DARI ALLAH DIA DATANG, KEPADA ALLAH DIA KEMBALI.
Dah 2 minggu arwah tok nda kembali ke rahmatullah di saat usianya 91tahun 7 bulan. Kembalinya arwah ke pangkuan Ilahi dengan sangat mudah. urusan pengebumian juga sangat mudah. Sangat cepat.
Arwah meninggal jam 12.55 tgh hari pada jumaat 3februari 2017, setelah terlantar tidak mampu menguruskan diri lagi sejak hujung disember 2016. di saat-saat terakhirnya arwah banyak tidur. kali terakhir brjumpa arwah tok, seminggu sebelum tok meninggal. sempat aku cium dahinya yang lena. langsung dia tidak sedar. biasanya kalau nk bpisah, mesti akan cium pipi, dan dahi tok yang tinggal kulit tu, salam tangan tok yg kedut2 tinggal kulit dan tulang tu, sambil mangusik tok. sekarang, semua tu tinggal kenangan. Dah xde bebelan orang tua yang sering disakat anak cucu, pesanan dan teguran orang tua akan adab dan pantang larang. Macam-macam dia akan pesan pada cucu-cucunya.
Kalau zaman awal tahun 2000, kerja aku telefon tok untuk tanya macam mana nk masak asam pedas je. Sebab mak xde kat rumah, so tok lah sumber resepi, selain dari arwah tok munah. Ada masa dulu, kalau berdua dengan tok, sempat lah bertanya zaman perang dulu. mcm mana tok hidup sewaktu zaman jepun.
Tok, orangnya jujur, sentiasa telus. Kata-katanya sentiasa menyenangkan walaupun tegurannya tegas. Sentiasa layan je kerenah cucu-cucunya suka menyakat. kadang-kadang dia marah, tp pastu gelak balik. Ada masa berebut siaran tv dengan cucu. alahai Tok, rindunya. Ntah kenapa hari ni asyik berhabuk mata, selepas 2 minggu, mmg mcm x bolh move on je.