aku bukan gagal, aku cuma belum lulus....
Setiap semester, perkara pertama yang aku fikirkan adalah kemampuan aku untuk mengharungi setiap ujian yang mendatang. Menjadi pelajar jurusan perancang bandar dan wilayah bukanlah sesuatu yang aku minati, atau yang aku impikan. Namun, ternyata rezeki itu datang dari Allah, untuk aku, jadi aku harus redha dan berusaha dalam mencipta masa depan aku sendiri. Walaupun perkara-perkara negatif selalu bermain di ruang minda, namun berjaya aku singkirkan dengan bantuan sahabat baikku. Semester pertamaku dalam jurusan ini kurasakan hebat dugaannya, pelbagai masalah telah berlaku. Dan aku sendiri belum dapat menerima hakikat bahawa aku tidak dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang aku minati. keputusannya, aku telah gagal dalam satu mata pelajaran penting. aku sangat sedih, kecewa, dan marah. aku menjdai semakin lemah dalam pelajaran, tumpuanku dalam pelajaran semakin berkurang. jika sebelum ini, aku seorang yang begitu berminat dalam mempelajari sesuatu yang baru, namun aku tewas untuk kali ini.
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa kedua ibu bapaku, aku sekarang sudah boleh untuk menerima serba sedikit bidang yang aku ceburi sekarang, mungkin sukar, tapi apabila difikir dari sudut positif, banyak kelebihan yang aku telah perolehi sejak menjadi pelajar jurusan ini. jika sebelum ini, aku kurang berpeluang untuk lebih mengenali negeri-negeri di Malaysia, kini aku telah berjaya pergi ke beberapa negeri yang aku teringat sangat nak pergi sebelum ni.Bukan itu sahaja, banyak juga pengalaman yang telah aku timba, sama ada secara langsung, atau tidak langsung.
18 Julai yang lepas merupakan hari terakhir akhir dalam melaksanakan tugas aku sebagai pelajar praktikal, ALhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. sedar-tak sedar, aku dah selesai 3 tahun dalam bidang ni, cuma tinggal lagi setahun. Dalam tempoh aku menjalani praktikal, banyak perkara yang telah aku pelajari, dan sempat untuk selami serba sedikit. Antara perasaan menjadi pekerja di pejabat, memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Bukan sahaja kesabaran dalam menjalankan tugasan, tetapi juga kesabaran dengan sikap dan kerenah manusia yang tidak terduga oleh kita. bukan itu sahaja, dalam tempoh ini juga, aku belajar serba sedikit mengenal ragam manusia yang lebih dewasa dan berpengalaman. Sesungguhnya, memang terdapat manusia yang sanggup untuk memburuk-burukkan orang lain yang tidak bersalah demi mencapai kepuasan diri, dan aku berasa sangat sedih dengan perkara ini. Tetapi aku tetap Bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku teman-teman seperjuangan yang sangat baik dan bersikap setiakawan. Insyaallah, semoga persahabatan ini akan berkekalan.
Apa-apa pun, sekarang aku dah boleh berehat di rumah sambil menyiapkan laporan praktikal aku ni, minggu depan boleh la aku naik kl untuk menghantarnya. tak sabar nak jumpa kawan-kawan semua la... mesti banyak sangatp perkara untuk kami kongsikan, dan pengalaman untuk kami ceritakan.
Shanadh's blog List
-
Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
-
Assalamualaikum w.b.t
Dalam Islam, kita percaya kepada rezeki. Dan rezeki juga sering kali
dikaitkan dengan "Luck". Kita boleh berusaha untuk dapatkan r...
2 years ago
-
[BM] Konsep Ikhtiar Yang Disalah Ertikan
-
Sering menjadi masalah dalam merawat masyarakat Melayu Malaysia.
Seringkali membawa alasan Qada' & Qadar, tetapi menolak ikhtiar zahiriah (baca:
Fizikal...
5 years ago
-
Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 Kali Dalam Sehari
-
MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba.
Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat
kematian mere...
6 years ago
-
Tips Mengurus Kewangan Tahun 2016
-
Saya nak kongsi cerita mengenai mengurus kewangan sama ada kewangan diri
keluarga atau organisasi. Kita telah menempun tahun 2015 dengan penuh
cabaran kew...
9 years ago
-
Next step...
-
assalamualaikum.. lama x update blog. Beberapa hari ni.. bila try nk
update.. xlepas nk sign in blogger pun. adehh... apa kena pun xtau.
Alhamdulillah.. ak...
11 years ago
-
-
PRU 13
Assalamu'alaikum w.b.t.
Anak kecil main tarik tali,
Kepada warga PERSADA selamat balik mengundi!
Pejam celik, dah lima tahun berlalu dan masa untuk...
11 years ago
-
Kisah Harut dan Marut
-
Nabi Muhammad S.A.W. pernah berkata, "Semasa Nabi Adam diturunkan
oleh Allah ke dunia, malaikat berkata, 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau
menjadikan ma...
11 years ago
-
Hari hari dlm hidupku
-
aku ini kecil. hati juga kecil. terkadang je semangat itu besar. aku punya
banyak khilaf. tak pantas utk berada bersama. AMATUR. aku tak sehebat itu.
laksa...
12 years ago
-
Untuk Orang Yang Nak Kahwin
-
Hello peeps... :)
Semua orang dalam dunia ni mesti nak kahwin and akan kahwin. Ada yang tak
nak kahwin ke? :B oh rugi, nanti takde baby comel. Okay, setiap...
13 years ago
-
petama kali....
-
Assalamualaikum....
ni 1st time aku mula dgn main blog nih....aku sebenarnya malas..malas yg
amat main2 ni...tp disebabkan ramai kwn2 yg mintak aku wat blog...
13 years ago
-
frozen shepard pie
-
shepard pie served with mushroom brown sauce
label for pies
13 years ago
-
Honeycomb and Terrace Housing
-
Conventional row housing and the linear approach to planning.
Dwellings can be arranged on individual plots of land as detached units or
linked to each oth...
17 years ago
No comments:
Post a Comment