 250meter sebelum kami ambil port untuk warm up..hampir kesemua kami telah pun penat. Setelah warm up, aku dan beberapa rakan menyediakan sandwich untuk BF dan yang lain-lainnya meneruskan pendakian untuk smpai ke kolam mandi dan meneruskan aktiviti ice-breaking. Selesai menu sandwich, kami pula mendaki ke kolam.
                             

Sempena Maal Hijrah 1433, aku telah menyediakan satu slot untuk tazkirah, yang mana aku yakin pengisian kali ini adalah sgt bermakna dan penting kepada kami sebagai stepping stone untuk berhijrah... tazkirah yang disampaikan adalah berkenaan tujuan penciptaan manusia oleh Allah S.W.T., yakni untuk menyembahNya, menjadi Khalifah di muka bumi, dan juga untuk berkenal-kenalan... dan juga pentingnya niat dalam melakukan sesuatu penghijrahan..selesai slot tazkirah, aktiviti LDK pun dijalankan, dan aku dan rakan Sport memilih untuk mengaplikasikan game Canibal & Missionaries... di mana para peserta perlu menyelesaikan game tersebut di dalam kawasan air kolam...dan ianya memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan secara live..dan amat menghiburkan...

Setelah selesai aktivi2 LDK,, kami pun bersiap untuk lunch dan sesi fotografi.. sayangnya kami tidak dapat mendaki ke kawasan air terjun atas faktor keselamatan...
Lebih kurang jam 2 petang, kami pun berangkat pulang ke UIAM.. walaupun penat, tapi ianya sangat bermakna dan seronok...harap2 lepas ni dapat join prog ke Panglor pulak....

Friday, November 18, 2011

SEDAR TAK SEDAR


Kenapa ya topik kali ni SEDAR TAK SEDAR??? Sebenarnya nak interpret betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita, dan mungkin ada di antara kita yang berasa sedih, gembira dan tidak berasa apa-apa pun... Mereka yang bersedih tu mungkin kerana terdapat kesilapan yang telah dilakukan tetapi tidak sempat n tidak mampu untuk diperbaiki lagi, mereka yang gembira mungkin kerana masa-masa kesempitan mereka telah berlalu dan kini merupakan masa untuk mereka bahagia dan gembira atas pengorbanan yang telah dilakukan, dan mereka yang tidak berasa apa-apa adalah mereka yang sedang hanyut dan lalai dibawa arus beredaran zaman ini, sehingga tidak sempat untuk menilai masa-masa yang telah berlalu. 
alhamdulillah, akhirnya aku da menuju ke penghujung semester, masih ada lg 1 semester insyaallah, untuk aku menamatkan pengajian ku... tak sabar rasanya+excited.. sedar tak sedar juga, dah lbih kurang 5 tahun aku menuntut di bawah bumbung taman ilmu dan budi ini...2 tahun di matrik uia, dan 3thun lbh di uia gombak...wah.. begitu lama rupanya...kawan2 di pusat pengajian lain ramai dah grad dan dah bekerja....


Bila di ingat-ingat balik, dalam tempoh 5 tahun ni, dah bermacam-macam jenis orang aku jumpa, pengalaman aku timba, suasana aku alami, dan ragam yang tak terkata... gelak tawa dan air mata tak henti memenuhi ruang 5 tahun lebih ni... daripada benci jadi sayang, tidak menerima hakikat, dan akhirnya berjaya aku menerima hakikat aku pelajar uia jurusan perancang bandar... dan aku bersyukur kerana kawan-kawan aku sering membantu aku, memberi semangat untuk aku meneruskan pengajian di bidang ini, memupuk keyakinan diri untuk menghadapi kenyataan...(konflik diri sgt memenatkan).. 


Semester ni, tiba2 aku terasa rindu nk buat keje2 studio..stay up smpai subuh.. balik hostel pukul 3-4 pagi sorang2 sambil menikmati keindahan alam (kul 3-4 pagi suasana di uia sgt cntik n tenang), ntah bila lagi aku akan berpeluang untuk buat semua tu lagi...semester ni agak bosan..mostly subject research n theory...


apa-apa pun, aku akan cuba yang terbaik untuk semester ni(final exam) sbb nak naikkan cgpa (T_T')

Saturday, September 10, 2011

Alhamdulillah... selamat sudah tahun ini...sedih pulak rasanya...semoga berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depan.. sekarang tengah musim perayaan, walaupun dah 2 minggu beraya, kehangatan hari raya masih terasa...
sekarang juga musim para pelajar IPTA sambung belajar, semuanya gara-gara standardize tarikh kemasukan pelajar.... jadi..makin bertambahlah bilangan jumlah kemalangan jalan raya.. Ya Allah...takutnya la..semoga selamatlah perjalanan kami dalam menuju perjuangan yang penuh dengan pelbagai dugaan ini nanti...

Alhamdulillah, setelah selamat menjalani tempoh praktikal, aku pun dah selamat bercuti penuh 2 bulan...tiba lah masa untuk aku memeras otak yg membeku ni semula...
buat rakan-rakan seperjuangan yang sedang menuntut ilmu...semoga kita menjadi insan yang berguna dan berjaya memanfaatkan ilmu pengetahuan ke jalan yang benar dan membenarkan...:)

Tuesday, September 6, 2011

Sunday, September 4, 2011

KEHILANGAN


SURAH AL-MUNAFIQUN- AYAT 11

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


INNALILLAHI WAINNAILAIHI RAAJI’UUN..


Tarikh keramat 3September 2011, aku dikejutkan dengan pemergian arwah atuk kesayangan ku... dialah yg banyak memberi kenangan manis kepada ku sewaktu aku kecil, dia lah yang sering mendodoiku untuk tidur lena dgn gesek biolanya, dan dialah yang menghiburkan aku dengan accordiannya.. tnpa dia, siapa yang mahu mendendangkan itu semua kepada ku, aku teramat merinduinya...

walaupun dia cuma menjaga ku selama 4 tahun, namun kasih sayangnya adalah hingga ke akhir hayat, nenek dan atuk sentiasa menjadi pujaan dalam hati ini, kerana mereka yang melayan kerenahku sewaktu kecilku... bukan itu sahaja, sejak berpisah dgn mereka, terlalu banyak air mata kutumpahkan untuk melepaskan kerinduan kepada mereka...namun bukan bererti aku tidak menyayangi kedua ibu bapaku, cuma mereka adalah insan istimewa dalam hidup ku.

raya tahun ini adalah raya yg paling menyedihkan, kerana aku teramat sangat ingin berjumpa mereka (atuk dan nenek), namun bukan rezeki ku untuk menziarahi mereka. jadi aku berkeputusan untuk menghubungi mereka, namun aku terlambat, kerana sewaktu aku menghubungi mereka, adalah hari arwah atuk ku meninggal. 

sewaktu aku bercakap dengan nenek di dalam telefon, aku seperti tidak terkata apa, nenek seorang yg sangat tabah dan kuat. aku berharap dapat berada di sisinya untuk menangkan dia, dan menemaninya. aku akui, aku cucu yg sangat manja. setiap hari mereka melayan kerenahku, setiap hari aku dijamu roti kaya dan aiskrim, dan itu lah kegemaranku sehingga kini. cuma tidak lah selalu..

Thursday, August 18, 2011

stress..stress..stress

eee...aku skrg btul2 tertanya-tanya.... macam mana la women can survive to be a housewife?? stay at home home everyday....it was so sick to just stay at home la.boredom ...how meh they can survive..aku yg perfectly sebulan stay kt rumah pun dah naik bosan tahap gaban..ergh...felt so sick to just stay at home....everyday, facing the same things, doing the same thing..how possible is that...
now am start to miss my study days....waiting for september is  so long this year..waaa...wanna have fun, enjoy study life.... hope am not gonna be a housewife..yerk...dont feel to face the same thing and do the same thing at the same place...

Monday, August 15, 2011

~~~~sebegitulah ia~~~~

hurmmmm....kali ini, aku tak tau nak tulis apa, cuma ada rasa terkilan kot, sebab apa???...huhu..itu bia lah aku je yang tahu, tp its all about frenship...kadang-kadang aku rasa mcm bila xde kawan lagi bagus daripada ada kawan yang makan kawan, dan kawan yang keep silent, ia hanya membuatkan perasaan kita semakin terluka... sapa kata ada kawan senang? susah sebab kita nk kena jaga perasaan mereka, tapi belum tentu mereka akan menjaga perasaan kita. see...susah kan, tp better to have sahabat, at least kita saling memahami dan saling menghormati. sahabat memang tak akan pernah sama dengan kawan, kerana ikatan persahabatan itu lahir dari hati yang tulus dan ikhlas, terbentuk kerana persehafahaman dan tolak ansur, dan apa yang paling penting, itu adalah anugerah Allah buat kita, kerana tak semua orang diberi peluang untuk mempunyai sahabat. kadangkala kita melakukan kesalahan terhadap sahabat, dan mereka sedia memaafkan, tp sahabat juga manusia biasa, mereka juga ada kelemahan tersendiri. jadi tak hairan kalau sebuah persahabatan itu terputus. alangkah indah di saat-saat kita bersama sahabat, dan juga punya keluarga yang bahagia. 



hidup ni memang banyak yang kita perlu pelajari. sebab dalam hidup kita tak sentiasa indah, di saat kita duka, kita memerlukan teman untuk berkongsi duka, tempat untuk kita bergantung, tempat untuk kita mengadu. yess, orang kata mengadu la pada Allah, Allah itu Maha Mendengar, tapi jangan lupa Allah itu Maha mengetahui, setiap ujian tu ada hikmahnya kan, so, bila kita sedang menghadapi masalah itu lah, dengan ada nya kawan yang sedia mendengar masalah kita, menerima kita seadanya sebgai kawan mereka, walaupun kita menangis, kita tidak dibiar berseorang...dan tu lah sahabat yang dihantar oleh Allah untuk kita bersama meneruskan perjuangan hidup...

to my most dearest sahabat, thanks for being my sahabat.. dari aku kecil, sampai la aku bernafas sekarang, alhamdulillah, Allah sentiasa memberi peluang dan kesempatan untuk aku mempunyai sahabat yang sentiasa menerima kelemahan aku, menegur kesilapan aku, dan memahami aku, walau aku rasa aku tidak sehebat mereka, tapi aku akan cuba untuk menjaga mereka...insyaallah, selagi diberi ruang dan peluang, mereka akan tetap menjadi antara keutamaan aku...



kat mana lah agaknya sahabat aku siti zubaidah, teman sewaktu tadika, rindunya aku pada dia. semoga aku dapat berjumpa lagi dengan dia.
to my most dearest friend, nurul ain, aifarisa, khairul najihah, azwani, hidayah, hidayah munirah, nik adilah, nadiah, mushirah, siti nurfatihah, nurfasseha, syikin, fadhilah, yusnorhidayah, khadijah, masyitah, saratul, ghozali, shamir, syazwan, thanks sebab menjadi sahabat aku... tak pernah akan ada sesiapa yang dapat menggantikan tempat korang....


sahabat itu air mata, teman dikala duka
sahabat itu ketawa, teman dikala suka,
sahabat itu permata, sukar dicari
sahabat itu bukan dagangan untuk dijual beli
sahabat itu teman, walau bergelandangan
sahabat itu wangi, seharum kasturi 
sahabat itu tinta, melakar warna hidup
sahabat itu pedang, melindungi di medan perjuangan
sahabat sejati , teman seperjuangan abadi









Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan