Friday, January 4, 2013

DAN AKU TERUS MELANGKAH

setapak, demi setapak
aku cuba melangkah
ayunan kaki tidak pernah berhenti
walau seketika ia hampir goyah
kucuba menapakkan juga kaki ini
walau hampir rebah menyembah bumi
aku cuba bertahan
bersabarlah
kerana perjalan itu tidak jauh pun lagi
katamu ingin melihat terbitnya sinar mentari
jadi, jangan mengalah
walau hakikatnya perjalanan itu masih jauh untuk diterokai
hati kecil tidak betah membiarkan tubuhku mengalah
aku harus sampai ke destinasi
perjalanan ini harus kuredah

sedang aku melangkah
dalam penuh keyakinan dan kesungguhan
aku terlupa melihat ke bawah
tersadung kakiku rebah
amat menyakitkan
janganlah aku terus jatuh tersembah di sini
semangatku takkan pernah patah
kerana aku tahu destinasi tujuanku 
tempat yang teramat indah
kulihat di sekeliling,
cuba mencapai dahan-dahan pokok yang patah
cuba memapah untuk aku terus melangkah

kehausan, penat  dan lelah
wahai hati, kemana semangatmu yang selama ini bermegah
takkan pernah menjilat air liur yang diludah
baru sedikit dah termengah
monolog diri seketika cuba mencari helah
agar kaki dapat terus melangkah
memaksa diri bertahan dari rebah
dan penghujung perjalan ini masih belum terlihat
bisikan halus menggoda untuk berhenti
jangan lagi melangkah
sudahlah , cukuplah, mengalah saja di sini
apa mungkin aku masih sempat melihat terbitnya mentari
sedang perjalananku sudah terlalu larut
bicara hati,
tidak mengapa, teruskan berjalan, 
selagi waktu terus berlalu,
masa terus berdetik
esok kan masih ada
masih kan berkesempatan menikamti hari-hari yang indah

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan