Monday, December 31, 2012

Syair Mengulik bahagian 1


Assalamualaikum, beberapa hari lepas, aku ada belek2 laman web perputakaan Negara dan Berjaya memuat turun syair2 lama, yang ditulis dalam jawi. Aku sangat suka bahasa2 melayu lama ni. Bukan sebab apa, sebab bahasa yang digunakan sangat indah. Antara syair yang aku suka baca ialah syair Siti Zubaidah. Penceritaan zaman perang yang boleh digambarkan dengan jelas suasana ketika peperangan tersebut.  Tapi aku x dapat baca smpai habis lagi, sebab buku tak boleh nk pinjam la.
 Selain syair, ada juga aku memuat turun beberapa kisah hikayat. Korang pernah baca kisah2 hikayat? Hikayat ni sebenarnya sebuah penceritaan tentang sesuatu zaman yang berkait dengan seseorang. Kalau korang nk tau banyak pasal hikayat, boleh la try tny kat MR.G. banyak boleh dapat contoh2 hikayat. Perpustakaan kt UIAM pun ada banyak buku2 hikayat dan syair2 ni.  Bahasa-bahasa lama ni betul2 menggambarkan kesenian melayu, dan antara cara terbaik dalam meluahkan emosi  (dalam bentuk kiasan). Kata2 yang lembut dan indah tetapi punya maksud yang tepat.
Hari ni aku cuba “translate” kan sebuah syair. Nama syair ni, Syair Mengulik. Harap korang sudi la hayati kisah yang disampaikan dalam syair ni.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillah hamba ni kata
Pujikan Allah Muhammad serta
Pujilah kita puji serta     
Selawatkan Nabi, Anbiya’ serta
Memujilah kita Tuhan yang Rahman
Kisah Cerita nabi akhir zaman
Dengan kurnia Tuhan firman 
Lalu disuruh meninggalkan zaman

صلاةالله على المختار                                   
                             حبيب الله سيدالبشر
الله الله الله القهار   
                        الله الله الله الجبار
Nabi Muhammad awal dan akhir     
Dijadikan Allah ialah Zahir
Diperanakkan ibu nabi yang Tohir   
Sempurnalah ibu sampai takdir

الله الله الله ربنا   
                                                         الله الله الله حسبنا
Ya Rabbi Ya Maulana                    
Dengan kurnia Ma’rifah sebenar
Dengan Kurnia Ma’rifah sebenar
Iman Islam ugama sebenar

Syukurlah kita kepadaNya Allah
Dapatlah Rahmat hari yang sudah
Dengan sedikit amal yang susah    
Mengucap tasbih keranaNya Allah
Sembahyang dan puasa jangan ditinggal
Kerana Fardhu Tuhan yang Tunggal
Mengambil fikir serta bertawakkal     
Di dalam akhirat tempat yang kekal

Nur Muhammad suatu dijadi      
Daripada Allah Ia Tajalli 
Nur Muhammad turun ke ‘Ibadillah
Perempuan yang banyak susah gelabah 
Cahaya berseri sangatlah Cerah   
Hendaklah sangat Fatimah bermegah

      هوالاول هوالاخر      
والباطن هوالظاهر
Nur Muhammad awal sesuatu
Ialah akhir bilangan tertentu
Pada tatkala dizahirkan dia   
Dengan Kudrat maha Mulia
Daripadanya Arab Bangsa Quraish  
Ialah bangsa sangat terpilih

Nabi Muhammad Allah Kekasih
Didalam Al-quran sudah ditawajjih
Keluarlah nabi akhiruzzaman
Maka Aminah sangatlah hairan
Sedikit tak rasa sakit di pinggang
nabinya Allah keluarlah pulang
Mata tercelik kening terandang  
Pusat dah potong kulup terkhatan

Syukurlah Aminah kepadaNya Allah
Hamparan dan kain tiadalah basah
Dengan kurnia Tuhan yang Murah
Dapatlah anak pertolongan Allah
Nabi Muhammad anak Abdullah
Bondanya Nabi Aminah Allah
Abdul Mutalib nenek Nabi Allah
Moyangnya Bani Hashim Billah

Nabi Muhammad Diperanak di Mekah
Cahayanya terang segenap diarah
Sekalian Malaikat nanti Menyambut
Jasad mulia warnanya lembut
صلاةالله وسلام 
على النبي وحبيبه    
Hari Isnin Nabi Allah keluar
Dua Belas Haribulan Rabi’ul Awal

الله الله الله ربي                                               
Dengan penolong manfaatkan kami
الله الله الله شهاداتي                 
Dengan kurnia taufiqkan kami
لله الله الله الملك   
Dengan kekasih diberikan kami
الله الله الله الجليل
Dengan kemuliaan sempurlah kami

Kisahlah hamba satu cerita
Nabi Muhammad pulanglah bonda
Nabi Muhammad Alim pendeta
Sangatlah rindu di dalam dada
Asyik Muhammad peninggalan bonda
Seorang tiada jin manusia

Takdirkan Allah Tuhan Yang Kaya
Mukjizat Nabi sudahnya ada
Asyik Muhammad Tuhan yang Jali
Belas dan rayu seorang diri
Sekalian Malaikat Tasbih Tahlili
Nurnya berseri berseri

Nabi Muhammad bangsa kemuliaan
Wajib beriman sekalian ikhwan
Wajib beriman saudara sekalian
Nabi Muhammad Akhiruzzaman
Nabi Muhammad Akhir Anbiya'
Takdirkan Allah dapat bahagia
Hendaklah bersyukur sekalian kita
Kepadanya Allah Tuhan Yang Kaya

Berjalanlah nenek orang yang tua
Mencari perempuan menggantikan bonda
Abdul Mutolib orang yang tua
Susahlah hati tiada terdaya
Nasib hamba untung takdir
Dapat cucu air mata mengalir

Abdul Mutolib hati terfikir
Entah kesiapa kasih dan berakhir
Abdul Mutolib keluar berjalan
Mencarikan siapa ada kasihan
Berjalanlah dia jakahnya jarang
Hatinya runsing serta membimbang
Tuhut Limbak kaki berjalan
Haraplah kami serta berserah

Ya Ilahi Tuhan Yang Mudah
Dimanalah dapat takdirkan Allah
Hendak menyusu cucuni hamba
Seorang diri tinggalkan dia
Menanyalah khabar sekalian berjumpa
Mana yang hendak menjawabkan kata
Sekalian mendengar talu bertalu
Belas dihati serta merayu
Asyikkan diri Muhammad itu
Seorang pun tiada serta di situ



INSYAALLAH NNTI AKAN SEGERA DI'UPDATE'KAN.. 

Friday, December 28, 2012

MY 2012..hurmm

Tahun 2012 dah nak berlalu meninggalkan kita, banyak lagi perkara yang perlu aku perbaiki, waaa, rasa nak patah balik ke belakang dan buat semula keputusan. huhu... Haih, sedih betul bila dikenangkan balik, keputusan-keputusan yang telah aku buat. Tapi tak, apa yang berlaku tu satu pengajaran untuk diri sendiri, supaya di masa akan datang akan lebih teliti dalam menilai sesuatu.
Tahun ni juga tahun yang paling aku rasa tak bersemangat nak study.. Seriously, almost give sebenarnya, cuma bertahan. When study in university is just a trend, and to gain certificate/degree, i have no passion at all.. sebab apa yg dipelajari bukanlah masuk ke dalam hati. So, tahun ni lebih kepada tahun aku excited untuk kerja2 part time je. :(

Tahun ni juga tahun aku paling bnyk pergi kenduri kawen, dan dalam sejarah aku Berewang sampai ke johor. (yang pasti pakcik aku demam sebab terkejut dgr aku rewang ke johor) haha.. ramai betul kawan2 aku get married tahun ni, dan ada yg dah deliver baby pun. Tahniah buat kawan2 yanng dah selamat mendirikan rumah tangga. Semoga dirahmati Allah selalu, dilapangkan pintu rezeki, dan diberi ank2 yang soleh dan solehah. 

sebab ramai sgt kawan2 yang kawen thun ni, so buat pembaca yang belum sampai seru lagi, jom kita layan video nasyid rabbani ni.. moga boleh jadi panduan untuk mencari pasangan. Dan buat yang bakal mendirikan rumah tangga, moga dipermudahkan segala urusan. Dahulukan mana yang wajib, adat2 melayu tu boleh dipertimbangkan. :D




Oleh kerana hari ni berhujan, aku pun dah 3hari demam, first paper pun selesai, 
maka masa tuk mkn ubt, n get sleep..

** nak tgk ceklist tuk masuk tahun baru jap**

Thursday, December 27, 2012

Bank Islam ohhh Bank Islam

seharian stress bila suddenly aku tak boleh nk log in BIMB online.... actually xde la stress mana sangat pun, tp geram la, sebab tiba2 je asik keluar notis "invalid login". apa kes?? padahal pagi smlm elok je aku login, tengahari dah xboleh. So aku keep try la kot2 pas 2-3 jam boleh log in. dalm pukul 5lbh, xleh juga. Nak kol, dah habis office our, bank islam concact centre ni ikut office hour. then aku email je la prob aku kt contact centre bank islam. after few minutes, dpt reply, lega jap rasa, tapi tu blum buka lagi. bila dah buka.. humanghaih..... aku kena tgu 3 hari untuk dapat respond daripada pihak BIMB. menggeleng kepala je la jawabnya.
last2, pagi2 lagi hari ni, aku pun decide tuk kol BIMB. aku paling tak suka nk kol Contact centre BIMB ni, sebab pengalaman aku previously memang sadis. lebih 10 kali kol, asik dapat "Maaft, Pegawai Kami Sedang Sibuk".. and this morning  pun, after three times call, baru lah blh ckp ngan operator, tu pun kna tgu beberapa kali dia mainkan iklan/ promosi dia.
Aku just pelik. Sebagai bank yang cuba membawa konsep islamik, kenapa bank islam ni tak berapa "customer effective". kalau nak dibandingkan dengan bank2 konvensional lain, much better aku rasa.
Then bila da dpt ckp ngan operator, nasib baik la operatornya bersuara lembut dan sopan, sejuk sikit hati. so lepas menjawa beberapa soalan bagi langkah2 keselamatan, akhirnya dia pun reactivate balik akaun BIMB online aku, just have to wait 10 minutes. So, kalau prob dengan BIMB sila la contact call centre je trus ok.. dan bersabar.

**pengajarannya, kena banyak bersabar dalam berurusan ye** (^_^)

Wednesday, December 26, 2012

My Sister is married now...

Akhirnya dapat juga aku update pasal majlis perkahwinan adik aku yang berlangsung pada 8disember hari tu. ari tu nak update, tapi memandang aku tergesa2 balik kl, xdpt nk ambil gambar2 majlis.. sob..sob..
malam sebelum majlis, Abah buat majlis cukur jambul untuk Danish (my third sweetheart), sebab time kakaknya dulu xdpt gara2 lembu mengamuk, dan pisau bertukar dengan senapang.
Majlis ni kecil-kecilan je, dan hanya saudara mara je yang dijemput, ada juga sahabat2 adik aku yang datang, dan majlis berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah. Majlis selesai, dan bertambah lagi seorang ahli keluarga aku. Aku happy sebab time majlis ni dapat jumpa saudara mara yang jarang sekali dapat jumpa. yang paling happy, sebab time ni semua adik beradik aku dapat berkumpul, tak macam hari raya, susah nk skali dengan abg n kakak kerana masing2 penjawat awam beruniform. Time ni la baru dapat kenal mana yang dah lama xjumpa dan lupa. Sewaktu akad nikah, aku xbrada di majlis tersebut kerana perlu menjaga khemah bagi tamu yang datang awal, maklumlah duduk di rumah berlapis-lapis ni, kadang-kadang orang susah sikit nk cari rumahnya, kerana rumah di atas, khemah di bawah kan... (^_^)

dapat juga tgk mak abah bersanding kan...



Danish lena lepas didodoikan aku sampai xsedar kena cukur ye..

My dearest sweetheart
Semoga adik aku menjadi isteri yang solehah dan mentaati suami. Rumah tangga bukanlah satu subjek ye, tapi satu proses pembelajar dalam kehidupan.
Selamat pengantin baru to:
                                     
                                                       Sharifah Nurul Husna dan Firdaus

Alhamdulillah, selamat sudah 3 orang ank mak ni mendirikan rumah tangga, tinggal kami bertiga je la lagi. So, who will be the next????

**tahun depan boleh dapat anak buah lagi.. yoohoooooo***

Tuesday, December 25, 2012

BLOGGING

Akhir-akhir ni, ketara sangat aku sibuk berblogging dan FB.. Macam2 nak belajar. Hoho, gara2 nak promote kan Al-quran digital yang aku jual. Tapi takpe, banyak belajar, banyak dapat ilmu. yang menjadi masalahnya, bila buat benda2 ni semua, study aku lak mcm diringan-ringan kan.... ADEH!!!!
So, now kena la pndai2 diri sendiri kan buat mana yang patut dulu.
Now aku nk update blog ni puas2 dlu, sbb nnti aku jarang da nk dpt update blog ni, ntah brapa lama pulak akan diperkasamkan. Sebab kt rumah dah menanti projek ikan perkasam.. :D
harap korang x bosan baca blog aku ni. walaupun  blog aku ni bukan lah blog yang ilmiah, dan lebih kepada luahan perasaan semasa.. InSyaAllah lepas aku akan cuba perbaiki isi2 penulisan dalam blog ni, harap korang dapat lah memberi teguran mana yang patut.
Blogging ni, ada positif dan negatif nya. negatifnya, kita mungkin tak tahu penulisan kita ada menyentuh sensitiviti seseorang.. ataupun blogging sampai tak ambil peduli langsung dengan masalah dalam keluarga, dan macam2 la. tapi yang ketaranya, bila kita berblogging, kita dapat menyuarakan apa yang kita rasa, tak kisah lah sama ada secara general atau pun spesifik, dan semakin lama, kita belajar menulis dengan lebih baik. dalam kita menulis, pasti ada yang sama minat dengan kita pun sedang membacanya, dan dapat berkongsi ilmu pengetahuan, pengalamana dan macam2 lagi. huhu...



Blogging pun dapat membantu seseorang mencipta keyakinan diri secara pasif. errmmmm...
maksud aku pasif di sini ialah secara dalam diam, apabila setiap penulisan yang dikongsi dan dikomen, dapat membuka ruang untuk blogger tersebut perbaiki kelemahan yang ada pada dirinya. Lagipun, blogging tak de nk keluar modal banyak pun, cuma idea, ilmu, computer/androind and whatsoever yang seangkatan, dan internet. :D

OK lah, mau sambung buat assignment.. theeehehehe...
**time tengah diet ni la mulut teringin nk makan cake choclate moist*** 

CORAT-CORET PLKN

Malam ni susah betul rasa nk pejamkan mata ni... so alang-alang aku takleh nak tido, aku pun apa lagi, tulis blog jela.. huhu... tengah-tengah malam ni, teringat kawan-kawan sekumpulan time PLKN dlu. banyak kenangan bersama diorang, alhamdulillah masih lagi berhubung dengan kawan-kawan PLKN dan update dengan diorang. Ada yang dah selamat mendirikan rumah tangga, ada yang dah selamat berkerjaya, dan ada yang masih lagi menuntut di menara gading. 
Sebelum ada nya kewujudan FB ni, terasa sukar betul untuk berhubung dengan kawa-kawan, bukan apa, waktu tu, aku masih lagi tiada kemudahan internet di rumah, dan hanya buku-buku biodata yang diisi oleh kawan-kawan je menjadi kenangan, serta beberapa warkah dari sahabat2. Terasa keindahan di zaman tu. 
Aku menyertai PLKN di Benum Hill Resort, Ulu Gali, Raub, Pahang. Kedudukan kem tersebut yang jauh di atas bukit, memang membuatkan kami terputus hubungan dengan orang luar, hanya ada public fon untuk berhubung dengan kaum keluarga. Even Handphone pun kena serahkan kepada pihak pentadbiran kem, dan hanya akan dipulangkan seminggu sekali (kalau tak silap). Agak ketat juga peraturan di situ, tapi bila di"compare"kan dengan kawan-kawan yang menyertai PLKN di kem lain, Kem aku dimasukkan ni sgt la longgar. Spot Chek pun xde la sekerap di Kem-kem lain, makanan lgai la.. ramai kawan2 yang bertambah berat badan, sebab makananya sedap dan makcik kantin tu pun tak kedekut. ngeee...... kalau time melawat, ada keluarga yang sampai siap bawa periuk berisi makanan, mmg sgt heaven la, sebab ada yg anak tokey kedai nasi kandar, ada ank tokei kedai makan berlauk, dan aku pun parent aku pun pernah bawa murtabak yang banyak untuk diagihkan kepada kawan2... Time PLKN, Waktu plg seronok adalah hari melawat la.. sebab time company-company yang bertugas ni SYOK dapat guna walkie-talkie.. hoho... dan bz ala2 security guard... plg syok kalau kna jaga kat kantin.. sebab smbil bertugas, diorg boleh membedal food kat kantin smbil bersembang dengan jurulatih2. Dan time kitorang ni, TTS (tempur tanpa senjata) telah bertukar menjadi (tidur tanpa sedar) sebab seingat aku hanya beberapa kali aje TTS ni dlaksanakan... waktu riadhah juga sgt rilex.. 
antara pengalaman yang tak dapat aku lupakan, ialah baca ikrar di perhimpunan pagi. Ntah kenapa, sepatutnya hari tu dah ada yang baca ikrar, tiba2 xde sapa nk keluar dari company Bravo, so, aku pun keluar je la. Baca depan semua pelatih plak tu, betul2 mengadap Kem Komanden yang mukanya garang, mau x nerbes aku. Baca dengan penuh confident, sampai rukun negara keempat dan kelima kubaca terbalik. dengan muka selamba aku hbiskan je rukun negara tu, dan cepat2 masuk barisan. Lagi 1 Pengalaman yang aku tak dapat lupakan time di PLKN ialah Flying Fox.. mmg history betul dlm hidup aku... dengan merentas tali sejauh 200meter, yang dibawahnya ada tasik buatan.. memag layan... for the first salam hidup aku, aku buat bnda macam tu, dan keadaan fizikalku langsung tidak menghalang... cuma.. hanya aku sorang je yang merasa pengalaman "water ski". Tak dapat aku lupakan keseronokan waktu tu. Habis lenjun pakaian aku, nasib baik boot aku diikat kemas, kalau x mau tertanggal dalam tasik... :) cuma, aku tak sempat sesi abseiling sebab time diorg buat bnda tu, aku dah last day.. mak aku insist suh balik awal.... nasib baik dapat juga sijil PLKN. 


after few years, kalau x silap aku, dalam tahun 2009, baru la aku dapat join kawan2 ni reunion. tu pun, dah reunion kali ke-2 atau ke-3. ketinggalan zaman betul aku. Lagi memudahkan aku untuk berjumpa dengan diorg sebab aku dah study kt UIA gombak, access pun mudah. time tu la baru nk kenal2 balik kawan2 yang dulunya hampir botak, bila dah tumbuh rambut, lain sungguh rupanya, dan kawan2 perempuan yang dulunya kulit hangus2, masing2 dah cerah macam makan collagen kau, yang kurus pun da gemuk, yg gemuk pun ada yg kurus, mmg susah betul nk cam. mula2 reunion, aku memang malu2 juga la... sebab ramai juga yang aku tak knal, nak2 aku ni tidak seaktif mereka di kem. firts Reunion yang aku pergi adalah di Midvalley kalau x silap aku,, Di burger king. Ramai juga kawan2 yang datang. 

For the second Reunion yang aku join pun di Midvalley.. lepak kat Kenny Rogers. Rezeki ada orang belanja. (^_^)

ada member dtg dr jhr lg.

member yang sentiasa menggamatkan suasana
then aku pun buka group di fb untuk ex pelatih plkn bhr 2006 ni... alhamdulillah.. ramai yang berhubung dari situ. Status kawan2 pun bnyk yg diupdatekan dari situ. then reunion kat KLCC pulak. time nikitorg sempat g jumpa kawan yang sedang bertugas sebagai polis pelancong, sebab nk lepas rindu punya hal... :) thanks to Shah sebab slalu make things happen... just xde gambar nk post kt gara2 xsempat save kt FB dan laptop bertukar tgn. Sebab layan reunion, kitorg yang duduk dekat2 area wangsa maju, keramat ni pun buat la reunion kat wangsa maju. banyk betul reunion, tapi time reunion ni la kami melepaskan stress2 kami, sambil bertanyakan khabar kawan2 lain. ada juga kami berbincang untuk bercuti bersama2, tapi hajat belum tercapai lagi. 

ni gambar2 kt NZ Curry House... Wangsa Maju

Oleh kerana asyik makan je setiap kali perjumpaan, kitorg pun buat la ala2 picnic gitteww... lokasi di PD.. tapi hanya 8 orang je yang pergi. walaupun hanya 8 org je, still enjoy. main banan bot, kayak, mandi laut.. bila la leh picnic lagi...then kitorang g kenduri kawen kawan2, majlis berbuka puasa bersama, dan melawat ayah salah seorang sahabat yang dimasukkan ke wad di HKL.
wedding Noa

Di HKL

Wedding Shah *my twin
wedding Fariza

Ifthar


masing2 kenyang pas berbuka..
picnic di PD

Ni lah kenangan2 aku dengan kawan2 PLKN. Ada yang dah lama giler xjumpa. Lpas habis kem, langsung xjumpa2 dah, n ada yang langsung lost contact. Hope one day dapat berjumpa balik dgn kawan2 PLKN semua, INSYAALLAH. Walaupun setakat ni kebanyakannya muka yang sama je, tapi bukan bererti yang lain xnk join, cuma ada komitmen lain. Yang paling cool bila bab reunion adalah Shah, dia mmg excited, and cool, sampai sanggup p jhr ambil kawan untuk dtg reunion. now dia dah kawen, so pndai2 la. Thanks to Daniel a.k.a ucu, and nisah a.k. misya,  sebab slalu support transport tuk aku. Al-maklum xde lesen memandu lagi. :)
K la, mau tido sudah.. dah awal pagi dah ni.. 


KasihMu disebalik khayalan

angin malam berhembus lembut
meniup setiap permukaan yang menhalang laluannya
terasa ketenangan dan kedamaian
sambil diulit kedinginan malam yang permai
syukur Ya Allah,
nikmat Mu ini terlalu berharga
sehingga mampu meneduhkan hati yang keras
memberi ketenangan kepada jiwa yang kecamuk
memberi ilham pada sang pujangga
dan membawa pergi air mata duka sepintas lalu

Di saat-saat sebegini
tatkala menghirup udara yang nyaman
terbayang keindahan yang tak pernah terlintas
dan aku terus menapak ke hadapan
dalam asyik khayalan
rasa bahagia menerpa dan aku terkesima
Oh Tuhan, izinkan aku di ruangan indah ini untuk beberapa ketika
menikmati indahnya sebuah harapan

Dengan sepenuh kasihMu,
Aku terjaga
Khayalan yang seketika kurasakan seperti kenyataan
dan di kala itu,
jiwaku tersentuh akan kebesaranMu Tuhan
bagaikan diasak satu perasaan
keigninanku memuncak
ingin mencapai satu destinasi kejayaan

Tuhan,
Disaat ku hampir tersungkur dipintu gerbang ini,
Kau lenakan aku dengan anganan dan khayalan
Untuk melihat indahnya sebuah kejayaan
agar aku mengerti berharganya sebuah pengorbanan


Monday, December 24, 2012

Banjir

Sekarang ni memang musim hujan atau hujan dah tak bermusim lagi? mana satu pun aku dah tak tahu, sebab hujan kat Malaysia ni xpernah nk menentu dah. Kalau dulu boleh la nak dikatakan setiap hujung tahun adalah musim tengkujuh, tapi sekarang ni, dari pertengahan dah asyik hujan, mungkin kah musimg tengkujuh telah diawalkan???
Antara kawasan-kawasan yang kerap banjir semestinya kelantan, terangganu dan pahang. Kalau di pahang, Biasanya di kuantan dan temerloh, pernah dulu sewaktu masih menginap di kuarters kerajaan, rumah kami ibarat di tgh2 pulau, sebab terletak di atas bukit, tapi dekat jarak dengan sungai pahang kurang lebih dalam 500meter je.. kalau di Kuantan jarang sekali berlaku banjir di kawasan bandar, kebiasannya di kawasan Sungai Isap yang kerap berlaku banjir. tapi kali ni memang teruk betul banjir, sehinggakan kawasan rumah di Indera Mahkota 8 yang tterletak di bandar dan kawasan bertanah tinggi pun banjir...
dah 2mgu tak balik kuantan, dan sebulan lebih tak balik temerloh... So banyak benda juga yang tak tau apa berlaku di kampung halaman... macam mana la projek ikan ayah aku di temerloh tu agaknya.. harap2 semua baik2 aje...
Harap-harap di musim banjir, ibu bapa dapatlah mengawasi anak-anak2 mereka supaya tidak bermain dengan air banjir ni... Nampak je menyeronokkan, tapi sekali hanyut, belum tentu dijumpai semula. 
dan beberapa keping gambar yang aku dapat drpd FB diupload oleh seorang hamba Allah ni. Berdasarkan gambar2 yang diupload, memang teruk juga, xpernah2 aku tengok kuantan banjir sebegini. Di Im8 pun teruk. And i am so scared if somwthing happen to my family.. Ya Allah, kerisauan melanda. 







101 Facts About the Human Body, by Radhika Venkata

101 Facts About the Human Body, by Radhika Venkata

How to Master Successfully Any Language of the World, by Dmitry Slomov

How to Master Successfully Any Language of the World, by Dmitry Slomov

Sunday, December 23, 2012

OMELAN AKU BILA CAFE DITUTUP

Hari ni sedang asyik melayan facebook, terbaca post oleh student Mahallah Safiyyah (kolej kediaman), cafe mahallah telah diarahkan tutup untuk 2minggu oleh Kementerian Kesihatan. Oh man, time2 nk exam mcm ni, boleh pulak kna tutup cafe kan!!! Dah la ni satu2 nya mahallah perempuan yang dikelilingi mahallah lelaki, dalam erti kata lain, kami tiada pilihan untuk membeli makanan melainkan pergi ke center UIA sendiri, which walaupun tak jauh, still costing quite some time for students yang especially mmg kaki study kat study room mahallah je. 

Oleh kerana malam ni berkuat kuasanya penutupan cafe, maka aku pun pergi la ke gerai yong tau fu untuk membeli stok sayur kangkung n fishball untuk masak mlm ni, dan dalam pada tu, sempat juga aku bersembang santai dengan pakcik peniaga tu. Kurangnya penjagaan kebersihan oleh tender kantin utama di mahallah cafe telah menyebabkan para peniaga di gerai sampingan ni hilang punca rezeki untuk 2minggu. cafe pun hari ni nampak lengang je. 
Sepatutnya pihak tender mengambil serius terhadap komplen dan teguran yang telah dibuat terhadapt mereka, tak kisah la sama ada teguran dari pihak pelajar atau pun dari pihak universiti, namun selepas teguran, diperhatikan sikap mak cik cashier yang semakin menjadi-jadi menaikkan harga makanan dan bekeng, suka betul mengomel dan menjerit dalam cafe tu bila memanggil pekerja lain. layaknya seperti seorang bos pulak. Pernah juga kawan mengadu bila cuba di 'kenen' oleh makcik tu dengan pekerja di situ, sedangkan telah dimaklumkan bahawa kawan aku tu sudah pun bertunang, dan memperlekehkan pula dengan menyatakan pertunangan tu apa lah sangat, sedangkan yang sudah berkahwin pun bercerai berai. Bila ditegur untuk menutup makanan, teguran tu sekadar dipandang sinis dan dijawab dengan perkataan "biarlah". Akibatnya, makanan dikerumuni lalat. Apabila di bulan puasa, makanan yang basi pun dibiarkan sahaja di meja hidangan lauk. 

Akhirnya, bila diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan, mula lah mereka nak tarik muka dan mengomel student ni kuatr komen itu ini, menyusahkan dia la. Pada aku, pihak korang yang bermasalah, dan mengabaikan tanggungjawab korang sebagai pemegang tender kantin yang telah menyusahkan pelbagai pihak, sepatutnya ditamatkan terus tender korang, sebab korang ni memang tak layak... ditegur xmau terima, diberi amaran buat don't know je..

Nasib baik ada rice cooker ni. Illegal pun illegal la. yg penting dapat masak apa yg boleh je. Nasi goreng pun jadi. :) 

Saturday, December 22, 2012

THE DIARY OF ME N BELOVED SISTER..

Alhamdulillah hari ni masih bernyawa. Bersyukur selagi masih diberi nikmat iman dan hidup, kerana itulah tanda betapa Allah menyayangi kita. 
Malam ni aku tak tahu kenapa, terasa sedih dan sayu sangat. Bersembang dengan Kakak tercinta sangat menyeronokkan. Ya! menyeronokkan kerana zaman kecil2 dulu tak dapat nak rasa berbual seronok dengan kakak bila kakak masuk asrama, dan aku sibuk dengan aktiviti koko, dan bila kakak masuk universiti, aku dihantar bersekolah jauh ke kajang dari temerloh, dan bila kakak dah dewasa, mendirikan rumah tangga, aku menjengah alam universiti. betapa sedikit ruang untuk kami meluangkan masa bersama.
Hari ni, aku dapat berbual mesra dengan kakak, tapi esok lusa, mungkin kah masih berkesempatan untuk mengecap nikmat yang rasa pada ketika ini? 
Sebenarnya, hari ni cuma berbicara pasal mimpi, tapi sayang mimpi yang menyakitkan definisinya. yang membuatkan aku terasa senak di dada sehingga saat ini, dan terasa takut untuk memejam mata. Ingin sekali berdamping selalu dengan kakak. Biasanya, kakak bermimpi pasti bawa petanda. dan aku takut akan ertinya. Dan bila kakak bermimpi, dalam waktu yang aku melakukan sesuatu perubahan atau perbuatan yang berlainan, gerak hatiku jarang bersimpang dengan kebenaran yang bakal berlaku. teringat suatu ketika bila kakak bermimpi sesuatu, dan gerak hatiku ketika melalui satu kawasan yang didiami saudaraku, gerak hati ingin menziarahi saudara tersebut, namun tidak kesampaian. rupa-rupanya, diwaktu aku melalui kawasan tersebut, saudaraku kembali ke rahmatullah.
Kali ni, entah apa mimpi kakak. Dan jantung aku berdegup kencang. Otakku teringat kenangan dengan kakak. Teringat sewaktu kecil , betapa aku hebat dirotan ayah kerana jatuh dalam paya untuk mengambil botol air kakak. dan sejak itu, aku selalu rasa marah dengan kakak, kerana kakak tidak dirotan, tetapi aku yang jatuh paya, terkapai sendirian cuba menyelamatkan diri, walaupun aku tahu kakak sebenarnya pergi memanggil ayah. betapa aku takut bermain dalam air, takut akan lemas. Kakak juga lah yang selalu membawa aku ke kedai runcit yang jaraknya 500meter dari rumah, untuk membeli mainan anak patung kertas (yang boleh bertukar2 baju), buku warna, dan betapa gembiranya aku di saat tu. Betapa kakak bercerita mengenai cinta pertama dia pada aku, macam2 sebenarnya kenangan dengan kakak, cuma jarang berlaku. 

Aku harap, kakak dan rumah tangga kakak baik2 selalu. dan aku takut kehilangan kakak. kalau kakak yang ingin diapa-apakan, gantikan aku di tempat kakak, kerana kakak lebih diperlukan, dan aku terlalu menyayangi kakak. 

Friday, December 21, 2012

Pengalaman Seorang Diplomat , Dari Malaysia ke Pakistan.


InSyaAllah, hari ni Nadhrah Cuma promote sebuah buku yang ditulis oleh arwah sahabat baik kepada trainer pantun Nadhrah. Nadhrah belum baca habis lagi buku ni, tetapi Nadhrah dah baca sedikit intro dari buku tersebut. Penulisannya memang menarik, dan penceritaannya adalah berkisarkan pengalaman arwah sendiri ketika berkhidmat di Pakistan. Nadhrah sendiri akan cari buku ini, sebab ia betul-betul menyentuh hati Nadhrah walaupun hanya membaca di ruang pengenalan sahaja. InSyaAllah, semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan penulisan dan pembacaan. Yang baik tu, harus diuar-uarkan, pasti ada lebih banyak kebaikan yang mendatang, InSyaAllah.

Kat sini Nadhrah link kan sekali blog arwah. Semoga Setiap amalan kebaikan yang kita lakukan, dapat disambungkan kepada hamba yang lain, dan mendapat manfaat yang berterusan. J  Diari Seorang Diplomat, Hikmah yang Tersirat
Terima kasih kepada trainer saya,  http://alangtengahbirukundang.wordpress.com/ kerana memberi peluang ni untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat.

Anda mungkin berminat nk baca ni: kenapa boikot tak berkesan?
cubaan suara CEMARA

Tuesday, December 18, 2012

cubaan menaip dalam jawi...

سدڠ اکو مننتي تيباڽ صبح٬ تريڠين ڤولا منوليس دالم جاوي. 

تريڠت سواتو کتيکا٬ اکو ساڠت مميناتي بھاس٬ تک کيرا بھاس اڤا ڤون٬ اکو اکن چوبا اونتق ممڤلاخريڽ٬ سھيڠگا ڤرنھ ممينخم بوکو ساسترا٬ دان ببراڤا بوکو يڠ ادا مڽليتکن تولسن سانسکريت دان ڤرسي. تاڤي سايڠ٬ اکو تک ايڠت تجوق بوکو ترسبوت. چتاتن ترانسلسي ڤرکتأن-ڤرکتأنڽ ڤون دە ھيلڠز.
کموديان٬ اکو داڤت سأورڠ کنالن دري جڤون٬ ماس تو٬ ھمڤير ستياڤ ھاري اکو ڤراکتيس منوليس ھيراگانا دان کتکانا دڠن کاون جڤون اکو. بيلا ديا بليق جڤون٬ اکو ڤون سماکين کورڠ منوليس٬ تک سرونوک بيلا بوات سورڠ٢. 
ولاو بھاس اڤا سکليڤو اکو مستي بوليھ بلاجر٬ اسلکن ادا سوکوڠن دان تمان اونتق برگراق سإيريڠن. إن شا أللھ٬ ادا رزقي٬ اکو اکن تروسکن بلاجر بھاس٢ ني.

اوکيلھ٬ صبح ڤون دە مسوق٬ نک صلاة دولو.

Mungkin anda juga berminat nak baca ni: be a good muslim

Monday, December 17, 2012

PUISIKU DI KALA MALAM TIBA

Tika malam,
aku sendirian,
menatap paparan kilauan di hadapan mata
termenung
memikirkan pengisian untuk ku nukil
mungkin nukilan ini sedikit, kurang isinya
namun bagiku, itulah yang diucapkan hati

bersendiri di sini
merenung akan nasib di masa hadapan
apa mungkin ada sinar baru
apa mungkin ada sebuah pengharapan
untuk maju melangkah bersaing dengan gergasi globalisasi
cuba mencungkil kekuatan yang ada menjadi sekuat permata
cuba mengukir laluan selurus garisan penghujung laut
cuba memahat keimanan untuk kekal di jiwa
mendirikan tiang-tiang kebenaran menjadi teguh
seteguh tembok zulkarnain
dalam arus permodenan yang hakikinya ditelan zaman

malam,
andai kau mendengar rintihan hati ini
apa mugnkin kau bisa mendendangkan syair bagi mengubat duka
apa mungkin kau membentang solusi bagi menghilangkan derita
apa mungkin kau menjadi penawar bagi jiwa yang remuk
sehingga kau menjadi pujaan pujangga
sehingga kau menjadi saksi bermadunya kasih dan cinta

hati,
andai kau berduka lara
ubatilah dengan air mata
limpahkan sejuta rasa pada yang Esa
kerana dia yang lebih mengetahui apa yang menimpa

Sunday, December 16, 2012

YA ALLAH, AKU JATUH CINTA



saya suka dengan entri ni, tapi ada sedikit yg saya edit. entry ni saya ambil dari link ni :  http://pakarcinta.com/blog/ya-allah-aku-jatuh-cinta/
              

Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami.. Selama ini aku tidak pernah
tahu bagaimana rasanya bercinta keranaMu, namun ku berharap, bila ia hadir
menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..
Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang
yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..semoga dengan cinta itu, kami akan bersama-sama menuju ke syurga-Mu..
Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang
yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu, Yang tidur dan jaganya, senantiasa dalam kecintaan kepada-Mu
Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada
kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..


jom kita renungkan bersama
polygamy

AL-QURAN ELECTRONIC (AUDIO) FOR SALE

KALI NI NAK PROMOTE AL-QURAN ELECTRONIC (AUDIO),
CARA PENGGUNAAN YANG MUDAH, DAN DALAM MASA YANG SAMA BOLEH BELAJAR DAN PERBAIKI BACAAN AL-QURAN DI WAKTU LAPANG.


Saturday, December 15, 2012

NERVOUSE NAK EXAM KE?

YA ALLAH.... risau betul rasa... di saat aku makin dengan final exam, aku makin hilang fokus. Setiap orang ada ujian kan. Lepas asyik demam sebulan, sibuk dengan majlis perkahwinan. Dan dikala itu lah aku terasa sukar untuk fokus, memerah otak mengingat dan memahami setiap apa yang aku belajar. Padahal cuma 2 subjek sahaja. Come On Nadhrah... Jangan mengalaha... Chaiyok2... Usaha selagi mana mampu. Walaupun mungkin sukar untuk mencapai cita-cita, sekurang-kurangnya, aku ingin berjaya dan menjadi seseorang. Mungkin cita-cita yang diimpi bukan untuk aku...
Walau apa pun, yakin bahawasanya setiap yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita. dan itu adalah perancangan yang telah ditetapkan Allah, jadi sentiasa perbaiki diri, dan jangan pertikai apa yang berlaku dalam hidup ni lagi ya... Ketahuilah bahawa lebih ramaia yang diuji dengan ujian yang lebih hebat... Dan Allah tidak akan menguji hambaNya melampaui kemampuan mereka.

Now, back to study, finish all assignment given, prepare for the quiz, do the best for the exam.

Jom support kumpulan nasyid yang diperantauan ni.. 

Throughout The Seasons: [Jawi] ڤرچوباءن منوليس دالم جاوي

Throughout The Seasons: [Jawi] ڤرچوباءن منوليس دالم جاوي: الحمدلله اخيرڽ ترجومڤا ساتو اڤليكاسي اندرويد ( android) يڠ ممڤو بواتكن ساى مڠولڠكجي قعده ڤنوليسن جاوي اني. تاك دنافيکن جوݢ برتاڤ كارات...

جاوي اوه جاوي

اني ادالھ ڤرچوبأن ڤرتام ڤنوليسن خاوي ساي د دالم بلوگ اني


kemana kan kukemudi hidupku tanpaMu

kegelapan,
hitam dan kelam.. semuanya lenyap dari pandangan mata
tiada langsung sedikit sinar cahaya
meraba sendirian mencari jalan
tanpa siapa pun tahu kegalauan di hati
kerisauan kan tersesat jalan
kemungkinan kan terjatuh dipertengahan jalan
kehilangan arah tuju mencari kiri dan kanan, hadapan dan belakang
apa kah mungkin dijumpa hala tuju itu sendirian?
di saat itu,
apa yang berada di benak fikiran
hanyalah,
Ya Tuhan,
Aku hanya berpandu pada apa yang telah Kau Berikan kepadaKu
Aku hanya Mengikut Firasa hati yang kau tiupkan di sanubari ini
Aku hanya berpegang pada tongkatMu yang satu untuk membantu aku melangkah ke hadapan
Aku hanya mengharap sinar kan muncul di dalam hati
andai aku tersesat di permukaan jalan
jangan aku tersesat di permukaan iman
biar aku rebah di tepian jalan, pintu dan sebagainya
jangan aku rebah ditengah asyik hiburan duniawi ini
biar terduduk sendirian termangu mencari arah jalan
jangan aku terduduk sendirian bangun mencari arah pandu kehidupan
Iman,
jangan pernah kau pergi tanpa aku sedari
kerana tanpamu, matilah seluruh jiwa dan akalku,
hanya tinggal jasad berpandu nafsu
dan aku takut jika itu berlaku
Takwa,
hadirlah dalam jiwaku
membawa aku mencari sinar penyuluh hidup
menyembah Dia yang Satu,
sehingga terasa betapa hampir kasihNya padaku
diselang rasa Takut akan dosa yang pernah terpaku di halaman terdahulu
dan menggigil sendirian
Ya Rahman,
jangan biarkan aku sendirian di muka bumi ini
terkapai mencari pedoman
izinkan aku menaiki perahu rahmatMu
menjadi pejuang agamaMu
untuk aku melangkah kepintu syurgaMu

PENGALAMANKU MENJADI READER

Sepanjang beberapa minggu aku volunteer di PERTIS (persatuan orang-orang cacat penglihatan), macam2 yang aku belajar. belajar erti kesabaran dalam menyiapkan sesuatu dan mencapai sesuatu walaupun benda yang kecil, belajar menyelami perasaan insan lain yang berlaianan kemampuan fizikal dengan kita.Secara jujur, aku sangat selesa sepanjang berada bersama-sama dengan kawan2 yang cacat penglihatan ni. 

Teringat sewaktu aku mula2 menceburkan diri dalam bidang READER ni, aku malu2 dengan staff di situ, segan untuk bertanya, dan segan untuk berkata-kata. bukan apa, risau andai ada yang tersilap bicara, nanti ada yang terguris jiwa. bermula dri tahun 2010, aku mula menjadi reader. pengalaman pertama aku, memang sangat lurus. apabila pakcik aku berpesan untuk memastikan bahawa jilid-jilid buku yang diberi dapat dihabiskan dengan segera, dan mendapat partner yang sangat suka bersembang. Maka aku pun bersembang seketika, dan mematikan perbulan segera tugasan dapat diselesaikan. Takut kalau kuberitahu apa yang dipesan dan menegur, akan dikatakan tidak menghormati dia. Walaupun kedatanganku ke situ atas permintaan pak cikku yang kekurangan tenaga kerja, tapi akhirnya aku akan ke situ setiap tahun untuk translation buku teks Pendidikan islam, dari tulisan jawi kepada jawi braille. 




Tahun ni dah tahun ketiga aku berulang ke pejabat PERTIS, aku pun dah mengenali staf2, dan volunteer blind yang lain. skil reader aku pun dah makin maju, dan sekarang dah mula belajar menaip menggunakan tulisan braille. Untuk setiap titik yang aku tekan bagi membentu ayat, terasa kepayahannya sebagai seorang celik, namun bagi mereka yang buta, itulah medium penulisan mereka. Untuk makluman, bukan semua yang buta tu adalah betul-betul buta, tetapi ada juga yang dikategorikan sebagai rabun yang teruk sehingga menyukarkan penglihatan mereka. Mereka hanya dapat melihat tulisan yang betul2 berada di depan retina mereka, atau pun sekilas bentuk yang ada di depan mereka. 

cuba bayangkan jika kita berada di tempat mereka??? apa kita mampu untuk tersenyum seperti mereka?

insyaallah tahun depan aku akan berkhidmat lgi untuk buku teks yang seterusnya...

Sunday, December 9, 2012

The Happy Moment

Alhamdulillah, hari ni dapat juga aku update blog ni. Rindu U blog..

Sebenarnya aku baru balik dari kenduri kawan PLKN aku, a.k.a. "kembar" tak seiras aku. minggu ni merupakan minggu yang kelam kabut n enjoy, mcm mana tu??? enjoy sebab kawan aku bernikah, dan minggu yang sama juga adik aku selamat mendirikan rumah tangga. Kawan aku yang tiba2 hubungi aku menyatakan akan melangsungkan pernikahan dalam tempoh tak sampai sebulan, memang mengejutkan aku, tapi aku happy sangat mendengar berita tersebut. 

Dalam aku nak enjoy wedding days di Kl dan Kuantan, aku terpaksa la mengorbankan hari2 rilex aku untuk menyiapkan assignment A.S.A.P. dan akhirnya 90% drpd assignment aku dah siap, dan aku berulang alik KL-Kuantan-KL dari hari jumaat hingga ahad. Tak Kisah la, yang pengting aku happy, kawan2 aku happy, dan family aku happy. 

Hari jumaat, aku dan kawan kem aku, bersama2 meredah bandar cheras mencari masjid al-mukhlisin untuk majlis akad nikah kawan kami, shah. Tapi sedikit terlewat, kerana kami sampai ketika mereka da selesai majlis akad pun, dan semuanya gara2 aku ralit menyiapkan assignment aku di pagi hari. Nasib kami baik kerana mereka masih ada di perkarangan masjid, jadi kami gerak ke rumah pengantin bersama2. Dalam tengahari, sebelum zohor, aku pun minta dihantar ke stesen public transport yang terdekat untuk pulang ke kuantan pula. 

Hari sabtu, majlis pernikahan adik aku. Majlis nya kecil-kecilan aje, tapi alhamdulillah hampir 400 tetamu datang, yang rata-ratanya saudara mara. sempat la mengeratkan silaturrahim sesama saudara, bukan apa, bila saudara ramai sangat, sampai ada yang tak kenal langsung pun. majlis selesai dalam pukul 3ptg, dan bersambung di waktu malam untuk acara membuka hadiah dan penyampaian amanat dari keluarga dan kaum kerabat yang terdekat. 



kejutan di pagi hari pada hari ahad, apabila bangun subuh, aku dimaklumkan mak bahawa ada kejadian jenayah berlaku di depan rumah. kereta warna biru yang bumber pelakangnya pecah, dan pedang samurai n parang di kawasan taman permainan di taman perumahan yang betul2 setentang dengan rumah kami. yang pasti, mengikut kata abg aku, dari pengalaman nya dalam bhgn trafik dan forensik, itu adalah kes pergaduhan gangster. dan disahkan oleh polis, bahawa pada mlm sebelum tu memang ada berlaku rompakan di 7eleven yang terdekat, dan pemilik kenderaan biru tersebut adalah kepala kes rompakan, telah berlaku perbalahan antara ahli2 kumpulan tersebut. dimaklumkan bahawa 3 orang telah cedera parah dan dihantar ke hospital kuantan, dan pemilik kereta biru tersebut sedang diburu. Alhamdulillah, mereka tak ganggu kami dan penduduk di kawasan tersebut. Cuma, sepertinya memang telah dirancang untuk menyelamatkan diri di kawasan tersebut, mungkin, kerana kawasan rumah aku berhampiran bekas lombong, dan agak jauh dan agak terpencil. harap2 lepas ni akan ada lebih kawalan ketat atau pun rondaan di kawasan sekitar, kerana ni bukan kes pertama berlaku di kawasan berhampiran rumah aku tu. dah sebelum ni aku berjaya mengkantoikan orag nk buat projek depan tangga blok rumah aku, menyempat aje....

so hari ni aku rush blik kl untuk pergi ke majlis kenduri kahwin shah, dan jumpa kawan2 yang lain. rindu kat kawan2 kem aku. dalam banyak2 kawan2 yang aku ada, kawan2 kem aku yang paling aku sayang dan selesa. :) kerana banyak kenangan yang tercipta bersama. 


so, ni je dlu aku nk tulis tuk entri kali ni ye. dear blog, see u for next entry. 

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan