Sunday, December 23, 2012

OMELAN AKU BILA CAFE DITUTUP

Hari ni sedang asyik melayan facebook, terbaca post oleh student Mahallah Safiyyah (kolej kediaman), cafe mahallah telah diarahkan tutup untuk 2minggu oleh Kementerian Kesihatan. Oh man, time2 nk exam mcm ni, boleh pulak kna tutup cafe kan!!! Dah la ni satu2 nya mahallah perempuan yang dikelilingi mahallah lelaki, dalam erti kata lain, kami tiada pilihan untuk membeli makanan melainkan pergi ke center UIA sendiri, which walaupun tak jauh, still costing quite some time for students yang especially mmg kaki study kat study room mahallah je. 

Oleh kerana malam ni berkuat kuasanya penutupan cafe, maka aku pun pergi la ke gerai yong tau fu untuk membeli stok sayur kangkung n fishball untuk masak mlm ni, dan dalam pada tu, sempat juga aku bersembang santai dengan pakcik peniaga tu. Kurangnya penjagaan kebersihan oleh tender kantin utama di mahallah cafe telah menyebabkan para peniaga di gerai sampingan ni hilang punca rezeki untuk 2minggu. cafe pun hari ni nampak lengang je. 
Sepatutnya pihak tender mengambil serius terhadap komplen dan teguran yang telah dibuat terhadapt mereka, tak kisah la sama ada teguran dari pihak pelajar atau pun dari pihak universiti, namun selepas teguran, diperhatikan sikap mak cik cashier yang semakin menjadi-jadi menaikkan harga makanan dan bekeng, suka betul mengomel dan menjerit dalam cafe tu bila memanggil pekerja lain. layaknya seperti seorang bos pulak. Pernah juga kawan mengadu bila cuba di 'kenen' oleh makcik tu dengan pekerja di situ, sedangkan telah dimaklumkan bahawa kawan aku tu sudah pun bertunang, dan memperlekehkan pula dengan menyatakan pertunangan tu apa lah sangat, sedangkan yang sudah berkahwin pun bercerai berai. Bila ditegur untuk menutup makanan, teguran tu sekadar dipandang sinis dan dijawab dengan perkataan "biarlah". Akibatnya, makanan dikerumuni lalat. Apabila di bulan puasa, makanan yang basi pun dibiarkan sahaja di meja hidangan lauk. 

Akhirnya, bila diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan, mula lah mereka nak tarik muka dan mengomel student ni kuatr komen itu ini, menyusahkan dia la. Pada aku, pihak korang yang bermasalah, dan mengabaikan tanggungjawab korang sebagai pemegang tender kantin yang telah menyusahkan pelbagai pihak, sepatutnya ditamatkan terus tender korang, sebab korang ni memang tak layak... ditegur xmau terima, diberi amaran buat don't know je..

Nasib baik ada rice cooker ni. Illegal pun illegal la. yg penting dapat masak apa yg boleh je. Nasi goreng pun jadi. :) 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan