Saturday, December 31, 2011

Meniti tahun yang mendatang pula..


Assalamualaikum....

Entry kali ni simple je... sebab saje2 nak hilangkan rasa bosan study.. alang-alang dah nak sampai ke penghujung 2011 ni, xsalah rasanya aku update kan blog aku kejap kan...
So... sebelum 2011 ni sampai ke penghujngnya, aku rasa yang terbaik untuk kita lakukan adalah muhasabah diri kita...dari pelbagai sudut..tak perlu la nk detail sgt..ambil yang simple2 je.. contohnya, adakah performance kita pada tahun 2011 ni lebih bagus daripada tahun 2010??? adakah amal kebajikan kita tahun ni lebih daripada tahun-tahun yang sudah??? pelajaran kita tahun ni lebih baguskah??? dan paling penting... adakah rasa sayang pada keluarga kita dan Maha Pencipta lebih lebih dalam pada tahun ni??? jadi..kita nilai-nilaikan sendiri apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ni.. 
Setiap insan tidak lari dari melakukan kesilapan, tapi jangan lupa, kita harus lah meminta maaf kepada orang yang kita lakukan kesalahan dan memaafkan kesalahan orang kepada kita, kerana aku yakin setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya... sucikan hati kita bak sesuci lebaran"Siti Nurhaliza"...tak susah pun kan.. yang penting IKHLAS tau!!! 
Aku harap tahun 2012 ni akan memberi ruang yang lebih untuk aku merebut segala peluang melakukan kebaikan dan perbaiki kelemahan diri aku..tak banyak, sikit pun tak apa, yang penting... USAHA.. kerana Allah tidak menilai hambaNya berdasarkan apa yang manusia nilaikan sahaja tau.. dan Allah lebih tahu apa usaha kita dan sejauh mana keikhlasan kita dalam berusaha... Insyaallah, apabila kita IKHLAS, Allah akan permudahkan bagi kita untuk menhadapi segala cabaran dan ujian...INNALLAHA MA'A NA..

Akhir kata... Salam Kejayaan buat semua para pembaca.. dan Selamat Maju Jaya dalam melangkah ke tahun baru... "Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya" - Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


http://dakwah.info/komik/tahun-baru/




No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan