Friday, November 18, 2011

SEDAR TAK SEDAR


Kenapa ya topik kali ni SEDAR TAK SEDAR??? Sebenarnya nak interpret betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita, dan mungkin ada di antara kita yang berasa sedih, gembira dan tidak berasa apa-apa pun... Mereka yang bersedih tu mungkin kerana terdapat kesilapan yang telah dilakukan tetapi tidak sempat n tidak mampu untuk diperbaiki lagi, mereka yang gembira mungkin kerana masa-masa kesempitan mereka telah berlalu dan kini merupakan masa untuk mereka bahagia dan gembira atas pengorbanan yang telah dilakukan, dan mereka yang tidak berasa apa-apa adalah mereka yang sedang hanyut dan lalai dibawa arus beredaran zaman ini, sehingga tidak sempat untuk menilai masa-masa yang telah berlalu. 
alhamdulillah, akhirnya aku da menuju ke penghujung semester, masih ada lg 1 semester insyaallah, untuk aku menamatkan pengajian ku... tak sabar rasanya+excited.. sedar tak sedar juga, dah lbih kurang 5 tahun aku menuntut di bawah bumbung taman ilmu dan budi ini...2 tahun di matrik uia, dan 3thun lbh di uia gombak...wah.. begitu lama rupanya...kawan2 di pusat pengajian lain ramai dah grad dan dah bekerja....


Bila di ingat-ingat balik, dalam tempoh 5 tahun ni, dah bermacam-macam jenis orang aku jumpa, pengalaman aku timba, suasana aku alami, dan ragam yang tak terkata... gelak tawa dan air mata tak henti memenuhi ruang 5 tahun lebih ni... daripada benci jadi sayang, tidak menerima hakikat, dan akhirnya berjaya aku menerima hakikat aku pelajar uia jurusan perancang bandar... dan aku bersyukur kerana kawan-kawan aku sering membantu aku, memberi semangat untuk aku meneruskan pengajian di bidang ini, memupuk keyakinan diri untuk menghadapi kenyataan...(konflik diri sgt memenatkan).. 


Semester ni, tiba2 aku terasa rindu nk buat keje2 studio..stay up smpai subuh.. balik hostel pukul 3-4 pagi sorang2 sambil menikmati keindahan alam (kul 3-4 pagi suasana di uia sgt cntik n tenang), ntah bila lagi aku akan berpeluang untuk buat semua tu lagi...semester ni agak bosan..mostly subject research n theory...


apa-apa pun, aku akan cuba yang terbaik untuk semester ni(final exam) sbb nak naikkan cgpa (T_T')

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan