Saturday, February 9, 2013

Teman baru

Alhamdulillah.. hari ni aku berpeluang bertemu dengan seseorang yang aku dapat aku kongsi minat. Walaupun kami ni complete stranger, kami kami dapat berkongsi pendapat. Perbualan kami berkisar persamaan kami, dan cuba untuk saling memahami. Pada aku, dia teman yang baik. berbahasa dalam puisi. Walaupun aku minat puisi, tapi aku tidak begitu memberi perhatian terhadap puisi itu sendiri. 
Seronoknya apabila bertemu dengan teman yang sama minatnya ialah, kita akan saling menghargai dan menyokong satu sama lain. Dan aku bersyukur kerana aku dikelilingi teman dan sahabat yang punya minat yg sama dgn aku. Dan setiap perbezaan antara kami aku jadikan sebagai satu pengalaman dalam hidupku. 
sepetang bersama, kami hanya berkongsi puisi, bidang pengajian kami, dan pendapat kami. walau pun nampak remeh, tapi banyak benda yang aku pelajari. cara pemikiran yang berbeza membuatkan aku melihat sesutu perkara dari satu sudut yang berbeza. 
So malam ni masa untuk menyelesaikan tugasan yang belum siap... 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan