Program
terbaru yang aku join bersama PERTIS ialah KURSUS PROFESSIONALISMA CACAT
PENGLIHATAN (Something sound like that) yang berlangsung di Institut Latihan
Islam Malaysia Wilayah Timur, Besut, pada 7-11 Jun 2013. Program yang dianjurkan
bersama JAKIM ini pastilah pengisiannya kearah pembentukan professional/
individu yang bekerja selari dengan aturan dan syariat Islam. Program ini hanya
berlangsung pada siang hari, dan di malam hari diadakan sedikit ceramah. Tak lupa
juga, dalam sibuk mendidik diri menjadi pekerja yang mentaati perintah Allah,
kami juga digalakkan untuk melakukan QIAM. Maka aku selaku PEMBANTU program (Sukarelawan)
ditugaskan untuk membantu peserta yang nk bangun QIAM untuk ke surau. Oleh kerana
aku tidur lewat, bangun awal, makan lepas subuh pun mula mencari tilam yang
empuk, makanya, terlajaklah aku waktu sarapan. Aku dapat partner dengan Kak
Shima, yang merupakan OKU penglihatan, dia mmg tak Nampak langsung, jadi aku
rasaa serba salah sangat sebab aku terlewat dan tak pimpin dia untuk ke dewan.
Rupa-rupanya kak shima pun tak kejutkan aku, yela, mungkin dia tak tau aku ada
di bilik tu. Maka, terlepaslah aku menu nasi dagang yang sedap pada hari itu. Kihkihkih….
Sampai di dewan, penceramah sedang bersemangat menyampaikan dan berkongsi ilmu
kepada peserta. Terasa sedikit serba salah di hati. Cuma untuk program kali ni,
kami semua terasa sedikit kelakar, sebab kedua-dua hari yang penuh ceramah tu,
para penceramah menggunakan cerita, lawak dan idea yang sama.. sehinggakan lagu
Hindustan yang mereka nyanyikan pun lagu yang sama, rangkap yang sama.
Kebanyakan
pengisian dari penceramah adalah berkaitan bulan rejab, Syaaban dan Ramadhan,
dan juga beberapa pengisian untuk perbaiki diri dan beberapa amalan sunat yang
sering dipandang remeh oleh kita. Antara amalan yang paling ditekankan dan
dipandang remeh oleh kita ialah amalan memulan sesuatu dengan Bismillah.
Secara jujurnya, aku sendiri pun
seringkali terlupa memulakan sesuatu perkara dengan ayat suci ini. Insyaallah
moga akan menjadi amalan selalu dalam melakukan apa2 sahaja, dan semoga amalan
bacaan bismillah di permulaan setiap pekerjaan dapat menghindar kita dari
melakukan perkara2 yang tidak elok dan dapat menghindar kita dari sebarang
fitnah. Selain itu, selaku seorang muslim yang serba kekurangan, janganlah
kedekut untuk berzikir dan meminta Ampun dari Allah bila2 masa je. Zikir
bukan hanya pada mulut, tapi yang penting zikir di hati itu sendiri. Hati kita
ni senang sangat nak dijangkiti penyakit yang bermacam2, jadi penawarnya adalah
zikrullah dan istighfar. Insyaallah, kalau hati kita bersih, kita buat kerja
apa pun akan lakukan dengan ikhlas dan kerana Allah. Ikhlas itu umpama semut
hitam diatas di malam gelap gelita, tidak terlihat dengan mata kasar dan tanpa
sinar. Dan memang sukar untuk ikhlas, aku akui, kerana bagaimana nk lindung
tangan kiri dari melihat perbuatan tangan kanan yang menghulurkan sesuatu untuk
kebaikan sedangkan keuda-dua tangan adalah pada satu badan.
Sebelum
sesi ceramah dan taklimat berakhir, kami berpeluang untuk bermain TELEFON
BURUK. Mcm mana ya agaknya orang buta bermain telefon buruk?? Sama je mcm orang
yang celik, mereka Cuma tak Nampak, tapi masih boleh berkata dan mendengar
dengan normal. Jadi pada aku, mereka
adalah normal. Cuma penglihatan aje yang terbatas. Pelbagai cara mereka
membisikkan amanat yang harus disampaikan, tapi kami sampaikan secara
berkumpulan la.. bukannya sorang2.. orang di meja depan membisikkan ke meja
belakang bagi satu meja tu dengar. So, dah x jadi bisik. Dan ayat akhirnya
adalah agak berbeza dari yang asl. Tapi game ni seronok… nampak kesungguh
setiap peserta untuk menyampaikan amanat supaya tak sesat jalan.hihihihi.
Walaupun tarikh program adalah 4hari, tapi
2 hari adalah dikira untuk tempoh perjalan, dan 2 hari adalah program. Jadi program
habis pada 9jun tengahari, makanya, petang itu kami sebuah bas pergi ke Kota
Bharu. Hajat di hati tak nak Shopping, tapi bila dah ramai2, xdenya tak
shopping langsung,.. petang tu kami pergi ke pasar Siti Khadijah, tapi dah
lewat, so banyak kedai da tutup, dan aku disempatan tu dapat lah berjumpa
dengan abg aku yang baru handle kes pencuri di kedai emas di awal harinya. Dapat
jumpa Sweetheart Hannan dan Danish.. Ya Allah keletah sangat.. sampai aku kena
dukung kedua2 skali.. berattttt… tapi aku suka. Back to the track, kami
shopping2 di pasar khadijah, then malamnya kami ke wakaf che yeh. Wahhh..
heaven betul.. ni kalau bagi seriban pun aku habis agaknya.. so aku just tolong
pimpin beberapa kawan je untuk bershopping, n aku Cuma shopping food..makanan Kelantan
memang fevered aku. Nak2 dodol.. aku apa lagi.. beli dodol 2-3 jenis, beli
kerepek, dan hanya makanan sahaja dan x lupa buah-buahan.. hahahaha…. Perut pun
kenyang dengan makanan Kelantan, sampai di besut, makanan di penginapan yang
disediakan dah tak laku sebab masing2 memborong macam2 dan termasuklah makanan.
Sepanjang
program ni, aku jadi pembantu tetap untuk Pak Munir dan Kak Syimah. Aku suka
berbual dengan Pak Munir.. sangat baik dan peramah orangnya. Menasihati aku dan
bersembang dengan aku seperti anaknya sendiri. Dalam program ni, di mana ada
Pak Munir, di situ ada Pak Cik Aziz. Sepanjang aku membantu mereka, aku terasa
betapa sukarnya untuk mereka bergerak, kerana di sana terlalu banyak longkang,
sehingga ada ahli yang tejatuh dan bengkak kakinya. Longkang sangat bahaya buat
mereka walaupun longkang kecik. Dan di situ juga terlalunya banya divider yang
agak tinggi, jadi ia ibarat gunung sbb tinggi. Nk bawa diorg ikut atas jalan
tar aje, mmg jauh yan amat kena pusing. Macam buat tawaf, xsampai hati, dah la
hari di sana terik, takkan lah nk jalan jauh. Kalau kita yang kyang celik boleh
berlari, tapi diorang mcm mana nk berlalu. Jadi, pada aku design di bangunan ni
tak mesra pengguna untuk orang kurang upaya. Esok paginya kami bertolak dari
besut dalm pkul 10pagi ke kg. seberang takir pantai untuk ziarah ahli2 PERTIS
cawangan Terengganu. ..