Wednesday, September 19, 2012

Semester Baru, Azam Baru?

Semester baru untuk tahun ni dah pun bermula. Dari pelajar tahun pertama, dah jadi pelajar tahun kedua,  tahun kedua jadi pelajar tahun tiga, dan ada juga yang masih kekal di tahun pertama. Bila mendaftar untuk semester baru, macam perancangan yang kita aturkan dan mula gerakkan perancangan tersebut, tapi, sedar tak sedar, dalam kita menghapiri pertengahan semester, masih banyak perkara dalam perancangan yang belum kita laksanakan, dan perancangan kita hanya tinggal sebagai satu perancangan di penghujung semester. Maka mula lah kita rasa kesal.
Menantikan semester depan, kita berhrapa ia akan dimulakan dengan azam yang baru, perancangan yang lebih baik. Dan akhirnya kita terus menerus merancang untuk menjadi lebih baik, namun  sejauh mana kita berusaha untuk melaksanakan perancangan kita? pernahkah kita selidik 
        - kenapa perancangan yang sebelum-sebelum ini tidak berjaya?
        - Apa pun punca dan penghalang utama dalam perlaksanaan perancangan kita?
        - Sejauh mana kemampuan kita untuk melaksanakan perancangan? 
        - Adakah perancangan itu cukup realistik dan effektif?

Dalam kita mempersoalkan diri kita tentang bagaimana keberhasilan perancangan kita, kita seharusnya ingat bahawa, setiap apa pun yang kita rancangkan, ianya bermula dengan niat. selagi mana kita berniat untuk mendapatkan redha Allah, dan kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perancangan kita, Insyaallah, setiap rintangan yang bakal mendatang akan dapat kita tempuhi dan hadapinya.

" Sesungguhnya bagi setiap amal perbuatan bergantung pada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya menuju (keredhaan) Allah dan rasulNya, maka hijrahnya itu ke arah (keredhaan) Allah. Sesiapa yang hijrahnya itu kerana dunia (harta atau kemegahan dunia), atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu ke arah apa yang dituju"

Jadi, untuk semester baru ini, tidak salah jika perbetulkan balik niat kita dalam menuntut ilmu. jangan lah menuntut ilmu itu hanya sekadar melaksanakan tanggungjawab dalam keadaan "keperluan" dunia, tetapi biarlah dalam kita menuntut ilmu itu, kita mulaka dengan berniat untuk mendapat redha Allah, dan dapat menggukan ilmu yang kita pelajari ke jalan Allah. InsyaAllah, kita akan berasa lebih tenteram dan dipermudahkan dalam menuntut ilmu. 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan