Tuesday, May 14, 2013

HIKAYAT UIA SEPANJANG ZAMAN

Alhamdulillah... semakin menghampiri zaman student di UIA.. cepatlah masa berlalu, cepatlah siap project paper ku. dah boring n penat sgt berada di UIA ni. cukup lah dengan pelbagai ragam dan ceritera yang terlakar di sini. dari kisah sendiri, sesama pelajar, bersama tenaga pengajar dan juga bersama kelab dan persatuan. semuanya punya kenangan yang tersendiri. 

Di penghujung semester ni, macam2 cerita yang lahir dari kitab hikayat UIA ni. yang pasti BAB 1 adalah kisah peraturan dan undang2 di UIA. Undang2 zaman purba yang sepatutnya dikaji semula dengan keadaan dan suasana dalam UIA yang sekarang. Undang2 bukan sekadar untuk pelajar, juga untuk tenaga pengajar, pekerja, dan penyaman dalam UIA. Al-kisah, dalam UIA banyak ceritera saman-menyaman. buat itu kena saman, tak buat ini kena saman, pakai itu kena saman, tak pakai ini kena saman, dalam erti kata lainnya, ibarat diluah mati bapak, ditelan mati mak. semuanya serba tak kena. Tatkala pelajar di pusat pengajian lain agak ketat dengan undang2, dan UIA agak longgar dengan undang2, tetapi aku rasa aktiviti saman menyaman dalam UIA adalah paling berjaya, layak mendapat anugerah pengumpulan saman terbanyak antara universiti. Di universiti, pelajar sepatutnya didik dan dibentuk untuk menyukai sesuatu kebaikan, bukannya membenci sesuatu perkara kebaikan. tetapi disini, aku rasa ianya agak terbalik. Di mana Undang2 seperti dimanipulasikan untuk dibenci oleh para pelajar.. sedangkan yang sepatutnya adalah undang2 diakui, pelaksana undang2 melaksanakan tugas dengan berhemah dan perlaksanaan undang2 adalah dengan sewajarnya, bukan dengan sesukahati mak bapak pihak penyaman undang2. kesian para pelajar. pelaksaan undang2 yg tidak mengikut prosedur, dan secara kurang berhemah. knp dikata tidak mengikut prosedur... kerana sepatutnya, sebelum saman dikeluarkan, pelajar sepatutnya mendapat amaran terlebih dahulu, iaitu, amaran kali pertama, amaran kali kedua dan barulah saman, tetapi yang berlaku adalah, tanpa amaran dan terus saman. sebagai pelaksana undang2, sepatutnya mereka lebih bersikap telus bukannya rakus. mungkin inilah hasil undang2 pekerja di UIA sendiri. cuma berharap hangan para pelajar UIA ni nanti menjadi rakus seperti pelaksana undang2 di UIA ni. cukup lah mereka telah dileralkan dan diacu dengan pemikiran barat walaupun hasrat universiti untuk mengislamisasi warga UIA, tetapi nampaknya INTERNATIONALIZATION lebih berkuasa dari ISLAMIZATION dan berlakulah penularan LIBERALIZATION dalam sistem pentadbiran dan pelaksanaan undang2 UIA. Pelajar sukar untuk bersuara, dan hanya boleh lebih banyak menerima secara paksa daripada bertolak ansur. KASIHAN!!!! dan secara jujurnya, seroang rakan yang pernah bekerja dalam pentadbiran UIA sendiri mengakui betapa pelaksanaan kerja mereka tidak meletakkan islam sebagai asas dalam urusan. masih sempat bergosip2, menangguh-nangguh kerja dan tidak bersikap telus. itulah komentar dari rakan yang pernah belajar di UIA, berkhidmat di UIA dan akhirnya meninggalkan UIA kerana tidak tahan dengan BIROKRASI UIA. Jadi, dimana ketelusan pihak UIA dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang? adakah mahu nampak gah pada nama, tapi tahi di punggung dibiar tak bercuci, orang di belakang menahan bau je tak mampu bersuara. 

BAB 2 ialah keadaan fizikal UIA. 5 tahun yang lalu sewaktu mendaftar di UIA, aku berkata "Wah cantiknya UIA". begitulah reaksi dari ahli keluarga yang mula2 sampai di UIA. cantik. dengan pokok2 yang menghijau, air terjun di bulatan masuk yang cantik, dan suasana yang nyaman. tapi sekarang, SEDIH!!! pokok2 banyak kena tebang. sayangnya, pokok2 besar yang menutup pemandangan dari asrama perempuan ke mata orang luar turut ditebang. pemandangan sebelumnya adalah cantik, dan setelah itu, terus tak cantik, dan panas pula. bukan itu sahaja, di kawasan fountain yang asalnya banyak bunga, sangat cantik pada pandangan mata aku, dan aku rasa begitu juga di mata pelajar lain. tetapi demi kerana majlis graduasi, pokok2 bunga di situ telah dicabut, dan banyak kali ia di"renovate".. seperti ayam telah dicabut bulu2 ekornya, nampak sangat cacat dan hodoh. dan sejak itu, semakin aktif lah aktiviti saman menyaman. nak buat mcm mana.. mungkin kewangan UIA dah terlalu sempit, dan masih perlu membodek beberapa mata atau pihak yang sudi menaburkan wang yang banyak, maka terpaksa juga melakukan pelaburan yang begitu membazir. yang paling menjadi bahan gelakan ialah, bunga2 yang dihiasi kain rentang kuning kilat di hadapan tiang bendera. betapa landskap sekolah rendah lebih cantik dari hiasan landskap di depan tiang bendera tu. sayangnya, UIA membazirkan pada perkara yang tidak perlu. kebajikan pelajar banyak terabai. Jalan2 raya yang rosak permukaan sangat sukar untuk dibaiki sedangkan ia boleh mengundang kecelakaan yang melibatkan nyawa pelajar dan warga UIA sendiri. Lampu2 jalan ada yang tidak menyala, sedang ia boleh mengundang petaka kepada para pelajar wanita yang terpaksa berjalan kaki pulang sendirian dari diskusi bersama pelajar dari asrama berbeza. Apalah dosa mereka senhingga kebajikan mereka diabaikan pihak pengurusan UIA? Buta dan Tuli kah pihak pengurusan UIA? dimana rasional mereka dalam membuat penilaian terhadap perkara2 yang perlu mereka utamakan di UIA ni? megahnya UIA di mata pengunjung dan para pelabur, atau para pelajar yang setia menuntut ilmu di Taman Ilmu dan Budi yang kerap mengungkit budi? Jika dulu, setiap semester aku dapat melihat dinding di kawasan Centre UIA bertukar warna,.. wah.. banyaknya bajet UIA. Tetapi adakah mereka terfikir, para pelajar yang banyak mengikat perut semata2 untuk menampung kos pemnbelajaran dalam UIA. dengan harga barangan, Makanan dan macam2 lagi yang kian meningkat, servis yang kian merosot. Para pelajar ini lebih memerlukan bantuan daripada dinding2 kaku yang buta bisu dan tidak bernyawa tu. 
BAB TANPA NOMBOR. Jika pelajar nk pergi buat aktiviti di luar, kena sediakan bajet untuk pengangkutan sendiri yang mahalnya berkali ganda dari menyewa bas luar. katakan jika hendak ke templer park.. kos sewa bas luar untuk pergi dan balik ialah RM800, tetapi dengan UIA kosnya adalah RM1800. WTH.. Mahal sangat. sudahlah mahal, bas yang asalnya boleh dapat, tiba2 je berubah, tak dapat disediakan last2 minit. tak ke nk tercirit pelajar nk cari bas untuk program? bila la attitude mcm ni nk disingkirkan dari sistem pentadbiran UIA. bukan itu sahaja, setiap kali musim pre-register subjek, para pelajar boleh kena tekanan darah tinggi dan heart attack sebab menahan marah. Janji pukul 12 malam dah boleh pre-reg, tiba2 je page yang dibuka tak avaialable, atau under maintenance. apa cerita ni? hodoh bebenor dah sikap pentadbiran UIA di mata para pelajar. tapi bila pelajar buat salah sikit, cepat je nak saman dan kutip duiat. sudah lah begitu, bila tak bayar saman, tak boleh pre-reg subjek, akibatnya tak boleh pre-reg asrama. naya pelajar je. maka berlaku lah aktiviti sumpah seranah dari pelajar yang hilang pertimbangan emosi. untuk subjek yang terbuka, kelasnya tak banyak, pastilah pelajar akan berebut-rebut untuk mendaftar. tapi bila nk daftar, tak dapat buka page pula. biila komplen, disuruhnya pelajar bersabar. sedangkan jika pihak pentadbiran melakukan kerja mereka dengan bersungguh-sungguh, aku pasti, kes2 sebegini tak akan berlaku, pelajar dengan senang hati dapat add subjek, siap doa yang baik2 lagi tuk pihak pentadbiran. 
apa2 pun aku harap pihak pentadbiran di UIA dapat membuka mata hati dan pasang alat bantu pendengaran suara supaya mereka sedar akan apa yang berlaku dalam UIA ni sebenarnya membuatkan para pelajar lebih mencanang buruknya UIA dari indahnya UIA. Tempat kalau indah, tapi dalamannya buruk, tetap akan dikhabarkan buruknya, tapi tempat kalau usang sekalipun, tetapi dalamnya indah, tetap akan dikhabarkan keindahannya. kerana itu apa yang dirasa oelh penghuninya. harap2 UIA dapat menggubal balik sistem undang2 dalam UIA, jadilah universiti yang lebih kreatif, bukan hanya meniru  sistem asing dan berlagak aggresif. UIA adalah untuk pelajarnya, tanpa pelajar2 UIA, apalah sangat UIA tu untuk dipandang? kalau nk jaga, jagalah pelajarnya dahulu, barulah dapat dapat menjaga nama baik UIA sekali. 

Ni je lah kot pendapat aku yang picisan sepanjang 5 tahun di UIA ni. andai ada salah dan silap, maaf la ye. 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan