Wednesday, April 17, 2013

berpantun dan kenduri.

Alhamdulillah, beberapa minggu yang lepas macam2 perkara aku lalui dan pelajari. Seronok dan Sedih pun ada. Walaupun penglibatan aku hanya secara tak langsung tapi ia bermakna buat aku. untuk beberapa minggu yg lepas, aku belajar berpantun dengan lebih baik, yang mana aku tak de lagi buat pembayang yang haruk dan menggeletek hati. No more Kelasi dan tempua di tengah laut, or Pak rahim yang tersesat dan ingin bersantap. dan sepanjang beberapa minggu lepas, aku berkesempatan untuk belajar berpantun dengan cara yang menyeronokkan, terasa seperti budak-budak, tetapi it is the best way untuk have fun while learning. Modul yang diajar oleh jurulatih pantun kami, aku rasa memang berkesan. Walaupun aku mengambil masa yang lama untuk menjawab, tapi mereka semua sangat supportive dan ceria. :)

Walaupun latihan kami banyak menekankan untuk pertandingan, tapi latihan tu juga versatil kerana semua org dapat belajar berpantun, menjawab pantun, dan membuat soalan pantun, walaupun sebusuk mana pun soalan tu, tetap harus dihargai. yang paling penting, penghargaan dan macam mana kita menerima dan respon terhadap pantun tu.Walau negatif macam mana pun soalan tu, walau sebusuk mana pun soalan tu, kalau kita menerima dengan cara yang positif, dan baik, kita pasti boleh menjawabnya dengan baik. yang tu aku kena belajar banyak lagi. dan apa yg penting dalam pantun pada aku adalah bagaimana kita mngisi setiap bait dengan perkataan yang membawa makna, bukan sekadar perkataan. 

dalam minggu lepas juga, aku dari UM telah bergerak pulang terus ke kampung halaman, tempat kelahiran aku di Pekan. Betapa di situ banyak kenangan yang bahagia pada aku. tapi kepulangan aku kesana adalah untuk meraikan sepupuku yang telah pun selamat diijabkabulkan pada 7 april yang lepas. tak sangka aku sepupu aku akan kawen dulu. Apa-apa pun semoga rumah tangga dia akan bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan ank2 yang soleh dan solehah. 
Sesampai saja aku di Terminal sementara kuantan, aku trus di bawa oleh adikku ke pekan, dan smpai di pekan, terus aja mencari kerja. agak memenatkan.. ops.. memang memenatkan.. tapi aku seronok. Dapat tolong makcik aku yang aku anggap seperti ibu sendiri. Lagipun, makcik aku tak berapa sihat, dan cucu dia accident baru2 ni, jadi ada sedikit kekangan untuk menyelesaikan kerja2 di situ, dan kerjasama dari semua amat diperlukan. Walaupun kerja yang aku buat simple n remeh, tapi aku happy sebab dapat tolong. malam tu, aku tido jam 1.03pagi, kepenatan. dan terjaga jam 3.00+ pagi sebab terdengar bunyi makcik aku nk memasak. Dia masak menu feveret aku.. iaitu daging masak opor. Yummy.. alang2 aku dah lama nk belajarmasak menu tu, apa lagi, aku bangun dan membantu. tdo hanya sejam lebih.. jam 6.30 selesai memasak opor, aku pn tdo lepas tu. bahagia.
esoknya, kenduri.. masing2 kelamkabut sbb rewang.. buat sendiri2 xde guna catering.. so paling kelamkabut adalah hidangan meja pengantin. tp aku respek sedara mara belah mak aku ni, sebab diorg mmg kreatif dan tangan lembut.. senang je buat gubahan untuk hidangan pengantin. aku pulak hanya tolong siapkan bahagian meja je. gubahan?? memang tak la.. jadi apa nanti. dengan pemilihan warna aku yang rangoli... hancur jadinya nanti. 
sedang asyik berkenduri.. hujan lebat la pulak di petang hari. bermain hujan la aku. seronok.. dah lama x main hujan. hari tu.. statement dari adik aku memang best. "kakak, abah terkejut tangok awak rajin sangat,". muahahah.. ketara sangat aku tak rajin di rumah kan.. bukan tak rajin, tp bagi peluang kat adik2 tunjuk bakat. aku kalau bab rewang2 ni aku suka la. nak2 part hiris menghiris.. laju je aku. time ni aku dapat jumpa ank sedara sepupu aku .. asyraf.. dah lama x jumpa asyraf. rindu. rindu jumpa dia kecik lagi,skrg dah aktif. paling aku suka bila waktu hujan, wajah dan reaksinya yang nk bermain hujan menyentuh jiwa aku. moga asyraf cepat sembuh dan dapat melalui hari2 seperti budak2 lain, dapat berjalan dan bermain2, dapat berlari dan bergurau dengan adiknya. Asyraf memang pandai.


so ni je dulu kot. akan cuba mencari ruang untuk merapu-repek di lain kali pulak. nite.

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan