Saturday, August 25, 2012

masa untuk ANAK - EMAK

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah dapat juga meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ni. Beraya dalam keadaan yan aman dan selesa. Bukan semu umat islam dapat merasai nikmat yang kita rasai ini. dalam kedamaian di Malaysia ni, aku sempat duduk bersembang dengan mak. Sembang-sembang kosong kata orang tua. tp sebenarnya punya isi yang tersirat. 

Sedang aku bersembang dengan mak lepas balik dari kenduri kahwin 2 pupu aku tadi, sengaja aku buka cerita untuk besarkan rumah. Aku cadangkan mak besarkan rumah ni untuk jadi dua tingkat.. selesa sikit nnti kalau anak menantu balik.. masing-masing boleh ada bilik sendiri untuk setiap keluarga. Buat rumah kotak je design aku.. senang kalau buat rumah bumbung rata.. atas bumbung boleh letak pokok2 bunga dan tempat berehat... tapi dibangkang emak. memikirkan mak abah yang semakin tua, anak-anak masing-masing dah semakin dewasa.. dah nk kerja dan dah nak berkeluarga..bukan tinggal dengan emak.. siapa nk kemas rumah tanya mak.. hurmm.. 

so, untuk mengelakkan mak lebih bersikap serius.. aku pun bergurau untuk mencari lelaki kaya sahaja lah.. lagi lah aku dileteri.. huh... so at least aku tau mak xperlukan bakal menantu yang kaya atau yg berharta sangat.. cukup sekadar mampu untuk menanggung keluarganya... sekali sekala sembang mcm ni.. setahun sekali belum tentu dapat.. 

Tapi aku kesian juga tengok mak, walau pun ni rumah kampung.. tapi dapurnya di bawah.. ruang tamunya di bahagian atas.. sama je. 

teringat kembali sewaktu aku tingkatan 2 dulu.. bila tgk rumah besar-besar.. aku mesti kata " nanti angah akan binakan mak sebuah rumah besar mcm ni. sorang 1 bilik.. maka abah boleh dating kat balkoni." so.. misi aku sekarang cepat habiskan belajar.. cari kerja.. kumpul duit dan binakan mak rumah yang besar tu.. dan tinggal dengan mak abah.. so aku boleh jaga mereka.. walaupun aku tidak lah terlalu rajin atau pandai bab2 rumah ni.. tapi sekurang-kurangnya.. anak ank untuk menemani mereka.. 

amin...

No comments:

Post a Comment

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan