Monday, March 26, 2012

Trip To Jakarta..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... ada rezeki aku untuk melancong ke luar negara... pada tanggal 24 mac yang lalu, aku dan rakan-rakan sekelasku telah pun berangkat ke jakarta. perjalanan kami bermula dari jam 12 malam, yang mana kami bertolak dari IIUM gombak ke Klia pada jam 12.45am, dan tiba di KLIA dalam jam 2.30 pagi. perjalanan kami terasa sangat kosong kerana masing2 mengantuk... setibanya di KLIA, kami mula mencari tempat duduk untuk berehat.. ada di antara kami yang berjalan-jalan di sekitar KLIA. oleh kerana masing2 lapar, kebanyakan kami memilih untuk menjamu selera di Mc.Donald. sambil makan, kami bersembang. pelbagai topik menjadi pilihan kami.
kami dimaklumkan bahawa penerbangan kami pada jam 0810, dan kami dibenarkan untuk check-in pada jam 0600,... semesntara menunggu travel agent, dan kami juga tidak punya tempat yang khusus untuk melelapkan mata, maka ramai juga yang memilih untuk duduk sahaja di ruangan menunggu di tingkat 5. aku dan beberapa orang kawan ada yang berjalan-jalan, dan aku memilih untuk bergambar di dalam Airport tu.
semasuknya waktu subuh, kami pun check-in, dan menunaikan solat fardhu subuh. dan masuk ke ruangan imigresen.
aku terasa sangat berdebar, kerana itu adalah penerbangan pertama aku. alhamdulillah, setelah 1jam45minit, kami samapi di jakarta.
first impression aku terhadap jakarta adalah 50% berbeza dgn apa yang aku bayangkan.. ternyata orang di jakarta adalah sangat bermasyarakat.. terutamanya di jalan raya, sepertinya mereka tidak memerlukan lampu isyarat untuk menggunakan jalan raya. mereka sangat bertolak ansur sesama mereka. pembangunan di jakarta adalah almost totally high rise building di kota jakarta. nampak mewah dan elegan sekali.

bateri da nak habis.. nanti aku smbung lagi.. esok perjalanan aku akan diteruskan ke bandung,... semoga perjalanan kami semua selamat... Amin..

Friday, March 23, 2012

Pesta Buku datang Lagi...

Salam Alls.. just nk inform yang Pesta buku antarabangsa akan berlangsung pada bulan hadapan.. so duit gaji atau ptptn tu simpan sikit.. boleh la kita shopping buku banyak-banyak dan mengamalkan budaya membaca yang dapat meningkatkan kualiti minda kita semua...
kalau nk beli banyak-banyak buku tu... mesti la nk diskaun kan.. so apa kata korang try link ni http://suka.pts.com.my/index.php/hebah/pbakl/1388421203 untuk dapatkan diskaun tu... sama-sama la kita menyebarkan manfaat ni.. sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah wajib dalam islam.. dan ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah..

Thursday, March 15, 2012

MENGENALI BUDAYA NEGARA-NEGARA LAIN DI UMMATIC WEEK

Ummatic Week kembali lagi di IIUM tahun ni, bermula dari 12March sehingga 18 March, macam-macam aktiviti yang disajikan... Alhamdulillah ni tahun ke-4 aku dapat menghadiri Ummatic Week...
Ummatic Week tu apa? kalau xsilap aku, Ummatic Week tu macam pameran negara-negara yang terlibat dgn IIUM, dan booth-booth negara mereka diuruskan oleh pelajar IIUM yang berasal dari negara masing-masing... antara.. aku tak pasti brapa negara semua sekali.. tapi yang aku pasti, UMMATIC WEEKsangat menarik untuk dihadiri.. rugi kalau tak join, sebab macam-macam seni dan budaya yang dipamerkan oleh wakil negara-negara yang terlibat. tahun-tahun sebelum ni aku telah masuk ke booth negara Yaman (yang aku mmg xblh lupa).. tahun ni, antara booth yang aku masuk lawati ialah booth negara Iraq, Afghanistan, Guinee, Nigeria, Syria, Egypt, Vietnam dan China.tapi tak semua aku berkesempatan untuk bergambar... Antara soalan yang aku utarakan pada wakil-wakil booth ialah tentang sejarah peradaban negara mereka, budaya dan alat muzik mereka, dan pembangunan di tempat mereka... macam-macam yang aku tahu hari ni.. 
antara aktiviti yang aku paling suka ialah mengambil foto yan menarik di booth tersebut..


BOOTH NIGERIA
di booth afghanistan


BOOTH VIETNAM (TOPI FARMER)
BOOTH JORDAN (PAKAIAN RASMI)
di booth vietnam (hiasan BRIDE)


PAKAIAN TrRADISIONAL NIGERIA
ALAT MUZIK DI IRAQ

BERSELENDANG NIGERIA


Kat bawah ni pulak adalah gambar-gambar kesenian cina yang sangat cntik... geram je aku tgk...



Wednesday, March 14, 2012

KALAU NAK BERKAWAN..

seminggu dua ni aku asyik moody je dan paling ketara.. aku cepat nk marah... *tanda2 stress... kerisauan melanda, dan aku bertambah stress sebab banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan dengan segera...  project paper, assignment, paperwork, dan kna dapatkan lesen memandu dgn kadar segera... kesilapan yang telah aku lakukan ialah menjadi kawan yang terlalu supprtive sehingga terbengkalai segala kerja-kerja aku, dan kerja aku pulak xde orang nk tolong.. so, lepas ni mmg aku tak nk jadi kawan yang sgt supportive dah... diri sendiri susah.. kalau nk jd supportive sgt.. kna la cri kawan yg support kita juga.... especially secara spiritual dan mental... and please, jangan la cari kawan yang hanya akan membuatkan kita rasa terbeban dengan masalah dia je, tnpa dia hirau keadaan dan keperluan kita, itu namanya selfish.. berkawan biarla dengan kawan yang menegur kesilapan kita, perbaiki diri kita menjadi lebih baik dan tidak hipokrit,,,,

seorang sahabat adalah cermin kepada diri kta sendiri, kalau xpercaya, pernah dgr kan orang tua-tua ni kata, kalau nk cari menantu, tengok dgn siapa bakal menantu berkawan, kalau nk cari pemimpin, tengok cara pergaulan pemimpin tu dengan orang yang bagaimana, so, kalau nk bersahabat, jangan la sebarangan nk pilih jadi sahabat kita, kna pilih betul-betul, ikut ISO yang ditetapkan... lagipun sekarang, banyak sangat isu kawan makan kawan... paling ketara, sahabat sendiri mengorat suami sahabatnya.. huhu... kononnya, sharing is caring..  tapi kna la ada batas nya, biarlah bertempat kalau nak share pun...

apa-apa pun, aku rasa sebelum kita nk menilai seseorang untuk menjadi sahabat kita, perkara paling penting untuk kita lakukan adalah menilai diri kita sendiri, mendidik diri kita menjadi seorang sahabat yang sentiasa berpegang kepada Syarak, tidak melampaui batas2 dalam setiap perkara. dan kita manusia cumalah seorang insan yang sering melakukan kesilapan, namun sentiasa diberi peluang untuk diperbaiki dan bertaubat. menjadikan diri kita yang terbaik untuk mendapat sahabat yang terbaik.. UKHUWAH FILLAH...

Thursday, March 8, 2012

testing

Increase search engine rankings

Increase your web-site search engine rank

Be presented on search engines is one of the most critical ways to increase website traffic and show your product or service to people who might be interested in what you are offering.
Most of the major search engines use a software to determine your web-site ranks.
They know how many web-sites are linking to your website; more referrers and hits better rank for your web-site.
Get Higher Rank...

Get More Customers

Get More Shoppers, Get More Revenue!!!

With no day-to-day current of shoppers you cannot have stable around the clock revenue.
You cannot get revenue if no one comes to your website. You have to have shoppers to see your website, every day, 24 hours!
Our company helps more than 30,000 clients get more visitors online.
You will increase your income by receiving thousands of real targeted visitors to see your website.
More Shoppers...

Promote to over 10 million users

Advertise to over 10 million users around the globe.

We promote your company in worldwide network of affiliate portals, each with own narrow auditory.
Our company gives you effective advertising methods that makes your business succeed online.
We will give you real and visible results and take your web-site to the next level.
Advertise to Millions customers Now...
Lot of Visitors


Monday, March 5, 2012

Izinkan Saya Menjadi Co-Pilot Awak....


Saya nk jadi Co-pilot awak boleh? tp awak aje, di mana aje awak berada, biar saya je yang jadi co-pilot awak.. boleh x?
bila awak bawa kereta perlahan, biar saya orgnya yang meminta awak memandu dgn lebih laju, bila awak memandu terlalu laju, biar saya yang meminta awak memperlahankan panduan awak, bila awak rabun malam, biar saya yang perhatikan semua signboard direction untuk awak, bila awak rasa awak dah salah masuk jalan, biar saya yang bantu untuk ke jalan betul, bila awak terasa tidak bersemangat, saya harap saya lah orangnya yang dapat memberikan kata-kata semangat dan inspirasi untuk awak kembali bersemangat dan bermotivasi, bila awak rasa awak hampir jatuh, biarlah saya yang memapah awak dan menjadi tulang belakang awak, supaya awak tidak rebah, bila awak tidak mampu untuk berkata-kata, saya harap saya dapat menjadi lidah dan mulut untuk awak menyampaikan pesanan, bila dahaga, biar saya yang tuangkan minuman dan sua kan kepada awak, bila awak lapar, biar saya yang menyediakan makanan dan menyuap awak, bila awak rasa awak serba kekurangan, saya harap saya dapat melengkapi awak, dan bila awak terasa kekosongan, saya harap kehadiran saya dalam hidup awak dapat mengisi kekosongan itu, tanpa ada yang lain selain Dia..

Boleh kan Awak.....

Friday, March 2, 2012

Hari Pertama Belajar memandu

Assalamualaikum...
Lama betul tak update blog ni... semester baru da masuk... macam-macam perkara perlu dilakukan  dan diutamakan... Alhamdulillah.. hari ni ada juga sedikit waktu untuk menulis di blog ni..

Sebenarnya aku baru je balik dari kelas memandu tadi, kali ni dengan cikgu yang bertauliah, dan kereta yang ada brek di sebelah pemandu... rasa lebih selamat dan yakin sedikit.. yela, aku ni masalah sikit nk kawal tenaga kaki dan tangan, kalu tekan minyak, mesti jadi kalut nya la,... bersyukur aku dapat cikgu yang baik dan penyabar... diajar satu persatu, dan aku masih lagi melakukan kesalahan yang sama, kesian cikgu aku.. 
Hari ni 2 jam belajar.. aku dah dibawa memandu ke jalan gombak, (area kawasan orang asli) dekat Skem. seronok rasa dapat bawa kereta sendiri, walaupun tangan masih keras memegang stereng, tp minyak dan brek da dapat dikawal... blajar main gear (tangan kanan asyik nk tgu tgn kiri je) nasib bek ada tgn kanan cikgu.. tolong handle stereng.
cumanya yang paling aku lemah, nk kawal clutch, stiap kali nk masuk simpang mesti mati.. adess..malu je rasa..
tapi xpe, saya budak baru belajar kan, so cikgu, please tolong ajar... hihi... excited pulak rasa nk g kelas memandu lagi... sebab dapat belajar dgn cikgu yang baik, dan supportive.dan paling penting, aku kna cpt2 cekap menadu supaya boleh aku bawa kereta untuk mak... kesian mak, kaki selalu sakit dan incut2, tu pun sebelah tapak kaki da bengkok sikit... Semoga segalanya dipermudahkan... 
ok lah.. smpai sini sahaja kot untuk entry kali ni.. insyaallah ada rezeki dan usia pnjg, akan di update lg.. sedang mencari topik yang best untuk ditulis.. :)

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan