Wednesday, April 24, 2013

Buat MAK

mama.. tapi aku panggil mmok(mak) mengikut loghat. perkataan yang pendek tapi aku yakin kebanyakan manusia di muka bumi akan menyebut perkataan tu hampir setiap masa sewaktu mereka kecil. tapi bila makin dewasa.. makin kurang dalam sebutan. bibir tidak mengungkap perkataan itu. biarpun pendek.. tetapi sukar sekali didengari. mungkin itulah yang dikatakan lumrah manusia.. sering melupakan perkara/insan yang paling indah, plg bermakna dalam hidup kita bila kita makin berjaya dan meningkat dewasa. sedang kita semakin melupakan mak kita.. mak kita semakin hari semakin mengingati dan merindui kita. mendoakan kesejahteraan untuk kita setiap kalibersujud, setiap detik aku pasti. tapi kita?? adakah kita mendoakan mak walaupun dlm solat? bila bangun tidur? kalau yang masih bujang.. yg sedang hangat bercinta.. bangun tidur mesti nk tgk hp.. ada mesej dri si dia atau x, mesej si dia.. tp mak kita.. kita lupa.. kalau mak kita tahu sikap kita mcm tu, mesti sedih. hari2 nak kol si dia, sembang lama2, tapi bila nk kol mak, berkira kredit, berkira masa. kalau kol si dia, lama je, kalau kol mak, sekejap je. Bila mak kol tiba2.. mesti akan tnya dulu kenapa mak kol?? bukan kita nk tny khabar mak kita dulu. bila lunch hour akan bertnya sidia dah makan ke blm, tapi mak dirumah kita fikir x.. dah makan ke belum, sihat atau tak. 
Aku yakin, mak2 pasti rindu kita bila memasak, bila buat kerja rumah, dan buat mcm2. yelah, dulu kalau mak nak masak, mesti akan ikut selera ank2, bila kemas rumah mesti untuk kemudahan dan keselesaan anak2 nk belajar. semua pasal anak2.... semua mak tahu. 
bila kita da besar.. tak banyak pun pasal mak yg kita tahu. air mata mak mengalir pun kita tak tahu, tapi mak tahu air mata kita mengalir.
pada aku. mak master dalm segala-galanya. kecik2 mak yang ajar aku mengaji, mak yang ajar aku solat, mak yang ajar aku membaca dan menulis, mak ajar aku memasak, ajar aku jadi manusia. mak la yang akan sentiasa menjawab soalan2 aku yang xpernah berhenti bertanya "kenapa" apabila aku nampak sesuatu. dengan mak aku kena rotan, tapi pelukan mak yang mengurangkan kesakitan, dengan mak aku merajuk, tapi mak juga yang memujuk. Dan aku tak kisah kena tinggal oleh ayah sewaktu balik dri sekolah, tapi bila ditinggal oleh mak, aku mesti akan menangis walaupun dah besar panjang.
bila pergi kenduri, aku suka bertanya mak bila nmpak ank2 kecil merengek meminta macam2 dari ibu mereka. "mak, angah dulu macam tu ke?" dan jawapan mak pastinya "Ya." smpai mak sendiri tak boleh nk makan. terasa bersalahnya aku. so apa yang aku termampu lakukan hanya menjaga mak time mak sakit. tu pun mak x mengharapkan anak2 sangat. mak.. mak.. mak sentiasa nk menyenangkan ank2 walaupun 7-8 org ank.. tapi ank2 yang ramai ni mampu kah untuk menyenang hanya SEORANG MAK.
apa2 pun, seorang ppuan suatu hari ni pasti akan menjadi seorang mak Insyaallah.. waktu tu barulah kita akan tahu erti menjadi seorang mak. terlalu banyak perngorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang mak dan akan dilakukan secara rela dan tak rela. 

Tuesday, April 23, 2013

iStIkHaRaH cInTa

assalamualaikum.... baru2 ni aku surf2 la kat FB.. then jumpa satu video klip ni. Tajuk lagunya adalah Istikharah Cinta, nyanyian Sigma. Sapa Sigma ni pun aku tak tny Mr.G lagi.. hehehe...
tapi aku sangat suka akan lirik lagunya.. dikenakan pula dengan muzik dan video klip.. menangis aku dibuatnya. sangat menyentuh kalbu aku. huhuhu... T_T
kat sini aku share ngan korang lirik dia.. 



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta


Sunday, April 21, 2013

MeNjElAnG PRU 13 & HaNtU yAnG bErLeGaR-LeGaR

Assalamualaikum.. haa.. awal2 pagi ni mata yang mengantuk sebab study tiba2 segar.. sebab sedang google2 n buka2 pesbuk.. nk cari ilham tuk segarkan mata ni... terlintas nk cari pasal PRU. Yela.. PRU kan x lama dah lagi.. lagi beberapa minggu aje.. surelah excited aku mengundi tahun ni. for the first time of my life gittew..
sedang buka2 fb kawan ni... tiba2 terjumpa senarai pengundi hantu. bukan satu.. bukan dua.. tapi sepuluh beb.. bayangkan sepuluh identiti ada 2-3 orang yang sama. wahhh.. di mana ketelusan dan kesucian pilihanraya kalau macam ni? kan tidak adil apabila duplicate identity seseorang.. bukan lgi impersonate.. tp duplicate. yela sbb orang yg sama berada di dua tempat yg berbeza..

alang2 aku dah cakap ada 10 nama.. meh aku share skali...

Hantu Bukit Kuantan

490715065137 AB RAPAR BIN AWANG
490715065233 AB RAPAR BIN AWANG
490715065161 AB RAPAR BIN AWANG

500427065198 RAHMAH BINTI JUSOH
500427065120 RAHMAH BINTI JUSOH

620203015636 HABIBAH BT HAMIDI
620203105636 HABIBAH BINTI HAMIDI

641029065249 MOHD NOR ZILAN B ABDUL RAHMAN
641029065247 MOHD NOR ZILAN BIN ABDUL RAHMAN

Semak Di ... http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

________________________________________________________________________

Hantu Bukit Goh

801028085401 RUSMANKHAIRUL BIN SURIN
801026065401 RUSMANKHAIRUL BIN SURIN

Semak Di ... http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

________________________________________________________________________

Hantu Taman TAS

870128065565 MOHD NOR ZAIDI BIN BORHAN
870128065655 MOHD NOR ZAIDI BIN BORHAN

Semak Di ... http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

________________________________________________________________________

Hantu Cherating

500209065157 YUSOP BIN MOHAMED
500209065077 YUSOP BIN MOHAMED

511019065109 ABDUL RAZAK BIN AWANG NGAH
511019065125 ABDUL RAZAK BIN AWANG NGAH

560313065506 RAHMAH BINTI ABDULLAH
560313065266 RAHMAH BINTI ABDULLAH

801003065388 MALINDA BINTI MUDA
801002065388 MALINDA BINTI MUDA

Semak Di ... http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
so.. ni la hantu2 yang sedang berkeliaran di muka bumi pahang buat seketika ini. agak2 orang2 ni masih wujud atau x ye? Macam mana pulak status diorg yang telah diduplicatekan. tak ke terasa teraniaya bila dibuat sebegitu. Agak2 macam mana kita nak tahu ye bahawa identiti kita selamat daripada di"hantu"kan. 
dan sampai bila masalah undi hantu ini akan timbul.. setiap kali pilihanraya pasti ada isu pengundi hantu. Aku rasa mcm berada di negara yang plg tak selamat dan bodoh pun ada. sebab pemimpin langsung buat endah tak endah je dengan perkara macam ni. macam mana nk selamt kalau identiti dengan senang diduplicate. silap2 haribulan yang hantu dpt bermewah di negara kita.. kita pulak yang kena buang dan merempat ke tempat orang. 
INI KALILAH pengundi hantu kena dimusnahkan.. dihapuskan.. hancurkan.. biar hilang dan lesap terus selamanya dari bumi malaysia ni. 

Politik negara kita ni tak bersih.. dah sama macam india. India pun mungkin dah lebih baik politik mereka dri kita. apabila pemimpin sering memberi dan menerima suapan, segalanya menjadi makin celaru kacau bilau dan macam HAREMMMM... yang jadi mangsa adalah rakyat dan pengundi yang dihantukan, dan "hantu" yang dipergunakan. 

Wednesday, April 17, 2013

berpantun dan kenduri.

Alhamdulillah, beberapa minggu yang lepas macam2 perkara aku lalui dan pelajari. Seronok dan Sedih pun ada. Walaupun penglibatan aku hanya secara tak langsung tapi ia bermakna buat aku. untuk beberapa minggu yg lepas, aku belajar berpantun dengan lebih baik, yang mana aku tak de lagi buat pembayang yang haruk dan menggeletek hati. No more Kelasi dan tempua di tengah laut, or Pak rahim yang tersesat dan ingin bersantap. dan sepanjang beberapa minggu lepas, aku berkesempatan untuk belajar berpantun dengan cara yang menyeronokkan, terasa seperti budak-budak, tetapi it is the best way untuk have fun while learning. Modul yang diajar oleh jurulatih pantun kami, aku rasa memang berkesan. Walaupun aku mengambil masa yang lama untuk menjawab, tapi mereka semua sangat supportive dan ceria. :)

Walaupun latihan kami banyak menekankan untuk pertandingan, tapi latihan tu juga versatil kerana semua org dapat belajar berpantun, menjawab pantun, dan membuat soalan pantun, walaupun sebusuk mana pun soalan tu, tetap harus dihargai. yang paling penting, penghargaan dan macam mana kita menerima dan respon terhadap pantun tu.Walau negatif macam mana pun soalan tu, walau sebusuk mana pun soalan tu, kalau kita menerima dengan cara yang positif, dan baik, kita pasti boleh menjawabnya dengan baik. yang tu aku kena belajar banyak lagi. dan apa yg penting dalam pantun pada aku adalah bagaimana kita mngisi setiap bait dengan perkataan yang membawa makna, bukan sekadar perkataan. 

dalam minggu lepas juga, aku dari UM telah bergerak pulang terus ke kampung halaman, tempat kelahiran aku di Pekan. Betapa di situ banyak kenangan yang bahagia pada aku. tapi kepulangan aku kesana adalah untuk meraikan sepupuku yang telah pun selamat diijabkabulkan pada 7 april yang lepas. tak sangka aku sepupu aku akan kawen dulu. Apa-apa pun semoga rumah tangga dia akan bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan ank2 yang soleh dan solehah. 
Sesampai saja aku di Terminal sementara kuantan, aku trus di bawa oleh adikku ke pekan, dan smpai di pekan, terus aja mencari kerja. agak memenatkan.. ops.. memang memenatkan.. tapi aku seronok. Dapat tolong makcik aku yang aku anggap seperti ibu sendiri. Lagipun, makcik aku tak berapa sihat, dan cucu dia accident baru2 ni, jadi ada sedikit kekangan untuk menyelesaikan kerja2 di situ, dan kerjasama dari semua amat diperlukan. Walaupun kerja yang aku buat simple n remeh, tapi aku happy sebab dapat tolong. malam tu, aku tido jam 1.03pagi, kepenatan. dan terjaga jam 3.00+ pagi sebab terdengar bunyi makcik aku nk memasak. Dia masak menu feveret aku.. iaitu daging masak opor. Yummy.. alang2 aku dah lama nk belajarmasak menu tu, apa lagi, aku bangun dan membantu. tdo hanya sejam lebih.. jam 6.30 selesai memasak opor, aku pn tdo lepas tu. bahagia.
esoknya, kenduri.. masing2 kelamkabut sbb rewang.. buat sendiri2 xde guna catering.. so paling kelamkabut adalah hidangan meja pengantin. tp aku respek sedara mara belah mak aku ni, sebab diorg mmg kreatif dan tangan lembut.. senang je buat gubahan untuk hidangan pengantin. aku pulak hanya tolong siapkan bahagian meja je. gubahan?? memang tak la.. jadi apa nanti. dengan pemilihan warna aku yang rangoli... hancur jadinya nanti. 
sedang asyik berkenduri.. hujan lebat la pulak di petang hari. bermain hujan la aku. seronok.. dah lama x main hujan. hari tu.. statement dari adik aku memang best. "kakak, abah terkejut tangok awak rajin sangat,". muahahah.. ketara sangat aku tak rajin di rumah kan.. bukan tak rajin, tp bagi peluang kat adik2 tunjuk bakat. aku kalau bab rewang2 ni aku suka la. nak2 part hiris menghiris.. laju je aku. time ni aku dapat jumpa ank sedara sepupu aku .. asyraf.. dah lama x jumpa asyraf. rindu. rindu jumpa dia kecik lagi,skrg dah aktif. paling aku suka bila waktu hujan, wajah dan reaksinya yang nk bermain hujan menyentuh jiwa aku. moga asyraf cepat sembuh dan dapat melalui hari2 seperti budak2 lain, dapat berjalan dan bermain2, dapat berlari dan bergurau dengan adiknya. Asyraf memang pandai.


so ni je dulu kot. akan cuba mencari ruang untuk merapu-repek di lain kali pulak. nite.

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan