Monday, March 26, 2012

Trip To Jakarta..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... ada rezeki aku untuk melancong ke luar negara... pada tanggal 24 mac yang lalu, aku dan rakan-rakan sekelasku telah pun berangkat ke jakarta. perjalanan kami bermula dari jam 12 malam, yang mana kami bertolak dari IIUM gombak ke Klia pada jam 12.45am, dan tiba di KLIA dalam jam 2.30 pagi. perjalanan kami terasa sangat kosong kerana masing2 mengantuk... setibanya di KLIA, kami mula mencari tempat duduk untuk berehat.. ada di antara kami yang berjalan-jalan di sekitar KLIA. oleh kerana masing2 lapar, kebanyakan kami memilih untuk menjamu selera di Mc.Donald. sambil makan, kami bersembang. pelbagai topik menjadi pilihan kami.
kami dimaklumkan bahawa penerbangan kami pada jam 0810, dan kami dibenarkan untuk check-in pada jam 0600,... semesntara menunggu travel agent, dan kami juga tidak punya tempat yang khusus untuk melelapkan mata, maka ramai juga yang memilih untuk duduk sahaja di ruangan menunggu di tingkat 5. aku dan beberapa orang kawan ada yang berjalan-jalan, dan aku memilih untuk bergambar di dalam Airport tu.
semasuknya waktu subuh, kami pun check-in, dan menunaikan solat fardhu subuh. dan masuk ke ruangan imigresen.
aku terasa sangat berdebar, kerana itu adalah penerbangan pertama aku. alhamdulillah, setelah 1jam45minit, kami samapi di jakarta.
first impression aku terhadap jakarta adalah 50% berbeza dgn apa yang aku bayangkan.. ternyata orang di jakarta adalah sangat bermasyarakat.. terutamanya di jalan raya, sepertinya mereka tidak memerlukan lampu isyarat untuk menggunakan jalan raya. mereka sangat bertolak ansur sesama mereka. pembangunan di jakarta adalah almost totally high rise building di kota jakarta. nampak mewah dan elegan sekali.

bateri da nak habis.. nanti aku smbung lagi.. esok perjalanan aku akan diteruskan ke bandung,... semoga perjalanan kami semua selamat... Amin..

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan