Saya
nk jadi Co-pilot awak boleh? tp awak aje, di mana aje awak berada, biar saya je
yang jadi co-pilot awak.. boleh x?
bila awak bawa kereta perlahan, biar saya orgnya yang meminta awak
memandu dgn lebih laju, bila awak memandu terlalu laju, biar saya yang meminta awak
memperlahankan panduan awak, bila awak rabun malam, biar saya yang perhatikan
semua signboard direction untuk awak, bila awak rasa awak dah salah masuk
jalan, biar saya yang bantu untuk ke jalan betul, bila awak terasa tidak
bersemangat, saya harap saya lah orangnya yang dapat memberikan kata-kata
semangat dan inspirasi untuk awak kembali bersemangat dan bermotivasi, bila awak
rasa awak hampir jatuh, biarlah saya yang memapah awak dan menjadi tulang
belakang awak, supaya awak tidak rebah, bila awak tidak mampu untuk
berkata-kata, saya harap saya dapat menjadi lidah dan mulut untuk awak
menyampaikan pesanan, bila dahaga, biar saya yang tuangkan minuman dan sua kan
kepada awak, bila awak lapar, biar saya yang menyediakan makanan dan menyuap
awak, bila awak rasa awak serba kekurangan, saya harap saya dapat melengkapi awak,
dan bila awak terasa kekosongan, saya harap kehadiran saya dalam hidup awak
dapat mengisi kekosongan itu, tanpa ada yang lain selain Dia..
Boleh
kan Awak.....
No comments:
Post a Comment