Saturday, June 15, 2013

Suka-sukarela di mesyuarat agung PERTIS

ASSALAMUALAIKUM, ALHAMDULILLAH masih dapat update blog ni. blog yg umpama diari.

Akhir2 ni aku sibuk sikit.. bukan sibuk apa.. sibuk mencari pengalaman yang tak mungkin aku dapat di UIA. Yela, bercampur bersama orang berbeza keupayaan dengan kita merupakan satu rahmat buat aku, bukan je dapat lebih pengalaman, tapi dapat belajar untuk berfikir seperti mereka. Ya mereka sama je macam kita.. Cuma yang bezanya, hati mereka jauh lebih bersih dari kita kerana Allah tarik nikmat pernglihatan dan secara logiknya mereka terhindar dari dosa2 yang berpunca dari penglihatan. Yelah, mata kan merupakan punca dosa paling utama, bak kata pepatah, dari mata jatuh ke hati. Jadi, mata boleh jadi punca dosa paling utama.

Di penghujung bulan mei yang lepas, aku telah terlibat sebagai sukarelawan untuk Mesyuarat Agung Persatuan orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang berlangsung pada 24-26 Mei di City Villa Hotel, Chow Kit. Penglibatan sebagai salah seorang daripada 20 orang sukarelawan sangat menyeronokkan, dan antara oengalaman paling berharga aku. Belajar untuk bersabar, kerana kami 20 orang perlu membantu para peserta lebih kurang 100 orang dan hampir kesemuanya mempunyai masalah penglihatan. Tugas kami tak berat pun, Cuma banyak kena gerak terutama sewaktu masa makan, yela kena la bantu mana yang patut. Dan dapat membantu mereka sangat menyenangkan hati aku, terutama bila dapat melihat mereka senyum dan gembira. Time tu terasa macam waiter pun ada, tolong serve makanan untuk mereka, dan pastikan mereka puas hati dengan hidangan dan kenyang walaupun kerja aku tolong hidangkan makanan untuk mereka je. Selain tu, tolong mereka untuk balik ke bilik mereka, yang memang memerlukan bantuan orang yang mampu melihat. Bukan kerana apa, hotel tersebut bukanlah “free barrier” hotel yang sesuai untuk orang buta. Tapi layanan dari pihak hotel, OK lah.

Antara kawan2 sukarelawan aku ni, ada juga sorang ni rupanya sedara aku sendiri, tapi aku tak kenal sebab aku ni jarang jumpa sedara mara yang jauh2 sikit, alas an aku sebab duduk asrama, n ke mana mak ayah aku, ke situ je la aku ikut. So bila kenal sedara ni kat situ, happy sikit, sekurang2nya dapat mendekatkan mana yang jauh. Kebanyakan sukarelawan ni adalah lelaki, dan mereka adalah adik2 lepasan SPM. Yang perempuan semuanya yang lebih tua dari aku, kecuali sorang, yang masih dalam praktikum di ERL. Dan we all semuanya single. Hahahaha…

Insyaallah kalau ada rezeki, next time nk jadi sukarelawan lagi, peserta2 program ni semua ramah2.. dan diorg punya sudut yang berbeza dalam menilai sesuatu. Menilai dari hati… yang sukar untuk dilakukan oleh orang celik.





No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan