Alhamdulillah... bersyukur kerana masih
lagi bertemu ramadhan kali ini... manalah tahu, mungkin sahaja ramadhan kali ni
adalah ramadhan terakhir kita.
dalam berbicara tentang ramadhan,
sedikit ilmu yang aku ingin kongsi bersama di sini, moga-moga dapat memberi
manfaat kepada semua yang sudi membaca...
kewajipan dalam menunaikan ibadah puasa
di bulan Ramadhan ada diterangkan di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 183
yang berbunyi:
yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum
kamu agar kamu bertakwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang
siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka),
maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika
mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu), memberi makan seorang miskin.
Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang
lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(Al-Baqarah: 183-184)
Ayat-ayat tersebut jelas menyatakan
kewajipan terhadap umat Islam (yakni orang-orang yang beriman) untuk berpuasa
di bulan ramadhan, dan wajib bagi mereka untuk mengqada' puasa yang telah
mereka tinggal sepanjang bulan ramadhan
tersebut. dan sekiranya tidak mampu untuk mengqada' puasa, maka hendaklah
menggantikan puasa tersebut dengan membayar fidyah iaitu memberi makan terhadap
orang-orang miskin.
Antara perkara paling utama yang harus
kita tahu tentang ibadah puasa ialah, siapa yang wajib untuk berpuasa?
Antara yang diwajibkan berpuasa ialah:
(http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-siapa-wajib-berpuasa.html)
1. Orang yang telah baligh; tidak wajib
puasa ke atas kanak-kanak yang belum baligh. Namun digalakkan berpuasa jika
telah mencapai umur mumayyiz.
2. Orang berakal waras; tidak wajib
puasa ke atas orang gila atau tidak siuman.
3. Tidak ada keuzuran; keuzuran yang
menggugurkan kewajipan puasa ada dua jenis;
I - Keuzuran yang menegah dari sahnya
puasa
II- Keuzuran yang mengharuskan berbuka
puasa.
Antara perkara-perkara Sunat, Makruh
dan Yang Membatalkan Puasa ialah:
Perkara-perkara sunat puasa:
1.
Membanyakkan membaca al-Quran
2.
Mandi junub sebelum fajar
3.
Melewatkan sahur waktu imsak
4.
Berbuka dengan buah tamar dan benda manis
5.
Membanyakkan sedekah
6.
Solat terawikh
7.
Segera berbuka bila masuk waktu
Perkara-perkara makruh puasa:
1.
Berkumur-kumur dengan keterlaluan
2.
Merasa makanan dengan lidah
3.
Bercakap perkara-perkara buruk dan keji
4.
Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
5.
Gosok gigi setelah gelincir matahari
6.
Mencium isteri
7.
Menderma darah
Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
1.
Makan dan minum dengan sengaja
2.
Mengeluarkan air mani dengan sengaja
3.
Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4.
Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
5.
Melakukan persetubuhan
6.
Gila walaupun sebentar
7.
Murtad
8.
Berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
Perkara yang tidak membatalkan puasa:
1.
Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya
adalah dimaafkan.
2.
Bersuntik
3. Tidur walaupun sepanjang hari
4.
Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
5.
Tertelan air yang di kumur tanpa sengaja
Rukhsah dalam ibadah puasa
(http://webpuasa.tripod.com/1.5.htm)
1.
Sebagaimana dalam ibadat solat, Allah S.W.T. telah memberikan rukhsah
dalam ibadat puasa supaya kita dapat menunaikannya walau dalam keadaan apa
sekalipun.
2.
Antara orang yang mendapat rukhsah dalam ibadat puasa ialah:
3.
Orang sakit
4.
Orang musafir
5.
Ibu yang hamil atau menyusukan anak
6.
Orang yang terlalu tua
7.
Orang yang bekerja berat
8.
Orang yang akan mendapat mudarat jika meneruskan puasanya kerana terlalu
lapar
Untuk lebih banyak persoalan, mungkin
dapat dikongsi bersama dari http://bakit.com.my/bakit/IFrame/7.Ilmiah/1.Soal_dan_Jawab_Agama/3.Ibadah/Persoalan_mengenai_puasa.htm;
http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/batal_puasa.html
"Bukanlah puasa itu hanya sekedar
menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong
kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)
Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa
selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani
manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat
penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh
dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan
berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam
setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat
bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.