Saturday, July 23, 2011

spaghetti carbonara...

Rentetan dari kejadian hari semalam, hasrat aku untuk memasak spaghetti carbonara telah terbantut, jadi, hari ni aku tak kira, aku nak masak juga. Aku ingat nk masak untuk breakfast pagi tadi, tapi tak jadi lah, aku nk buat bihun goreng sayur campur je la... Selesai semua urusan di rumah pagi tadi, aku pun masuk bilik semula dan layar internet... Ingatkan tengahari boleh la aku masak spaghetti, tapi memandangkan aku takut dimarahi ayah aku berikutan jeadian semalam, aku pun berkurung di dalam bilik, sampai tertidur. Sedar-sedar je dengar bunyi guruh dan petir, alamak, takut betul aku kalau pokok sebelah bilik aku ni tumbang, walaupun agak jauh, tapi perasaan takut tetap ada. jadi aku bangun dan duduk di ruang dapur. bosan pulak aku rasa. Alang-alang tak ada kerja, aku pun ajak la adik masak spaghetti.. resepi sebenar aku tak tau, yang aku tau guna prego carbonara dan aku campurkan dengan pelbagai sayuran antaranya bunga kobis, cendawan butang, kacang pis, dan karot. selaindaripada tu, aku juga menggunakan daging ayam cincang dan keju sebagai penambah rasa masakan..haha...jadilah resepi aku...tak lupa juga serbuk lada hitam (tu pun adik aku suruh letak banyak-banyak...) masak dalam setengah 15-20 min, sebab nk bagi betul-betul mesra la konon..hahah


ni la rupa spaghetti aku sedang gelegak


selesai je masak kuah spaghetti, kami pun hidangkan bersama dengan spiral..hihihi...yummy!!!! dah boleh makan... Tapi rasanya tak sesedap yang sebelum ni, sebab kali ni tambah cendawan butang kan, jadi bau cendawan butang yang agak kuat kurang best sikit..tp kami bedal je sampai bertambah..hahah
kami pun ajak la My beloved mak makan sekali.. akhirnya dapat juga masak spaghetti carbonara ni..lepas ni  nak masak apa pula yer..


Alhamdulillah, dah kenyang pun....

aku bukan gagal, aku cuma belum lulus....

Setiap semester, perkara pertama yang aku fikirkan adalah kemampuan aku untuk mengharungi setiap ujian yang mendatang. Menjadi pelajar jurusan perancang bandar dan wilayah bukanlah sesuatu yang aku minati, atau yang aku impikan. Namun, ternyata rezeki itu datang dari Allah, untuk aku, jadi aku harus redha dan berusaha dalam mencipta masa depan aku sendiri. Walaupun perkara-perkara negatif selalu bermain di ruang minda, namun berjaya aku singkirkan dengan bantuan sahabat baikku. Semester pertamaku dalam jurusan ini kurasakan hebat dugaannya, pelbagai masalah telah berlaku. Dan aku sendiri belum dapat menerima hakikat bahawa aku tidak dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang aku minati. keputusannya, aku telah gagal dalam satu mata pelajaran penting. aku sangat sedih, kecewa, dan marah. aku menjdai semakin lemah dalam pelajaran, tumpuanku dalam pelajaran semakin berkurang. jika sebelum ini, aku seorang yang begitu berminat dalam mempelajari sesuatu yang baru, namun aku tewas untuk kali ini.


Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa kedua ibu bapaku, aku sekarang sudah boleh untuk menerima serba sedikit bidang yang aku ceburi sekarang, mungkin sukar, tapi apabila difikir dari sudut positif, banyak kelebihan yang aku telah perolehi sejak menjadi pelajar jurusan ini. jika sebelum ini, aku kurang berpeluang untuk lebih mengenali negeri-negeri di Malaysia, kini aku telah berjaya pergi ke beberapa negeri yang aku teringat sangat nak pergi sebelum ni.Bukan itu sahaja, banyak juga pengalaman yang telah aku timba, sama ada secara langsung, atau tidak langsung. 


18 Julai yang lepas merupakan hari terakhir akhir dalam melaksanakan tugas aku sebagai pelajar praktikal, ALhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. sedar-tak sedar, aku dah selesai 3 tahun dalam bidang ni, cuma tinggal lagi setahun. Dalam tempoh aku menjalani praktikal, banyak perkara yang telah aku pelajari, dan sempat untuk selami serba sedikit. Antara perasaan menjadi pekerja di pejabat, memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Bukan sahaja kesabaran dalam menjalankan tugasan, tetapi juga kesabaran dengan sikap dan kerenah manusia yang tidak terduga oleh kita. bukan itu sahaja, dalam tempoh ini juga, aku belajar serba sedikit mengenal ragam manusia yang lebih dewasa dan berpengalaman. Sesungguhnya, memang terdapat manusia yang sanggup untuk memburuk-burukkan orang lain yang tidak bersalah demi mencapai kepuasan diri, dan aku berasa sangat sedih dengan perkara ini. Tetapi aku tetap Bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku teman-teman seperjuangan yang sangat baik dan bersikap setiakawan. Insyaallah, semoga persahabatan ini akan berkekalan.





 




Apa-apa pun, sekarang aku dah boleh berehat di rumah sambil menyiapkan laporan praktikal aku ni, minggu depan boleh la aku naik kl untuk menghantarnya. tak sabar nak jumpa kawan-kawan semua la... mesti banyak sangatp perkara untuk kami kongsikan, dan pengalaman untuk kami ceritakan. 

Friday, July 22, 2011

MUSIM DURIAN

WAH!!!!!! MUSIM DURIAN DATANG LAGI!!!
Ni la musim yang aku tunggu-tunggu sangat sejak dari tahun lepas, mana tak nya, tahun lepas sebiji durian pun tak menjadi, semua gara-gara musim hujan..Alhamdulillah tahun ni pokok durian nan sebatang di depan rumah aku ni menjadi sangat..tu yang aku happy, durian tembaga lak tuh..huhu
Sekarang ni hari-hari makan durian, tak bosan pun, best adalah..sebab sedap, tapi lepas tu mengidap la alamatnya, sebab panas, angin, semput..wahh,...memang terbaik!!!!
Memang dah nasib aku tak boleh makan durian banyak sangat, nanti aku lelah, so..aku tengok je la adik aku ni makan durian dengan penuh nikmatnya.. lepas seulas, seulas lagi...smpai habis sebiji, buka lagi durian baru...memang mantap la adik aku ni...sampaikan my beloved abah pun tercari-cari dia kat mana, rupa-rupanya ada di sebalik meja makan tengah mengupas durian ke-3, hahaha...
Sebut pasal durian ni, mesti orang akan mindset panas..iya, memang panas, tapi kalau nk sejukkan balik badan, minum la air guna kulit durian tu, makan durian pun kalau pun boleh terus je dri kulit durian, fresh gitu... My beloved mak pulak dah start buat tempoyak dan lempuk, simpan sikit untuk kakakku dan abangku sekeluarga yang akan balik tak lama lagi...even setiap kali makan pun mesti ada menu durian fresh, nak-nak pulak pekena dengan sambal cili api, pergh..memang terbaik!!! yummy!!!
sekarang ni my beloved abah pun pagi-pagi lagi dah tengak bawah pokok durian nan sebatang di depan rumah tu, kalau-kalau ada yang gugur, boleh ambil, letak dalam rumah untuk di makan..hihi
Sekarang ni tengah pikir, bila la sedara mara aku dari kuantan ni nak turun sini, boleh makan durian ramai-ramai, lagi sedap...



Harap-harap tahun depan pokok durian aku ni akan terus mekar berbuah... i love u pokok durian..
Nanti nak tanam pokok durian lagi lah..boleh makan durian banyak..kalau semput ambil ubat..haha..
Apa-apa pun, selamat menjamu durian yer... JOM!!JOM!!!JOM!!!

FIRST TIME PEGANG STERENG KERETA

ASSALAMUALAIKUM...

Baru je pagi td aku update blog aku ni, petang ni dah ada story untuk aku update kan..
Ceritanya begini, tengahari tadi selepas aku makan bersama keluarga tercinta, aku pun ikut la my beloved mom ke bandar, untuk pelbagai urusan. Memang enjoy sangat keluar petang tadi, yela, sebab dah plan malam ni nak buat Spaghetti Karbonara...memang mood tengah ceria dan gembira (^_^)
Sesampainya aku di rumah, aku pun cakap la kat mak aku yang aku nk try bawa kereta dia, aku ni dah dapat lesen L, tp memandangkan cuti, aku pun terhenti seketika kelas memandu yang mana aku xpernah pergi amalinya lagi...Gabra ni nk bawa kereta bhai... aku pun tekan clutch, masuk gear 1, then aku tekan minyak,aku pelik sebab kereta xgerak-gerak,pastu mak aku ckp la aku xlepas clutch, aku pun tarik kaki balik...start semula...pergh...cerita bermula di sini...
Adik aku tegur, suruh aku tekan minyak slow je, aku tak terasa kuat atau tak, sebab kaki aku betul-betul terasa jauh untuk menekan pedal minyak tu...Aku tekan Clucth, masuk gear 1, tekan minyak, dan aku pun lepaskan clutch.aku panik, dan tak mampu untuk menekan brek, aku cuba cari hand brake, yang aku dapat gapai adalah lock tali pinggang keledar seat sebelah..adesss...kemudian....gedegah,...kereta emakku melanggar batang paip di rumah dan menuju ke bawah rumah..Betul-betul bawah bilik emak aku.nasib baik kereta tu tak menuju ke arah  bawah bukit..kalau tak..wassalam..satu lagi masalah timbul, aku nk keluar kereta macam mana???? dengan fizikal ku yang comel ini,terpaksa aku menurunkan kerusi ke belakang, sehabis rendah, alamak, skirt aku pulak licin...menyukarkan aku untuk keluar..setelah bertungkus lumus, akhirnya aku berjaya keluar. Kami pening kepala sekejap, nak gelak pun iya, nk marah pun iya, adoi....kami keresahan sementara menunggu my beloved abah balik, apa agaknya reaksi dia?? sah2 aku akan dimarahi..kami terpaksa memanggil mekanik datang ke rumah..nasib baik kereta boleh dibawa keluar, kalau x..kena tow la alamatnya...
Pengalaman aku hari ni betul-betul menakutkan..aku rasa cuak je nk ambil lesen memandu ni...




alahai Aku, kenapa lah cuai sangat yer...

(^_-) PENGENALAN (-_^)



ALHAMDULILLAH...
Seteleh bertahun aku register blog ni, akhirnya berjaya juga aku untuk mengisi kekosongan blog aku ni sendiri....(-_-) Sebagai pengenalan, nama aku Sharifah Nadhrah, binti apa...tu xperlu la aku bagi tau kan..aku merupakan seorang yang ceria dan peramah, tapi kadang-kadang hot temper juga, warisan dari bapaku..(anak bapak)..hihiWarna kesukaan aku adalah warna biru, merah, dan hitam, cool, extreme, and elegant. So, kalau orang yang belum betul-betul mengenali aku tak akan percaya aku ni hot temper.Antara perkara yang paling aku suka lakukan bila berpeluang adalah melayan kerenah budak-budak, sebab budak-budak ni comel sangat, nakal diorang memang membuatkan aku rasa happy dan tergelak je...Favourite song aku adalah lagu-lagu klasik melayu, Techno, RnB, Pop, dan lagu yang happy and ceria rentaknya.Buat masa ni, aku sedang mengikuti pengajian Ijazah Perancang Bandar dan Wilayah di sebuah IPTA, dan insyaallah akan graduate dalam tempoh setahun lagi,, doakan semoga aku berjaya sukses dalam 2 semester ni.

   

Gambar-Gambar kat bawah adalah gambar kenang-kenangan aku sewaktu kecil dan juga bersama nenek dan atuk angkat aku yang sangat aku sayangi...
           
          
              
Aku rasa cukuplah setakat ni dulu intro pasal diri aku. semoga blog aku ni akan berjaya aku update selalu...

Shanadh's blog List

My Latest Entry

get this widget here

AmanWan