Saturday, February 23, 2013

DAN AKU TAHU ITU

Assalamualaikum... hari ni macam rajin sikit nk update blog.. so aku update la...
sedang aku belek2 facebook tadi, jumpa la satu link ni.. topik dia menarik perhatian aku. sangat2.... tajuk dia simple je.. 5 bukti si Dia cintakan kita kerana Allah. hehehe... bukan senang nk tau betul ke seseorg tu betul2 mencintai kita, atau hanya sekadar suka2, xpun sekadar sayang sebagai kawan. perasaan yang mudah untuk dikelirukan, dan sukar untuk dibezakan. Seperti yang kita sedia maklum, kita manusia ni bernafsu, kadang2 kita terkeliru antara betul2 memerlukan dan hanya sekadar menuntut hawa nafsu kita sahaja. sebegitu jugalah dalam kita mencintai seseorang. apakah kita benar2 mencintai dia, atau kita hanya rasa sunyi sepi dan memerlukan seseorang sebagai teman, ataupun sekadar mereka membuat kita berasa selesa, dan gembira.. lantas kita anggap itu adalah cinta.
aku yakin, pasti antara pembaca blog ni pernah bercinta dan tahu apa rasa cinta, sedang aku sendiri kadang kala terkeliru dengan istilah cinta dan sayang itu sendiri. tapi kini aku tahu apa bezanya. cuma, untuk lebih meyakinkan diri, apakah kita cinta seseorang tu kerana Allah, dan dia mencintai kita kerana Allah, itu yang perlu kita tahu, antara yang ditulis dalam blog tersebut,
oleh kerana aku taku tersilap mengolah penulisan dri blog tersebut.. aku rasa lebih baik aku sertakan sekali blognya.. moga2 dapat berkongsi manfaat bersama semua.
apa yang penting.. seandainya kita bersungguh-sungguh mencintai seseorang tu, jangan lah kita terlalu mengharap.. takut nanti jodoh kita bukan lah dengan siDia. dan janganlah kita merayu-rayu dan meminta-minta mengharap balasan cinta dari siDia.. kerana hati, perasaan dan anggota tubuh siDia tetap milik Allah, jadi kalau btul2 hendak.. mintalah kepada yang Maha Berkuasa.. yang memiliki setiap hati manusia ni... yang Maha Memberi.. dan kita cumalah manusia biasa... kita perlu berusaha, berdoa, yakin, dan tawakkal. dan paling penting Redha.. ya.. Aku sangat2 perlu belajar untuk redha.. Dan sesungguhnya.. setiap apa yang kita lakukan kena lah bermula dengan Niat yang ikhlas.. dan Setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kita.. pasti adalah yang terbaik.. dan aku cuba untuk membuka minda dan hati ni supaya redha dan menerima perancanganNya dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan