Saturday, September 10, 2011

Alhamdulillah... selamat sudah tahun ini...sedih pulak rasanya...semoga berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depan.. sekarang tengah musim perayaan, walaupun dah 2 minggu beraya, kehangatan hari raya masih terasa...
sekarang juga musim para pelajar IPTA sambung belajar, semuanya gara-gara standardize tarikh kemasukan pelajar.... jadi..makin bertambahlah bilangan jumlah kemalangan jalan raya.. Ya Allah...takutnya la..semoga selamatlah perjalanan kami dalam menuju perjuangan yang penuh dengan pelbagai dugaan ini nanti...

Alhamdulillah, setelah selamat menjalani tempoh praktikal, aku pun dah selamat bercuti penuh 2 bulan...tiba lah masa untuk aku memeras otak yg membeku ni semula...
buat rakan-rakan seperjuangan yang sedang menuntut ilmu...semoga kita menjadi insan yang berguna dan berjaya memanfaatkan ilmu pengetahuan ke jalan yang benar dan membenarkan...:)

Tuesday, September 6, 2011

Sunday, September 4, 2011

KEHILANGAN


SURAH AL-MUNAFIQUN- AYAT 11

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


INNALILLAHI WAINNAILAIHI RAAJI’UUN..


Tarikh keramat 3September 2011, aku dikejutkan dengan pemergian arwah atuk kesayangan ku... dialah yg banyak memberi kenangan manis kepada ku sewaktu aku kecil, dia lah yang sering mendodoiku untuk tidur lena dgn gesek biolanya, dan dialah yang menghiburkan aku dengan accordiannya.. tnpa dia, siapa yang mahu mendendangkan itu semua kepada ku, aku teramat merinduinya...

walaupun dia cuma menjaga ku selama 4 tahun, namun kasih sayangnya adalah hingga ke akhir hayat, nenek dan atuk sentiasa menjadi pujaan dalam hati ini, kerana mereka yang melayan kerenahku sewaktu kecilku... bukan itu sahaja, sejak berpisah dgn mereka, terlalu banyak air mata kutumpahkan untuk melepaskan kerinduan kepada mereka...namun bukan bererti aku tidak menyayangi kedua ibu bapaku, cuma mereka adalah insan istimewa dalam hidup ku.

raya tahun ini adalah raya yg paling menyedihkan, kerana aku teramat sangat ingin berjumpa mereka (atuk dan nenek), namun bukan rezeki ku untuk menziarahi mereka. jadi aku berkeputusan untuk menghubungi mereka, namun aku terlambat, kerana sewaktu aku menghubungi mereka, adalah hari arwah atuk ku meninggal. 

sewaktu aku bercakap dengan nenek di dalam telefon, aku seperti tidak terkata apa, nenek seorang yg sangat tabah dan kuat. aku berharap dapat berada di sisinya untuk menangkan dia, dan menemaninya. aku akui, aku cucu yg sangat manja. setiap hari mereka melayan kerenahku, setiap hari aku dijamu roti kaya dan aiskrim, dan itu lah kegemaranku sehingga kini. cuma tidak lah selalu..

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan