Saturday, February 2, 2013

HARI JUMAAT YANG MENGGEMBIRAKAN

Assalamualaikum... alhamdulillah.. hari ni aku dapat juga nk update blog ni. Rindu blog saya ni. 
memandangkan isnin ni dah nk start kelas, maka aku pun membuat keputusan untuk balik ke UIA lebih awal. Sebenarnya aku punya agenda tertentu, iaitu untuk menghadiri majlis akad nikah kawan kem aku yang berlangsung sebentar tadi di PPR Beringin, Kepong. Hari ni aku rasa aku messy sikit sebab, plan asal tak menjadi. Ditakdirkan Allah, hari ni aku dapat meluangkan masa seharian dengan kawan baik aku sewaktu sekolah rendah dlu. Dan agak segan kerana terpaksa juga menyusahkan dia untuk majlis akad kawan aku. Alhamdulillah, kawan aku dengan berbesar hati sudi membawa aku ke majlis di Kepong tersebut.
Seharian dari pagi kami berjalan di sekitar kajang-semenyi-bangi. Aku dah janji nak temankan dia untuk usha2 rumah sewa, dan akhirnya sampai ke petang. Dia beria-ia nak tengok sekolah lama aku di kajang.. maaf lah... secara jujur aku tidak ingat langsung jalan ke sekolah tu. kerana pada aku sekolah tu hanya meninggalkan banyak kenangan yang menyedihkan untuk aku. Alang-alang sampai ke Kajang, aku pun gtau lah dia.. kat kajang ni antara yang popular adalah sate haji samuri, maka kami pun 'bersantap' di kedai makan Sate Haji Samuri. asalnya aku order 10cucuk daging  dan 10 cucuk sate ayam, tapi oleh kerana kawan aku risau tak cukup, maka tambahlah jadi 15-15, dan akhirnya, sate tu masi banyak lagi berbaki. aku dapat habiskan 11 cucuk, tu pun senak juga la makan, dan aku surrender.




then  kitorang gerak balik ke gombak tuk bersiap ke majlis nikah kawan aku di kepong. sayangnya aku smpai ke tempat majlis betul2 seusai sesi akad. Alhamdulillah, selamat sudah kawan aku mendirikan rumah tangga. dan aku sedikit berasa serba salah kerana terlewat hadir ke majlis dia, dan dalam masa yang sama aku telah menyusahkan sahabat aku untuk menghantar aku ke Situ.


Memandangkan esoknya kawan aku nk drive ke terengganu pulak... aku pun gerak pulang awal, tapi kelaparan.. so singgah MCD jap, makan2 dan balik. terasa kepenatannya. Apatah lagi sahabat aku tu. Dah lah aku x pandai drive n xde lesen, mmg xleh nk bergilir2 drive. Hopefully perjalanan kawan aku ke terengganu esok baik2 aje dan selamat pergi + pulang. Hari ni betul aku dapat lepas rindu kat sahabat aku ni. 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan