Friday, January 4, 2013

INILAH ^ HIDUP ^

Alhamdulillah, masuk tahun ni, macam2 perkara yang dah berlaku dlm hidup aku. Korang macam mana? hope tahun2 lepas dapat memberi banyak pengajaran buat kita untuk perbaiki diri selepas ni. 
Hari ni aku xtau nk coretkan apa di sini. cuma terasa rindu di ruangan kosong ni. 

Aku pasti hari ni macam2 perkara yang berlaku dalam hidup kita, ada yang gembira dan ada yang berduka. Cuma walau apa pun yang hadir dalam hidup kita, yakinlah pasti itu adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin apa yang kita dapat tak seindah yang kita harapkan, tapi pasti itulah yang lebih baik buat kita pada ketika itu. Mungkin apa yg kita betul-betul kehendakkan itu boleh mendatangkan mudarat kepada kita, orang sekeliling kita, atau agama kita. Maka sebab itu Allah jauhkan apa yang kita hasratkan tu. Dan pasti apa yang Allah beri tu adalah yang terbaik untuk diri kita, agama kita dan orang di sekeliling kita. 

Hidup tak selalu Indah, ada pasang surutnya. Ada ketika kita kuat dan gah di mata manusia, ada ketika kita lemah dan dan terasa seperti insan yang paling hina. Jangan lah terasa hina kerana manusia, kerana manusia tu sama saja, tiada seorang pun yang layak untuk menghina seseorang manusia, dan jangan lah kita memuji seseorang tu terlalu berlebih-lebihan, kerana dia juga seorang manusia yang punya kelemahan dan pernah melakukan kesilapan, dan manusia itu tiada yang bersifat sempurna, walau seorang pun. sebaik-baiknya, dalam mencari teman dalm kehidupan, perhatikan lah dari sudut akhlak, dan bersahabatlah kerana Allah, dan niatkan lah supaya ia menjadi yang terbaik untuk agama kita. 

Walaupun sebenarnya sukar untuk menerima sesuatu yang bukan kita idamkan, terutamanya sesuatu yang paling kita nk elakkan, tapi, belajarlah menerimanya, kerana kita takkan tahu kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara apabila kita tidak mendalaminya terlebih dahulu. untuk terus menolak sesuatu tanpa sebab yang kukuh dan alasan yang hanya berlandaskan kata-kata dan pengalaman orang lain, tidak semestinya sama dengan apa yang mungkin kita akan rasa. Setiap orang punya citarasa dan pendapat yang berbeza. Namun, pendapat orang lain juga sepatutnya dipertimbangkan, cuma jangan diambil bulat2. 

Yang penting, kita sebagai manusia, terutamanya yang beragama Islam, janganlah sekadar beragama pada keturunan dan kad pengenalan, laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai seorang yang beragama Islam, menjadi insan yang beriman dengan sepenuh jiwa dan raga kita. Beriman melalui kata-kata, anggota, dan perbuatan. InSyaAllah, setiap apa yang kita hendak lakukan dalam kehidupan kita, akan diberi petunjuk dari Allah. Semoga kita sentiasa merasakan kehadiran Allah di hati kita. :)

Selamat subuh semua. maaf andai entri kali ni agak cincai. Cuma tidak tahu bagaimana harus meluahkan apa yang dirasa ketika ini.

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan