Friday, July 3, 2015

SALAM RAMADHAN MUBARAK

assalamualaikum.. 
lamanya x update blog. dah bersawang-sawang. 
sedar tak sedar, dah masuk bulan ramadhan. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramdhan. kekasih setahun sekali. 
bulan untuk kita sama-sama perbaiki kelemahan diri mendidik hati menjadi insan yang bertaqwa. macam mana dengan puasa korang tahun ni? harap-harap semuanya baik dan dipermudahkan segala urusan para pembaca sekalian. 
puasa tahun ni sebenarnya puasa paling rilek sekali dalam hidup aku. hahah... sebab aku hanya berpuasa di kampung bersama mak abah aku. ok lah, daripada diorang berpuasa berdua je, baik aku temankan sekali. dapat gak hilangkan sunyi diorang tu kan. sekurang-kurangnya diorang ada anak yang degil macam aku ni untuk dileteri. 

So, aku rasa bulan puasa ni bulan yang paling murah rezeki buat semua umat Islam. walaupun keadaan rakyat malaysia agak tertekan dengan bebanan ekonomi, taapi aku yakin rakyat Malaysia masih lagi dapat beribadah puasa dengan selesa. dapat bersahur, dapat berbuka puasa, dapat makan dan minum. Dan aku yakin, masih ada lagi rakyat Malaysia yang terpinggir dari keselesaan ini. Aku doakan semoga Allah sama-sama melapangkan pintu rezekiNya buat kita, dan memberi kekuatan untuk kita dalam menghadapi ujianNya. Dalam masa yang sama aku juga turut bersimpati terhadap rakyat Sabah yang diuji dengan Gegaran gunung Kinabalu. Semoga semua akan cepat pulih dan lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. 

Walaubagaimanapun, janganlah kita lupa akan kesusahan dan kesengsaraan saudara seagama kita di tempat lain yang kini berpuasa dalam keadaan serba ketakutan, daif, teraniaya, dan pelbagai lagi ujian yang aku rasa lebih hebat daripada yang ditimpa rakyat Malaysia. Seperti di palestin, Yaman, Syiria, yang berpuasa dalam keadaan perang, manakala warga Roingya pula berpuasa dalam keadaan serba sehelai sepinggang, dibuang, ditindas. Bukankah itu apa yang rakyat Malaysia tidak hadapi. 
sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya itu didengari Allah. 

sebelum aku close entry kali ini. sebagai renungan kita bersama:

Allah menciptakan setiap kejadian di dunia ini berpasangan. 
lelaki dan wanita
siang dan malam
gelap dan terang
tetapi janganlah dengan mudah kita kata susah dan senang itu sebagai miskin dan kaya, kerana rezeki yang Allah beri kepada kita semuanya sama adil. Allah memberikan kekayaan kepada hambanya, dan Allah tidak menimpakan kemiskinan, sebaliknya ia adalah istilah bagi orang yang tamak hatinya, kerana Allah memberikan semuanya cukup untuk kita, bergantung kepada kita bagaimana kita menerima dan menghargai nikmat pemberian Allah. jika tamak di hati, pasti terasa miskin. 

wassalam.

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan