Tuesday, January 8, 2013

End of semester

Alhamdulillah, akhirnya aku akan menduduki exam final tuk sem ni esok.. huhu..... tapi aku nye revision tah apa2 je rasanya. hope tak perlu la nk repeat paper ni lagi, serik dah rasanya. Yang membuatkan aku terpaksa repeat paper ni adalah keadaan yang super nervous time jawab exam dulu. nak tulis pun menggigil-gigil, aku sendiri tak tau kenapa aku nervouse sangat time tu. Tapi yang aku tau, aku memang ada masalah skit ngn nervous2 ni, n doc pernah gtau possibility anxiety disorder. mana tak nye, tengah duduk elok-elok, tiba2 je tangan menggigil, berdebar-debar semacam, perut memulas. haih... ntah sejak bila aku jadi cm ni aku pun tak tau, tapi aku tak de pulak g buat rawatan susulan. and aku rasa dah dalam 3 tahun cm ni. tapi biasanya, kalau aku tengah elok2 bersembang, tiba2 tengkuk aku akan rasa keras dan macam gementar nk bercakap, padahal tengah sembang ngn kawan2 biasa je. aduhai. harap-harap esok time exam x jadilah bnda2 ni lagi. 
So, esok subject Planning Decision Support System, which subject ni kitorang belajar macam mana nk make decision, software2 yang berkaitan dengan decision makin in urban planning seperti "what if" dan "community viz", dan software untuk development projection seperti "Stella". nama2 software tuk subject ni cantik2 je... 
At the moment aku try tuk study benda2 ni semua, tapi mcm susah je nak masuk... aku rasa semester ni la aku paling kurang dikenakan ujian, tapi nk study pun susah lagi.. trasa mcm study time menghadapi ujian lebih sng untuk aku masuk, sebab aku akan memaksa diri aku sepenuhnya untuk menyerap setiap apa yg aku baca. 
Aku betul2 memerlukan kawan-kawan aku buat masa ni, tapi semua sedang sibuk nk exam, so menyendiri kt bilik sangat stress pada aku. Nasib baik la kebetulan hari kawan dtg singgah, dapat sembang2, rasa lega sikit, dan happy to hear that she's gonna be a mother soon. 

k la. mau memaksa diri membaca menghadam isi2 nota n. 

Sunday, January 6, 2013

PISAU... pisau.. PISAU....

Sedang duduk sorg2 kebosanan hari ni, tiba2 teringat sesuatu yang lama x dicari. Koleksi pisau, terutamanya koleksi pisau rambo. Sangat cantik dan menggiurkan. Huhuhu.. Cerita Rambo dah memang favourite, pisau2nya sekali jadi favourite aku. So boring-boring ni, aku pun mencari la di MR.G pasal Rambo knife collection ni. 
last-last aku jumpa satu website ni, memang jual banyak sangat koleksi senjata macam, pedang, pisau dan macam2 yang collectible la... 



ada juga jenis-jenis pisau yang aku xpernah tgk, tapi sangat cantik. Selain dari pisau rambo, aku rasa butterfly knife pun cantik. cuma agak panjang. ada juga beberapa jenis pisau yang banyak dihasilkan melalui novel penyiasatan. 
tapi, dalam banyak-banyak pisau, yang paling best ialah kalau dapat pisau yang multipurpose, dan kecil, senang nk bawa ke mana-mana atau pun pocket knife. 

apa2 pun, pisau merupakan antara senjata yang sangat berbahaya, tak kira lah walau di mana kita berada, penggunaan pisau di waktu yang salah, tempat yang salah, boleh mengakibatkan kita terlibat dengan jenayah. Untuk itu, penting juga bagi kita untuk mengetahui undang-undang berkaitan senjata berbahaya ni. Sebagai Rakyat Malaysia, kita perlu tahu definisi senjata berbahaya
So, just be aware dengan keselamatan sendiri dan orang di sekeliling kita. 
walaupun nampak cantik, tetap berbahaya. :D 

Friday, January 4, 2013

DAN AKU TERUS MELANGKAH

setapak, demi setapak
aku cuba melangkah
ayunan kaki tidak pernah berhenti
walau seketika ia hampir goyah
kucuba menapakkan juga kaki ini
walau hampir rebah menyembah bumi
aku cuba bertahan
bersabarlah
kerana perjalan itu tidak jauh pun lagi
katamu ingin melihat terbitnya sinar mentari
jadi, jangan mengalah
walau hakikatnya perjalanan itu masih jauh untuk diterokai
hati kecil tidak betah membiarkan tubuhku mengalah
aku harus sampai ke destinasi
perjalanan ini harus kuredah

sedang aku melangkah
dalam penuh keyakinan dan kesungguhan
aku terlupa melihat ke bawah
tersadung kakiku rebah
amat menyakitkan
janganlah aku terus jatuh tersembah di sini
semangatku takkan pernah patah
kerana aku tahu destinasi tujuanku 
tempat yang teramat indah
kulihat di sekeliling,
cuba mencapai dahan-dahan pokok yang patah
cuba memapah untuk aku terus melangkah

kehausan, penat  dan lelah
wahai hati, kemana semangatmu yang selama ini bermegah
takkan pernah menjilat air liur yang diludah
baru sedikit dah termengah
monolog diri seketika cuba mencari helah
agar kaki dapat terus melangkah
memaksa diri bertahan dari rebah
dan penghujung perjalan ini masih belum terlihat
bisikan halus menggoda untuk berhenti
jangan lagi melangkah
sudahlah , cukuplah, mengalah saja di sini
apa mungkin aku masih sempat melihat terbitnya mentari
sedang perjalananku sudah terlalu larut
bicara hati,
tidak mengapa, teruskan berjalan, 
selagi waktu terus berlalu,
masa terus berdetik
esok kan masih ada
masih kan berkesempatan menikamti hari-hari yang indah

INILAH ^ HIDUP ^

Alhamdulillah, masuk tahun ni, macam2 perkara yang dah berlaku dlm hidup aku. Korang macam mana? hope tahun2 lepas dapat memberi banyak pengajaran buat kita untuk perbaiki diri selepas ni. 
Hari ni aku xtau nk coretkan apa di sini. cuma terasa rindu di ruangan kosong ni. 

Aku pasti hari ni macam2 perkara yang berlaku dalam hidup kita, ada yang gembira dan ada yang berduka. Cuma walau apa pun yang hadir dalam hidup kita, yakinlah pasti itu adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin apa yang kita dapat tak seindah yang kita harapkan, tapi pasti itulah yang lebih baik buat kita pada ketika itu. Mungkin apa yg kita betul-betul kehendakkan itu boleh mendatangkan mudarat kepada kita, orang sekeliling kita, atau agama kita. Maka sebab itu Allah jauhkan apa yang kita hasratkan tu. Dan pasti apa yang Allah beri tu adalah yang terbaik untuk diri kita, agama kita dan orang di sekeliling kita. 

Hidup tak selalu Indah, ada pasang surutnya. Ada ketika kita kuat dan gah di mata manusia, ada ketika kita lemah dan dan terasa seperti insan yang paling hina. Jangan lah terasa hina kerana manusia, kerana manusia tu sama saja, tiada seorang pun yang layak untuk menghina seseorang manusia, dan jangan lah kita memuji seseorang tu terlalu berlebih-lebihan, kerana dia juga seorang manusia yang punya kelemahan dan pernah melakukan kesilapan, dan manusia itu tiada yang bersifat sempurna, walau seorang pun. sebaik-baiknya, dalam mencari teman dalm kehidupan, perhatikan lah dari sudut akhlak, dan bersahabatlah kerana Allah, dan niatkan lah supaya ia menjadi yang terbaik untuk agama kita. 

Walaupun sebenarnya sukar untuk menerima sesuatu yang bukan kita idamkan, terutamanya sesuatu yang paling kita nk elakkan, tapi, belajarlah menerimanya, kerana kita takkan tahu kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara apabila kita tidak mendalaminya terlebih dahulu. untuk terus menolak sesuatu tanpa sebab yang kukuh dan alasan yang hanya berlandaskan kata-kata dan pengalaman orang lain, tidak semestinya sama dengan apa yang mungkin kita akan rasa. Setiap orang punya citarasa dan pendapat yang berbeza. Namun, pendapat orang lain juga sepatutnya dipertimbangkan, cuma jangan diambil bulat2. 

Yang penting, kita sebagai manusia, terutamanya yang beragama Islam, janganlah sekadar beragama pada keturunan dan kad pengenalan, laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai seorang yang beragama Islam, menjadi insan yang beriman dengan sepenuh jiwa dan raga kita. Beriman melalui kata-kata, anggota, dan perbuatan. InSyaAllah, setiap apa yang kita hendak lakukan dalam kehidupan kita, akan diberi petunjuk dari Allah. Semoga kita sentiasa merasakan kehadiran Allah di hati kita. :)

Selamat subuh semua. maaf andai entri kali ni agak cincai. Cuma tidak tahu bagaimana harus meluahkan apa yang dirasa ketika ini.

Thursday, January 3, 2013

aku, kau dan dia (istimewa buat kau dan dia)

aku, kau, dan dia
kita bersama melangkah di bumi yang nyata
bersama menapak cuba mencipta nama
bukan pada dunia
bukan kerana harta dan pangkat
nama untuk seseorang yang teristimewa
yang bila disebut mengundang rindu
bila diingat mengimbas kenangan indah
bila tiada amat terasa kehilangan
bila di depan mata, dihargai sepenuh jiwa

aku, kau, dan dia
kita bersama di saat berduka
bila airmata menjadi peneman malam gelita
kita bersama berkongsi cerita lara
merawat hati yang derita
walau aku, kau, dan dia
punya latar belakang yang berbeza

di pagi hari,
aku, kau dan dia terjaga dengan riak wajah yang ceria
cuba mencipta hari yang lebih bermakna buat kita
dengan gembiranya kita duduk bersama
mula membuka cerita
sambil menikmati kedondong masam
tanpa menghiraukan mata lain yang memandang
itulah dunia kita buat seketika

aku, kau, dan dia,
kini haluan kita berbeza
bertahun kita tidak bersua
tika sendirian teringat kenangan bersama
terasa bahagia sebuah persahabatan
walau aku, kau dan dia tidak sempurna
tapi persahabatan kita kerana DIA
kau bela aku, aku bela dia, dan dia bela kau
melengkapi sesama kita
itulah KITA

to my dearest sisters.. Along n Adeq

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan