Friday, September 28, 2012

ITS A GREAT THING TO DO

Alhamdulillah, masih lagi diberikan ruang untuk berada di muka bumi Allah ni, diberikan kesempatan untuk bernafas dan sedikit pengalaman untuk berkongsi. Mungkin apa yang ditulis kali ini sekadar perkongsian hidupku.

Di semester "lanjutan" aku ni, aku sudah tidak mendapat bantuan pinjaman PTPTN. segalanya PA n MA shj. kesian mak ayah aku menanggung anaknya yang seorang ni ibarat menanggung 2 orang anak. Bila berbelanja dan terboros, mak akan kata "awak tak merasa cari duit sendiri lagi, tak apa la. nanti dah kerja, awak tahu la mcm mana susahnya mencari rezeki". Dengan kata-kata mak tu, aku merasa terpikul juga. Rasa sedih dan bersalah kerana bersikap boros. Untuk itu, aku tekad, semester ni, mesti cri kerja. Alhamdulillah, ditakdirkan aku dapat mesej untuk pergi temuduga, tapi, mungkin bukan rezeki ku di situ, hari temuduga ku, aku dipanggil pensyarah untuk konsultasi. mahu atau tidak, study comes firdt, so aku abaikan sahaj temuduga kerja tersebut. dalam aku cuba mencari kerja lain, Alhamdulillah,. Allah melapangkan pintu rezeki buatku. 1 syarikat communication memerlukan pekerja, untuk projek yang penting dan perlu diselesaikan dengan segera. Aku ditawarkan bekerja di syarikat tersebut dengan perjanjian RM70/hari, waktu kerja bermula jam 9 pagi, sehingga jam 6 petang, dan 1 jam waktu rehat.

Memandangkan aku menetap di gombak, maka aku harus berkira-kira dalam menerima tawaran kerja. ialah, duduk di permulaan LRT putra, dan tawaran kerja ku di Kelana Centre Point. Pagi-pagi perjalananku melalui semua stesen LRT PUTRA, dan memakan masa hampir 1 jam. Maka, bermulalah jadual harian ku yang aku terpaksa aturkan tanpa hitam dan putihnya. sekadar alarm di hand-phone menjadi saksi jadual harian ku. huhuhu. kalau dulu, subuh liat, skrg, xde masalah dah nak subuh. maka, setiap hari jadual ku akan bermula jam 5.15 pagi. Alhamdulillah Allah permudahkan juga urusan-urusan ku. waktu solat lebih terjaga, dan makan minum lebih teratur. kerana waktu pejabat mana boleh suka2 nk keluar pergi makan, nk tido. lebih baik cari orang lain untuk bekerja kalau dtg pejabat hanya untuk tidur atau makan, atau sembang-sembang.

kalau dulu aku tidak pernah menjejak kaki ke kelana jaya, insyaallah kini akan menjadi rutin harian ku untuk ke sana. orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan, tapi ni baru dalam selangor, dah bnyk dah juga yang aku lihat. ada yang sampai tak sanggup nak lihat. kerana tidak berdaya untuk membantu.

Dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ku, Aku diberikan kerja telemarketing. kerja tu memang sesuai untuk ku belajar menjadi seorang yang lebih penyabar dan lebih fokus. Mungkin kerjanya tidak sehebat kerja2 lain, tapi bagi aku, ia cukup bererti. kalau dulu aku mungkin tidak suka dengan orang yang suka kol secara tiba-tiba untuk mempromosi barang atau apa-apa sahaja, tapi kini, aku berpeluang untuk merasa apa yang aku tidak suka. :) jadi, jangan lah kita membenci atau mencaci sesuatu itu tanpa walaupun tidak kita sukai. Takut nanti, Allah berikan kita ujian dengan menempatkn kita di tempat apa yang tidak kita sukai. bersyukur lah dengan setiap nikmat Allah

hampir terlupa, kalau hari pertama, perjalananku hanya bersendiri di temani penggun-pengguna LRT yang lain, tapi kini ditemani sahabat baik ku. jadi, mana yang dapat jimat, dpt la dijimatkan. yang paling penting, Allah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk lebih mengenali hati dan budi masing2. dan aku sangat bersyukur kerana Allah memberi dia menjadi sahabat ku. 

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan