Saturday, June 15, 2013

KURSUS PENINGKATAN TAHAP PROFESSIONALISMA KEPADA OKU PENGLIHATAN

Program terbaru yang aku join bersama PERTIS ialah KURSUS PROFESSIONALISMA CACAT PENGLIHATAN (Something sound like that) yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur, Besut, pada 7-11 Jun 2013. Program yang dianjurkan bersama JAKIM ini pastilah pengisiannya kearah pembentukan professional/ individu yang bekerja selari dengan aturan dan syariat Islam. Program ini hanya berlangsung pada siang hari, dan di malam hari diadakan sedikit ceramah. Tak lupa juga, dalam sibuk mendidik diri menjadi pekerja yang mentaati perintah Allah, kami juga digalakkan untuk melakukan QIAM. Maka aku selaku PEMBANTU program (Sukarelawan) ditugaskan untuk membantu peserta yang nk bangun QIAM untuk ke surau. Oleh kerana aku tidur lewat, bangun awal, makan lepas subuh pun mula mencari tilam yang empuk, makanya, terlajaklah aku waktu sarapan. Aku dapat partner dengan Kak Shima, yang merupakan OKU penglihatan, dia mmg tak Nampak langsung, jadi aku rasaa serba salah sangat sebab aku terlewat dan tak pimpin dia untuk ke dewan. Rupa-rupanya kak shima pun tak kejutkan aku, yela, mungkin dia tak tau aku ada di bilik tu. Maka, terlepaslah aku menu nasi dagang yang sedap pada hari itu. Kihkihkih…. Sampai di dewan, penceramah sedang bersemangat menyampaikan dan berkongsi ilmu kepada peserta. Terasa sedikit serba salah di hati. Cuma untuk program kali ni, kami semua terasa sedikit kelakar, sebab kedua-dua hari yang penuh ceramah tu, para penceramah menggunakan cerita, lawak dan idea yang sama.. sehinggakan lagu Hindustan yang mereka nyanyikan pun lagu yang sama, rangkap yang sama.
Kebanyakan pengisian dari penceramah adalah berkaitan bulan rejab, Syaaban dan Ramadhan, dan juga beberapa pengisian untuk perbaiki diri dan beberapa amalan sunat yang sering dipandang remeh oleh kita. Antara amalan yang paling ditekankan dan dipandang remeh oleh kita ialah amalan memulan sesuatu dengan Bismillah. Secara jujurnya, aku sendiri pun seringkali terlupa memulakan sesuatu perkara dengan ayat suci ini. Insyaallah moga akan menjadi amalan selalu dalam melakukan apa2 sahaja, dan semoga amalan bacaan bismillah di permulaan setiap pekerjaan dapat menghindar kita dari melakukan perkara2 yang tidak elok dan dapat menghindar kita dari sebarang fitnah. Selain itu, selaku seorang muslim yang serba kekurangan, janganlah kedekut untuk berzikir dan meminta Ampun dari Allah bila2 masa je. Zikir bukan hanya pada mulut, tapi yang penting zikir di hati itu sendiri. Hati kita ni senang sangat nak dijangkiti penyakit yang bermacam2, jadi penawarnya adalah zikrullah dan istighfar. Insyaallah, kalau hati kita bersih, kita buat kerja apa pun akan lakukan dengan ikhlas dan kerana Allah. Ikhlas itu umpama semut hitam diatas di malam gelap gelita, tidak terlihat dengan mata kasar dan tanpa sinar. Dan memang sukar untuk ikhlas, aku akui, kerana bagaimana nk lindung tangan kiri dari melihat perbuatan tangan kanan yang menghulurkan sesuatu untuk kebaikan sedangkan keuda-dua tangan adalah pada satu badan.

Sebelum sesi ceramah dan taklimat berakhir, kami berpeluang untuk bermain TELEFON BURUK. Mcm mana ya agaknya orang buta bermain telefon buruk?? Sama je mcm orang yang celik, mereka Cuma tak Nampak, tapi masih boleh berkata dan mendengar dengan normal. Jadi pada aku, mereka adalah normal. Cuma penglihatan aje yang terbatas. Pelbagai cara mereka membisikkan amanat yang harus disampaikan, tapi kami sampaikan secara berkumpulan la.. bukannya sorang2.. orang di meja depan membisikkan ke meja belakang bagi satu meja tu dengar. So, dah x jadi bisik. Dan ayat akhirnya adalah agak berbeza dari yang asl. Tapi game ni seronok… nampak kesungguh setiap peserta untuk menyampaikan amanat supaya tak sesat jalan.hihihihi.








Walaupun tarikh program adalah 4hari, tapi 2 hari adalah dikira untuk tempoh perjalan, dan 2 hari adalah program. Jadi program habis pada 9jun tengahari, makanya, petang itu kami sebuah bas pergi ke Kota Bharu. Hajat di hati tak nak Shopping, tapi bila dah ramai2, xdenya tak shopping langsung,.. petang tu kami pergi ke pasar Siti Khadijah, tapi dah lewat, so banyak kedai da tutup, dan aku disempatan tu dapat lah berjumpa dengan abg aku yang baru handle kes pencuri di kedai emas di awal harinya. Dapat jumpa Sweetheart Hannan dan Danish.. Ya Allah keletah sangat.. sampai aku kena dukung kedua2 skali.. berattttt… tapi aku suka. Back to the track, kami shopping2 di pasar khadijah, then malamnya kami ke wakaf che yeh. Wahhh.. heaven betul.. ni kalau bagi seriban pun aku habis agaknya.. so aku just tolong pimpin beberapa kawan je untuk bershopping, n aku Cuma shopping food..makanan Kelantan memang fevered aku. Nak2 dodol.. aku apa lagi.. beli dodol 2-3 jenis, beli kerepek, dan hanya makanan sahaja dan x lupa buah-buahan.. hahahaha…. Perut pun kenyang dengan makanan Kelantan, sampai di besut, makanan di penginapan yang disediakan dah tak laku sebab masing2 memborong macam2 dan termasuklah makanan.
Sepanjang program ni, aku jadi pembantu tetap untuk Pak Munir dan Kak Syimah. Aku suka berbual dengan Pak Munir.. sangat baik dan peramah orangnya. Menasihati aku dan bersembang dengan aku seperti anaknya sendiri. Dalam program ni, di mana ada Pak Munir, di situ ada Pak Cik Aziz. Sepanjang aku membantu mereka, aku terasa betapa sukarnya untuk mereka bergerak, kerana di sana terlalu banyak longkang, sehingga ada ahli yang tejatuh dan bengkak kakinya. Longkang sangat bahaya buat mereka walaupun longkang kecik. Dan di situ juga terlalunya banya divider yang agak tinggi, jadi ia ibarat gunung sbb tinggi. Nk bawa diorg ikut atas jalan tar aje, mmg jauh yan amat kena pusing. Macam buat tawaf, xsampai hati, dah la hari di sana terik, takkan lah nk jalan jauh. Kalau kita yang kyang celik boleh berlari, tapi diorang mcm mana nk berlalu. Jadi, pada aku design di bangunan ni tak mesra pengguna untuk orang kurang upaya. Esok paginya kami bertolak dari besut dalm pkul 10pagi ke kg. seberang takir pantai untuk ziarah ahli2 PERTIS cawangan Terengganu. .. 







No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan