Thursday, May 9, 2013

corat coret PRU13

Alhamdulillah 5mei yang lepas telah pun berlangsung pilihanraya umum ke-13, yang mana pilihanraya kali ini, aku buat pertama kalinya telah pun turut turun padang untuk mengundi. excited sangat yime nak mengundi tu, nasib baik aku tak terslah pangkah.. yelah, mana tidaknya, dari tahun lepas dah set dalam mind ni, aku mesti nk pilih pemimpin yang dapat memberi sebuah kehidupan kepada rakyatnya, bukan nya memberi kehidupan yang penuh dengan tekanan dan ancaman.
Kalau dulu bila tiba pilihan raya aku hanya mendengar omelan dan pertikaian daripada orang tua dalam keluargaku, tp kini aku sendiri dapat merasai dan memahami perasaan orang yang mengundi. rasa sangat AWESOME. betapa aku rasa bernilainya undi aku. undi untuk memilih siapa yang layak mentadbir MALAYSIA.
dalam pada tempoh sebelum undian, bermacam2 isu yang telah aku dgr berkenaan SPR yang mana , penggunaan dakwat yang sepatutnya kekal, tetapi tidak kekal, penambahan jumlah pengundi yang terlalu mendadak, pengagihan nama pengundi mengikut lokaliti yang tidak logik dan mcm2 lagi.
secara jujurnya, aku sendiri tidak yakin dengan SPR kali ini, cukup sekadar isu dakwat kekal. Bayangkan, dalam tempoh setengah jam dakwat dah boleh hilang, sewaktu dakwat dicalit, aku rasa dakwat tu sama macam dakwat refill marker artline. ye.. aku pernah guna dakwat refill artline,, dalam jam 8.50 tiba gilaran aku untuk mengundi, dakwat dicalit, dan aku jaga suapaya dakwat tak terkena pakaian aku. keluar dari dewan, aku pastikan dakwat dah kering.. adik aku yang turut sama mengundi dah terkotor bajunya kena dakwat.. memandangkan rumah kami dekat je.. jalan kaki dlm 10min je, dah smpai rumah, which means dalam pukul 9.10min, aku pun dengan bahagia membasuh tangan aku... aku tergelak sebab dakwat dah hilang. sama ada dakwat ni memang tak berkualiti, atau sabun axion di rumah aku sangat berkesan menanggalkan kotoran... hihi...
then lepas mengundi di kampung aku, kami bersiap untuk ke lipis.. mak n abah mengundi di sana, terasa kerinduan yang amat pada lipis.. tempat aku membesar, terlalu banyak pengajaran dan pengalaman aku timba di sana.. dari mula pndai berbasikal sehingga la aku hbis sekolah rendah. tempat aku accident dan tempat aku bermain paya mengalahkan ank jantan. ternyata bandar lipis dah banyak perubahan, dah ada bndar baru lipis.. mcm2.. kalau dulu boleh jalan2 kaki je ronda2 bndar lipis.. skrg xleh dah.. confirm pancit..
sementara mak abah mengundi., kami adik beradik ni duduk di kedai feveret kami wktu kecik.. dulu kedainya kedai runcit.. skrg dah jadi kedai makan.. mungkin kerana lokasinya yang berdekatan sekolah.. menjadikan kedai tu lebih sesuai untuk kedai makan.. kami panggil kedai pakcik hamzah.. ternyata walaupun hampir 10 thun kami tidak ke sana, mereka msih ingat kami. terasa sangat kemesraan di kuala lipis. berbeza dgn bndar2 besar dan temerloh.
lewat petang kami pulang setelah melawat rumah lama, sekolah rendah kami, pejabat qadi lipis, dan berjumpa jiran lama... ikatan seperti sebuah kluarga.
waktu malam aku pastu semua yang telah keluar mengundi di siang harinya, akn menunggu keputusan pilihanraya. kami sekeluarga menanti keputusan sehingga jam dua pagi. paling menyedihkan, kami terpaksa bergantung kepada siaran televisyen. mungkin line internet maxis di kawasan kami disambar petir (bersangka baik walaupun smua line internet maxis xblh access di kawasan2 berdekatan jenderak, kuala krau dan kerdau ada yang kena reset line maxis di centre macis kuantan).aku tak puas hati, terpaksa la berkorban kredit tunetalk smata2 nk tahu kputusan pilihan raya dan tidak terlalu bergantung kpada siaran tv tak guna tu. nilah nasib hidup di malaysia.
di awal kiraan yang dipaparkan dlm internet ternyata jauh berbeza dgn keputusan pengakhiran, HUH!!!  aku cuma tertanya-tanya knp perkara sebegitu boleh terjadi. dimana ketelusan dalam pilihanraya kali ini. pengakhiran yang menyedihkan untuk pilihanraya ke 13. perasaan aku time tu lebih sedih dan kecewa dari putus cinta atau kena reject.. waaaaaaa......
dan sehingga hari ni masih kecewa.
apa2 pun still tahniah buat penipu besar yang menang. kalau dah janji, harap2 boleh tunaikan. jangan hanya tau nk kenyangkan perut kroni sendiri je. sedang rakyat ditindas dengan pelbagai bebanan. kalau pemimpin yang kaya raya boleh la nk beli degreen or even phd.. tp kami yang rakyat ni kena pergi menuntut ilmu dengan bebanan hutang lagi, habis blaja blum tntu dapat kerja terus, tpi hutang dah kna bayar. sedang ketua di atas sana melancong sana sini, berjamu juadah yang pelbagai, berhibur berdansa mengalahkan MR.Bean.
walaupun PR kalah, tp aku happy minda rakyat semakin terbuka dan berani untuk membela hak rakyat, yang pasti rakyat2 ni bukanlah rakyat biasa, yang boleh disuap bagai anak kecil kelaparan, dapat susu sikit boleh terus diam, tapi rakyat yang melihat permasalahan dari akar umbi, rakyat yang hebat. yang ingin mencari penyelesaian bukan sekadar dari luaran tapi dri intinya juga.
k lah.. makin aku layan makin geram lak nnti. 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan