Sunday, February 17, 2013

Kisah di awal semester

Alhamdulillah.. baru semalam aku sampai ke uia dari UKM,,. setelah tamat pesta pantun Integrasi UKM di UKM, Bangi. Pesta yang berlangsung selama 3 hari ni sangat bermakna pada aku. Walaupun aku baru lagi dalam kumpulan pantun dan akan meninggalkan kumpulan ni tak lama lagi, tapi aku sangat sayang kumpulan pantun ni. Best.. best.. best......

firstly nk ucap terima kasih buat my best friend yang banyak inspire aku dalam berpantun, memberi teguran yang membina dan banyak la dia tolong aku.. family aku yang supportive tuk pantun kali ni... yang mana sering mendoakan aku dan team aku, dan ucapan selamat maju jaya.
pesta pantun kali ni adalah kali pertama aku naik ke gelanggang sebagai pemantun setelah bertahun-tahun menginggalkannya.. dan aku terasa sangat berdebar. Debaran yang aku kna kawal juga.. walau apa cara pun... di awal2 latihan aku dah kna anxiety.. terkejut sedikit dah menggeletar,.. dan ia susah untuk aku kawal, aku btul2 kna relax kan diri aku. aku tak nak menjatuhkan semangat juang kawan2 aku, dan aku harap aku tak menjadi seseorg yang melakukan kesalah yang dahsyat sewaktu pertanding.. tapi nampknya aku berjaya melakukan kesalahan yang dahsyat tu juga. 
Pesta pantun kali ni juga memberi aku peluang untuk mengeratkan silaturrahim dengan pemantun2 lain dari universiti2 yang terlibat. Berta'aruf, bertukar pendapat dan berkongsi buah fikiran. ianya menyeronokkan. Bukan itu sahaja, aku juga dapat pengalaman untuk berkawan dengan orang yang sikapnya bermacam-macam. ada yang cool, over confident, suka mendesak, tegas, dan macam2 la.. dan aku serba sedikit belajar untuk berhadapan dengan orang2 yang bersikap sebegini, dan dalam masa yang sama perbetul sikap aku yang banyak kekurangan. Dah namanya pun hidup bermasyarakat, dalam satu komuniti yang tetap akan ada perbezaan walau persamaan yang ada jelas kelihatan. Cuma mungkin faktor usia aku yang suku abad ni(betul ke suku abad????).. terasa sedikit sensitif dengan beberapa perilaku. MUNGKIN!!!!!
Kesilapan yang telah aku lakukan harus aku pelajari cara untuk mengatasi kekurangan dan mengelakkan kesilapan. Kesilapan yang aku lakukan terasa amat besar walau pun melucukan. sahabat2 pantun pun banyak memberikan galakan dan dorongan untuk aku menjadi pemantun yg lebih baik.  Mungkinlah adat manusia, tak ada yang pernah sempurna, tapi dengan kehadiran mereka, mana yang berlubang tu dapat ditampung dan diperbaiki, mana yang kurang dapat ditambah baikkan. Yang paling best, mereka sangat sporting dan suka gelak. 
Walaupun kami kalah, pada aku ia juga merupakan satu anugerah yang penuh berhikmah. Sekurang-kurangnya kami dapat melepaskan rasa sedih bersama-sama yang mana secara tak langsungnya dapat mengeratkan silaturrahim kami sendiri memikul perasaan itu bersama2. Kami juga berkesempatan untuk menziarahi senior kami yang dimasukkan ke wad, dan aku dapat peluang makan burger daging rusa. Yang penting aku cuba untuk mempositifkan setiap ujian yang hadir dalam hidup aku. Dan mungkin banyak lagi ruang2 positif yang boleh dilihat, cuma aku masih banyak titik buta untuk melihatnya. 
Hari jumaat malam, kami pulang ke UIA dan masing2 pastinya melayan perasaan masing2 dan menilai kembali apa yang terjadi sepanjand tiga hari kami berkampung di UKM. Dan pada malam itu, aku hanya mampu tidur tanpa memikirkan apa2 kerana esoknya aku punya perancangan sendiri. 

Sabtu tengahari, aku dan kawan2 PERSADA di UIA gerak ke UIA Kampus Kuantan dengan misi menyatukan pelajar generasi felda di kuantan dan gombak. Semoga, PRSADA dapat memberi manfaat kepada smua generasi felda yang menuntut di uia, tanpa mengira sama ada mereka kampus kuantan atau gombak, bidang dan usia. Ketibaan kami di sana bermula dengan aktiviti solat jemaah bersama Warga felda kampus kuantan. Walaupun jumlah kami sedikit, tetapi kemeriahan majlis pada malam itu membahagiakan hati kami. Hati2 kami kian bertaut, memupuk rasa percaya dan kasih sayang diantara kami, supaya setiap detik yang bakal berlalu dapat kami manfaatkan dengan sepenuhnya.
menjadi MC tanpa persediaan, yang mana majlis tidak formal, menjadi sedikit formal kerana kebiasaannya aku hanya mnejadi MC bagi majlis2 formal. naisb baik teman MC aku agak relax dan kelakar, so OK la. 
Program di kuantan ini mungkin program akhir aku dalam PERSADA sebagai EXCO, kerana ini merupakan semester akhir bagi aku (insyaallah) dan bakal melepaskan jawatan yang disandang dalam 2-3 minggu lagi. terasa berat sungguh hati ni nk melepaskannya, kerana masih banyak perancangan yang aku ingin laksanakan. Program di kuantan berakhir pada jam 11 mlm, dan kami beransur pulang ke UIA gombak jam 11.30 mlm, dan sampai ke UIA gombak pada jam 3.15 pagi. Terasa penat, tapi puas. 
dan hari ahad, ak kebosanan kerana tiada aktiviti yang menarik untuk dilakukan.Mungkin hari2 lain aku dapat pergi kerja part time macam biasa dan menyiapkan project paper. InsyaAllah. 

1 comment:

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan