Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Friday, July 3, 2015

SALAM RAMADHAN MUBARAK

assalamualaikum.. 
lamanya x update blog. dah bersawang-sawang. 
sedar tak sedar, dah masuk bulan ramadhan. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramdhan. kekasih setahun sekali. 
bulan untuk kita sama-sama perbaiki kelemahan diri mendidik hati menjadi insan yang bertaqwa. macam mana dengan puasa korang tahun ni? harap-harap semuanya baik dan dipermudahkan segala urusan para pembaca sekalian. 
puasa tahun ni sebenarnya puasa paling rilek sekali dalam hidup aku. hahah... sebab aku hanya berpuasa di kampung bersama mak abah aku. ok lah, daripada diorang berpuasa berdua je, baik aku temankan sekali. dapat gak hilangkan sunyi diorang tu kan. sekurang-kurangnya diorang ada anak yang degil macam aku ni untuk dileteri. 

So, aku rasa bulan puasa ni bulan yang paling murah rezeki buat semua umat Islam. walaupun keadaan rakyat malaysia agak tertekan dengan bebanan ekonomi, taapi aku yakin rakyat Malaysia masih lagi dapat beribadah puasa dengan selesa. dapat bersahur, dapat berbuka puasa, dapat makan dan minum. Dan aku yakin, masih ada lagi rakyat Malaysia yang terpinggir dari keselesaan ini. Aku doakan semoga Allah sama-sama melapangkan pintu rezekiNya buat kita, dan memberi kekuatan untuk kita dalam menghadapi ujianNya. Dalam masa yang sama aku juga turut bersimpati terhadap rakyat Sabah yang diuji dengan Gegaran gunung Kinabalu. Semoga semua akan cepat pulih dan lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. 

Walaubagaimanapun, janganlah kita lupa akan kesusahan dan kesengsaraan saudara seagama kita di tempat lain yang kini berpuasa dalam keadaan serba ketakutan, daif, teraniaya, dan pelbagai lagi ujian yang aku rasa lebih hebat daripada yang ditimpa rakyat Malaysia. Seperti di palestin, Yaman, Syiria, yang berpuasa dalam keadaan perang, manakala warga Roingya pula berpuasa dalam keadaan serba sehelai sepinggang, dibuang, ditindas. Bukankah itu apa yang rakyat Malaysia tidak hadapi. 
sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya itu didengari Allah. 

sebelum aku close entry kali ini. sebagai renungan kita bersama:

Allah menciptakan setiap kejadian di dunia ini berpasangan. 
lelaki dan wanita
siang dan malam
gelap dan terang
tetapi janganlah dengan mudah kita kata susah dan senang itu sebagai miskin dan kaya, kerana rezeki yang Allah beri kepada kita semuanya sama adil. Allah memberikan kekayaan kepada hambanya, dan Allah tidak menimpakan kemiskinan, sebaliknya ia adalah istilah bagi orang yang tamak hatinya, kerana Allah memberikan semuanya cukup untuk kita, bergantung kepada kita bagaimana kita menerima dan menghargai nikmat pemberian Allah. jika tamak di hati, pasti terasa miskin. 

wassalam.

Saturday, July 28, 2012

RAMADHAN KEMBALI LAGI


Alhamdulillah... bersyukur kerana masih lagi bertemu ramadhan kali ini... manalah tahu, mungkin sahaja ramadhan kali ni adalah ramadhan terakhir kita.
dalam berbicara tentang ramadhan, sedikit ilmu yang aku ingin kongsi bersama di sini, moga-moga dapat memberi manfaat kepada semua yang sudi membaca...

kewajipan dalam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ada diterangkan di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi:  

yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu), memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(Al-Baqarah: 183-184)

Ayat-ayat tersebut jelas menyatakan kewajipan terhadap umat Islam (yakni orang-orang yang beriman) untuk berpuasa di bulan ramadhan, dan wajib bagi mereka untuk mengqada' puasa yang telah mereka tinggal  sepanjang bulan ramadhan tersebut. dan sekiranya tidak mampu untuk mengqada' puasa, maka hendaklah menggantikan puasa tersebut dengan membayar fidyah iaitu memberi makan terhadap orang-orang miskin.

Antara perkara paling utama yang harus kita tahu tentang ibadah puasa ialah, siapa yang wajib untuk berpuasa?
Antara yang diwajibkan berpuasa ialah: (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-siapa-wajib-berpuasa.html)
1. Orang yang telah baligh; tidak wajib puasa ke atas kanak-kanak yang belum baligh. Namun digalakkan berpuasa jika telah mencapai umur mumayyiz.
2. Orang berakal waras; tidak wajib puasa ke atas orang gila atau tidak siuman.
3. Tidak ada keuzuran; keuzuran yang menggugurkan kewajipan puasa ada dua jenis;
I - Keuzuran yang menegah dari sahnya puasa
II- Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa.

Antara perkara-perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa ialah:
 Perkara-perkara sunat puasa:
1.      Membanyakkan membaca al-Quran
2.      Mandi junub sebelum fajar
3.      Melewatkan sahur waktu imsak
4.      Berbuka dengan buah tamar dan benda manis
5.      Membanyakkan sedekah
6.      Solat terawikh
7.      Segera berbuka bila masuk waktu

Perkara-perkara makruh puasa:
1.      Berkumur-kumur dengan keterlaluan
2.      Merasa makanan dengan lidah
3.      Bercakap perkara-perkara buruk dan keji
4.      Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
5.      Gosok gigi setelah gelincir matahari
6.      Mencium isteri
7.      Menderma darah

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
1.      Makan dan minum dengan sengaja
2.      Mengeluarkan air mani dengan sengaja
3.      Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4.      Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
5.      Melakukan persetubuhan
6.      Gila walaupun sebentar
7.      Murtad
8.      Berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Perkara yang tidak membatalkan puasa:
1.      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
2.      Bersuntik
3.      Tidur walaupun sepanjang hari
4.      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
5.      Tertelan air yang di kumur tanpa sengaja

Rukhsah dalam ibadah puasa (http://webpuasa.tripod.com/1.5.htm)

1.      Sebagaimana dalam ibadat solat, Allah S.W.T. telah memberikan rukhsah dalam ibadat puasa supaya kita dapat menunaikannya walau dalam keadaan apa sekalipun.
2.      Antara orang yang mendapat rukhsah dalam ibadat puasa ialah:
3.      Orang sakit
4.      Orang musafir
5.      Ibu yang hamil atau menyusukan anak
6.      Orang yang terlalu tua
7.      Orang yang bekerja berat
8.      Orang yang akan mendapat mudarat jika meneruskan puasanya kerana terlalu lapar

Untuk lebih banyak persoalan, mungkin dapat dikongsi bersama dari http://bakit.com.my/bakit/IFrame/7.Ilmiah/1.Soal_dan_Jawab_Agama/3.Ibadah/Persoalan_mengenai_puasa.htm; http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/batal_puasa.html

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)
Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.




Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan