Saturday, December 31, 2011

Meniti tahun yang mendatang pula..


Assalamualaikum....

Entry kali ni simple je... sebab saje2 nak hilangkan rasa bosan study.. alang-alang dah nak sampai ke penghujung 2011 ni, xsalah rasanya aku update kan blog aku kejap kan...
So... sebelum 2011 ni sampai ke penghujngnya, aku rasa yang terbaik untuk kita lakukan adalah muhasabah diri kita...dari pelbagai sudut..tak perlu la nk detail sgt..ambil yang simple2 je.. contohnya, adakah performance kita pada tahun 2011 ni lebih bagus daripada tahun 2010??? adakah amal kebajikan kita tahun ni lebih daripada tahun-tahun yang sudah??? pelajaran kita tahun ni lebih baguskah??? dan paling penting... adakah rasa sayang pada keluarga kita dan Maha Pencipta lebih lebih dalam pada tahun ni??? jadi..kita nilai-nilaikan sendiri apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ni.. 
Setiap insan tidak lari dari melakukan kesilapan, tapi jangan lupa, kita harus lah meminta maaf kepada orang yang kita lakukan kesalahan dan memaafkan kesalahan orang kepada kita, kerana aku yakin setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya... sucikan hati kita bak sesuci lebaran"Siti Nurhaliza"...tak susah pun kan.. yang penting IKHLAS tau!!! 
Aku harap tahun 2012 ni akan memberi ruang yang lebih untuk aku merebut segala peluang melakukan kebaikan dan perbaiki kelemahan diri aku..tak banyak, sikit pun tak apa, yang penting... USAHA.. kerana Allah tidak menilai hambaNya berdasarkan apa yang manusia nilaikan sahaja tau.. dan Allah lebih tahu apa usaha kita dan sejauh mana keikhlasan kita dalam berusaha... Insyaallah, apabila kita IKHLAS, Allah akan permudahkan bagi kita untuk menhadapi segala cabaran dan ujian...INNALLAHA MA'A NA..

Akhir kata... Salam Kejayaan buat semua para pembaca.. dan Selamat Maju Jaya dalam melangkah ke tahun baru... "Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya" - Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


http://dakwah.info/komik/tahun-baru/




Thursday, December 29, 2011

Tekanan menghadapi Peperiksaan


Seperti yang kita sedia maklum, setiap kali hendak menghadapi peperiksaan, pasti kita akan mengalami tekanan @ STRESS!!!!!.. Tekanan ada baik dan buruk nya..bergantung kepada bagaimana kita menghadapi tekanan tersebut... lain punca tekanan, lain lah pula cara menghadapi tekanan tu... antaranya, ada yang tertekan menghadapi peperiksaan (xdpt tumpu study/ xready nk exam/ etc).. slain dari itu, ada juga yang mengalamai tekanan kerana masalah cinta, keluarga, sahabat, dan lain2 lagi la... semuanya masalh nk dtg time tu juga la kan...sah2 la kena selesaikan A.S.A.P., kalau x.. bertambah2 lagi la masalah lain nnti...mmg stress, dan memang xblh nk tumpu study... so, ni ada beberapa tips untuk menghadapi tekanan di musim peperiksaan...

1- Set pemikiran kita untuk menerima setiap tekanan dan ujian dalam keadaan yang positif.. cara ni tak susah kalau kita nk.. hanya akan susah jika kita dah meletakkan halangan dalam minda kita bahawa "masalah tak boleh diterima untuk menjadi positif"..  saya tak kata xboleh nk fikir macam tu, tapi terpulang kepada diri kita untuk membuat pilihan.. menerima ujian dengan positif mebantu kita menghadapi ujian dengan lebih mudah berbanding bersikap dan berfikiran negatif.. " dan sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya melampaui kemampuan mereka". fikiran yang positif akan membuka lebih banyak ruang dan jalan untuk kita...



2-  Yakin dengan diri kita bahawa kita mampu untuk menghadapi tekanan dan ujian yang datang. So, please la... jgan lari dari masalah cuz it is totally useless... nothing will change by running away from problems... face it.. be a MAN yo!!!!



3- Jangan bersendirian sepanjang masa.. sebab bersendirian hanya akan membuatkan kita lebih banyak bermonolog dan menyalahkan diri sendiri. Berjumpa dengan kawan2 akan membuka mimda kita, dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan rasa tekanan...kadang-kadang apa bila kita mendengar masalah kawan, kita akan lebih banyak berfikir dan menilai diri kita sendiri (lebih ramai org yang manghadapi ujian dan tekanan yang lebih hebat dari kita)... bergelak dan berhibur dengan kawan2 sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit stress, get fresh.!!!



4- walau pun ni no.4.. tapi ni yang paling penting...  back to the beginning (serahkan diri kepada Maha Pencipta/ dekatkan diri kepada Tuhan).. Why??? Sebab Dia yang memberikan ujian kepada kita, jadi kepada Dia la kita perlu meminta pertolongan dan petunjuk...Dia (Allah/Tuhan) bukannya DHIA dalamcerita tentang DHIA tu k!!! Kita berusaha menghadapi ujian/tekanan keranaNya, berdoa kepada Dia, dan Bertawakkal.. tapi jgn la lepas selesai masalah/ujian/tekanan.. terus tinggalkan DIA.. istiqamah K!!!!

so...Basically, ni la yang aku buat... harap2 dapat membantu serba sedikit untuk korang menghadapi tekanan/ujian/masalah...
jgn lupa untuk menghargai diri sendiri, sekurang kurangnya dengan senyuman... senyum kepada diri sendiri memberi kan rasa bahagia di hati.. Senyuman tu antara penawar yang mujarab kepada hati yang duka.. 


Wednesday, December 28, 2011

jadual exam kali ni sgt pack...

starting ngan Project Impact Assessment, islamic human settlement, regional planning. public admin & finance, transportation planning, social n community planning, and english... fuh...nak study mana 1 dlu eh....

Thursday, December 15, 2011

Sunday, December 4, 2011

sayang kamu,...hanya kamu

alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana menjadi anak mak dan abah...walau pun aku seorang yang degil dan nakal, mak abah tetap sayang aku dan adik beradik-ku... aku rasa sangat terharu, walau pun mak cuma jawab kol aku dan mendengar masalah dan tangisan aku, itu pun dah sangat mlegakan aku dan menangkan aku, kerana aku tahu, takkan mungkin ada orang lain yang mampu untuk berbuat demikian di lewat malam... takkan mungkin aku berjaya sehingga masuk uni kalau bukan kerana galakan, sokongan, dan peringatan dari mak abh...takkan mungkin aku boleh melakukan sesuatu tanpa sokongan dan restu dari mak abah... walau aku merajukdengan mereka, mereka sentiasa sabar dan mendidik...walau aku selalu memberontak, mereka tak pernah putus asa dan tak pernah tinggal kan aku, walau aku diam membisu, mereka sentiasa memberi yang terbaik untuk aku. aku bangga dengan mak abah aku...dan takkan ada yang sama dengan mereka..hanya mereka satu-satunya dalam dunia ni pada aku yang paling hebat.... walaupun mereka bukanlah pemimpin negara, tetapi mereka tetap idola aku...terima kasih mak kerana menyayangi angah..terima kasih abah kerana merotan angah... aku sentiasa berharap n berdoa smoga hati aku akan sentiasa mendalami mak abah...dan memahami mereka, dan aku harap aku tak akan membuat mereka sedih dan terluka walau sedikit pun.. mereka la dunia aku...



there are times, where silence is far better than words, and words is far better than silence...
however, love is not just enough to be expressed by action, cuz sometime it need words to make the person realize how much that love means, and word of love without any action just like a painting of an empty sky, means nothing, cuz love is an expression of the word itself... 



Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan