Alhamdulillah,
berjaya juga aku mengharungi beberapa minggu yang sibuk dan mengupdate blog
aku...sebenarnya mcm tak tau nk tulis apa sgt...tp baru-baru ni dengan izin
Allah S.W.T aku telah pun berjaya melaksanakan program Rehlah di Templer Park
Waterfall yang terletak di Rawang..so..ini entri aku kali ni adalah berkenaan
rehlah yang telah aku jayakan. Walaupun program ni adalah program pertama yang
aku kendalikan, alhamdulillah, dengan izin Allah, aku diberi rakan-rakan
committee yang sangat memahami dan saling membantu, begitu juga dengan
ahli-ahli persada yang sangat sporting dan cool...dan program aku berjalan
dengan lancar..walaupun pada awl nya terdapat sedikit kesulitan, namun itu
semua bukan lah halangan untuk aku meneruskan apa yang telah aku rancangkan...
Bermula
jam 7.30 pagi, semua ahli Iium Persada telah pun berkumpul di tangga besar UIA
untuk menunggu bas, namun oleh kerana berlaku kelewatan bas, maka kami pun
depart dari UIA pada jam 8.15 pagi dan selamat sampai di Templer Park pada jam
8.40 pagi(lebih kurang). Sesampainya kami di sana, aku dapat melihat muka-muka
excited para peserta untuk explore Templer Park..dan kami pun mendaki bukit
sejauh 250meter sebelum kami ambil port untuk warm up..hampir kesemua kami
telah pun penat. Setelah warm up, aku dan beberapa rakan menyediakan sandwich
untuk BF dan yang lain-lainnya meneruskan pendakian untuk smpai ke kolam mandi
dan meneruskan aktiviti ice-breaking. Selesai menu sandwich, kami pula mendaki
ke kolam.
Sempena
Maal Hijrah 1433, aku telah menyediakan satu slot untuk tazkirah, yang mana aku
yakin pengisian kali ini adalah sgt bermakna dan penting kepada kami sebagai
stepping stone untuk berhijrah... tazkirah yang disampaikan adalah berkenaan
tujuan penciptaan manusia oleh Allah S.W.T., yakni untuk menyembahNya, menjadi
Khalifah di muka bumi, dan juga untuk berkenal-kenalan... dan juga pentingnya
niat dalam melakukan sesuatu penghijrahan..selesai slot tazkirah, aktiviti LDK
pun dijalankan, dan aku dan rakan Sport memilih untuk mengaplikasikan game
Canibal & Missionaries... di mana para peserta perlu
menyelesaikan game tersebut di dalam kawasan air kolam...dan ianya memakan masa
yang agak lama untuk diselesaikan secara live..dan amat menghiburkan...
Setelah
selesai aktivi2 LDK,, kami pun bersiap untuk lunch dan sesi fotografi..
sayangnya kami tidak dapat mendaki ke kawasan air terjun atas faktor
keselamatan...
Lebih
kurang jam 2 petang, kami pun berangkat pulang ke UIAM.. walaupun penat, tapi
ianya sangat bermakna dan seronok...harap2 lepas ni dapat join prog ke Panglor
pulak....
No comments:
Post a Comment