Saturday, March 9, 2013

MINGGU TEKANAN YANG TAK SEPATUTNYA

Minggu ni merupakan minggu yang aku rasa sangat trauma. trauma dengan seseorg yang aku hormati dulu, orang yang aku cuba sentiasa berbuat baik, orang yang aku selalu berfikiran positif.. tetapi hakikatnya, walau macam mana aku cuba untuk berbuat baik pada dia, semakin menjadi-jadi dia mengambil kesempatan dan cube pergunakan kebaikan aku, semakin dia galak menyebar cerita yang bukan-bukan berkenaan orang-orang di sekeliling dia, dan semakin sukar untuk aku mempositifkan fikiran dia. yang dia tahu, hanya dia yang betul, dan orang lain perlu dengar kata dan pendapatnya sahaja. 

Aku bukanlah trauma apa..cuma trauma dengan orang semacam dia ni. memang tak aman hidup aku. Entah macam mana dia boleh keje dan menyandang jawatan tu? Adakah kerana hebatnya dia mengipas kerusi pihak atasan dan hebatnya dalam memutar alam dan auta??? dan sekarang aku semakin sangsi dengan integriti pegawai-pegawai kerajaan. (kan... dah jadi kerana nila setitik rosak susu sebelanga)... laporan-laporan yang sepatutnya di bawa dalam mesyuarat, yang mana arahannya diberi beberapa minggu sebelum.. hanya digerak kerjanya beberapa hari sebelum. sudahlah lewat, meminta pertolongan orang lain yang langsung tak ada perkaitan dengan laporan tersebut (yang mana aku kira sepatutnya sulit kerana di bawah dikerajaan), dan diserahkan tugasan tersesbut 100% kepada aku. Di saat itu aku memang terasa mcm gunung berapi nk meletus je. Dengan sesuka hati dia nak pertikai aku untuk pergi aktiviti2 di universiti, sesuka hati nak suruh aku ponteng kelas demi kerja dia, dan kemudian sesuka nak merendah-rendahkan kita depan orang lain. HAH!!!! geram sungguh aku. 

Mungkin orang yang jenis sebegini sentiasa memandang segalanya boleh dilakukan dengan harta, duit. Tapi disebabkan apa yang dia buat, aku cuma menyelesaikan kerja yang bukan kerja aku tu sekadar selesai, dan tidak la untuk aku menjadi balaci dia lagi kan. Dan di saat itu, dia dah jadi cacing kepanasan. tak diam duduk. maaf la.. bila hati aku ni sakit, geram, dan menyampah.. aku cuma boleh maafkan (kalau dia minta maaf), tapi nak baik macam dlu.,, aku rasa tu tak mungkin. Cukuplah.. banyak lagi kerja lain yang aku rasa aku boleh lakukan.

aku betul-betul tak suka sebab aku jadi emo dengan apa yg dia buat ni.. adehhhh
apa-apa pun, aku tau setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. dan dengan dia,.. banyak perkara aku belajar. just  sedih je la dgn apa yang dia buat. Dan Alhamdulillah aku masih ada emak.. hari2 aku hanya kol mak, dan akhirnya digelak.. MAKKKKKK
sayang mak...



No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan